Anda pernah tertanya2 kenapa ianya berlaku???
jika jawapannya ya, kelopak mata di atas atau kelopak mata dibawah, atau kedua-duanya??? Pakar menggelarkannya adalah eyelid myokymia.
ia boleh menyerang kelopak mata atas dan juga bawah.
ia berlaku akibat pergerakan satu atau dua otot sekeliling mata. ini disebabkan ransangan berlebihan oleh saraf pada otot tersebut terutamanya otot yang bertanggungjawab untuk menutup mata (orbicularis muscle & superior oblique).
otot yang bertanggungjawab untuk menutup mata
ia berlaku biasanya akibat beberapa faktor tertentu. antaranya:-
1. Pengambilan kafein yang berlebihan contohnya nescafe dan sebagainya.
2. Berdebar-debar dan risau
3. Letih
4. Stress atau tekanan
5. Kerja berlebihan
6. Tidak cukup tidur
7. Penggunaan ubat
8. Pemabuk
9. Mata yang terlalu gatal akibat terdapat bendasing.
Keadaan ini biasanya berlaku sebentar sahaja ataupun boleh berpanjangan dalam masa tiga minggu.
antara cara untuk melegakan kesan mata berdenut ini adalah dengan melakukan tuaman sejuk dengan menggunakan ais dan sebagainya. Jika berlarutan sila rujuk pakar. Namun, jika akibat tidak cukup tidur, rehatlah mata anda. Insya Allah semua simptom akan hilang.
Jika ianya kerap berlaku, sila rujuk pakar untuk kepastian. Anda berkemungkinan mempunyai komplikasi lain seperti blepharospasm.
Sekadar berkongsi.....semoga mata sihat selalu . (^____^)V
thank you. for the info...!!
ReplyDeleteYou are always welcome =))
ReplyDeleteadakah disbabkan tekanan darah tinggi.. adakan ianya boleh memudarakan atau sekadar rasa kurang selesa sahaja.
ReplyDeletesetakat ini, tiada lagi fakta menunjukkan kaitannya secara langsung dengan faktor penyakit darah tinggi. Jika tidak langsung,mungkin ada. Contohnya kelopak mata berdenuy akibat daripada lumpuh saraf muka di kalangan penghidap darah tiggi. wallahualam....tapi ianya cuma sekadar kurang selesa jika ianya tidak sakit. Jika disertai dengan rasa sakit, ianya mungkin memudaratkan. =)
ReplyDeleteThx, now facing that
ReplyDeleteok
Deletesaya bru ajer kene denyutan kat mata ni... igtkan ada mende burok nak jadi... tapi biler mende ni berlarutan hampir sebulan kalu tak silap... saya rasa ada something wrong... sampaila saya terjumpa blog awak... tp skang ni rs mcm nak kene sore eyes lak... tp lum jadi lg laa... denyutan ni mcm terlalu mengganggu sampai nk drive pun susah...
ReplyDeleteAda buat seperti saya sarankan dalam entri ini x??
Deletesaya dah agak, mesti sebab nescafe harian yang saya ambil... :p. terima kasih
ReplyDeleteboleh terangkan lebih tentang blepharospasm?
ReplyDeletesaya mengalami eyelid myokymia lebih sbulan..boleh terangkan punca dan rawtaanya?
ReplyDelete