Symptoms Means your body is crying to get help......
Simptoms itu adalah apa yang anda alami dan rasai. Apakah tujuan simptom?? simptom bermaksud badan anda menangis untuk mendapatkan pertolongan. Sungguh cantik ciptaan ini....Subhanallah. Jika hendak bercerita tentang simptom, pasti ia memerlukan ruangan yang lebih spesifik. Namun apakah simptom yang biasa di alami jika mata cuba untuk mendapatkan pertolongan.
1. Simptom pada mata juga ada kaitan dengan sakit kepala.
Antara jenis sakit kepala yang selalu dirasai oleh kita adalah seperti berikut:-
2. Antara simptom mata yang lain adalah penglihatan berganda atau lebih dikenali sebagai diplopia. ini amat bahaya dan memberikan tanda ada masalah saraf iaitu kerjasama yang erat antara mata dan otak. Maklumlah, satu2nya organ yang bersambung terus dengan otak adalah mata. adakah anda pernah nampak seperti ini???
Jika anda pernah merasai semua gejala atau simptom seperti di atas ini, anda seharusnya pergi mendapatkan pemeriksaan mata. Kebanyakkan daripada kita amat gerun dan takut untuk berjumpa doktor. Jangan tunggu sehingga mata kita telah berubah tidak nampak baru hendak berjumpa dengan doktor.
'Ingat pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.'
No comments:
Post a Comment