Anda mungkin mengalami rabun jauh.
Anda juga mungkin mengalami masalah rabun dekat.
Jadi untuk mengatasi masalah ini, ramai yang memilih kaca mata sebagai penyelesaiannya. Kaca mata dapat memperbaiki masalah ini. Bagi seseorang yang rabun dekat, anda perlu menggunakan kanta cembung untuk mengatasi masalah ini. Manakala bagi seseorang yang rabun jauh pula, anda memerlukan kanta cekung untuk memperbaiki masalah ini.
Kanta cembung diperlukan untuk memperbaiki masalah rabun dekat.
Kanta cekung diperlukan untuk memperbaiki masalah rabun jauh.
Namun sejauh manakah anda pasti kaca mata anda dapat memperbaiki masalah rabun anda ini?? Ada orang mengatakan pemakaian kanta sentuh dengan tidak betul, banyak bahayanya. Tetapi adakah anda tahu, pemakaian kaca mata yang tidak betul juga mendatangkan kesan buruk juga.
Bagaimana ianya berlaku???
Gambarajah keratan rentas kanta cekung
Pusat optikal kanta perlu diselaraskan dengan kedudukan tengah anak mata seseorang pemakai kaca mata tersebut.
Titik tengah ini pula perlu diselaraskan dengan titik tengah anak mata si pemakai kaca mata tersebut. Di dalam contoh ini, adalah kanta cekung.
Apakah kesannya jika dipakai kaca mata yang tersalah dipotong ini buat satu jangka masa yang lama?
Anda mungkin akan mendapat juling. Ini kerana, mata anda telah terbiasa bekerja lebih untuk sesuatu yang dilihat. Kerja lebih ini akan menyebabkan mata akan bergerak ke arah hidung, ini terhasillah juling.
Itulah kesannya.
Gambar A: Pemotongan kanta cekung yang sepatutnya.
Gambar B: Pemotongan yang salah. Menyebabkan anda merasai aruhan prisma. Ini akan menyebabkan mata akan bergerak masuk ke dalam sedikit kesan akibat daripada pemakaian yang kaca mata yang tersalah potong.
Mata akan mendapat sedikit juling jika pembetulan tidak dilakuakn dengan cepat.
Apakah yang anda sedar sekarang peri pentingnya kaca mata yang betul???
Harga soal nombor dua. Apa yang penting anda perlu mendapatkan preskripsi kaca mata anda daripada mereka yang bertauliah. Ini kerana anugerah yang paling tidak ternilai adalah mahkota penglihatan. Hargailah ia sebaiknya.
Bagaimana anda tahu, kaca mata anda mungkin salah pemotongannya???
1. Anda tidak dapat menyesuaikan kaca mata baru anda dalam masa 2 minggu.
2. Mata anda merasa cepat penat selepas melakukan sedikit kerja.
3. Merasa pening dan sakit sekitar mata.
4. Anda rasa mengantuk dengan menggunakan kaca mata.
Jika gejala ini muncul dengan kaca mata anda, segeralah berjumpa dengan pakar yang terdekat. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteCamna kalau bingkai kacamata tidak diletakkan betul2 di atas telinga? Bingkai itu dinaikkan/dicondongkan sedikit ke atas(tidak menyentuh telinga/tidak disandarkan atas telinga). Adakah perbuatan ini ada kesan2 buruk ke atas mata? Biasanya orang pakai camni(trmasuklah saya) sbab nak elakkan kesan garis di muka yg mcm kesan suntanned tu disebabkan kacamata agak ketat.
waalaikumussalam....ya ada banyak juga saya perhatikan ada 'sekumpulan' spectacles wearer yg pakai mcm yg diterangkan di atas. ya, ianya memberikan kesan juga kepada mata. antranya adalah power kaca mata tersebut. jika dipakaikan secara tidak betul, semada senget dan terlampau jauh dgn mata, ianya akan menyebabkan ianya kelihatan seperti kaca mata yang tidak cukup power. ini kerana jarak antara cermin mata dengan mata juga menyumbangkan power juga. nasihat saya pakailah kaca mata anda sebetulnya. Jika takut suntanned, pilihlah bingkai yang tidak terlampau ketat untuk muka anda. Sila rujuk pakar optometris untuk pemilihan bingkai yg sepadan dengan jenis n bentuk muka anda. =)
DeleteHai puan.saya nak tanya?if power kanta saya lebih tinggi dari power mata saya sebenar,patutkah saya pergi checkup balik?or tukar kanta cermin mata tu?thank u
Deleteassalamualaikum
ReplyDeletemcm mna klau kita rabun...tapi tidak menggunakan kaca mata..adakah masalah mata kita makin teruk..
Waalaikumussalam. Ianya bergantung kepada individu tersebut. Apakah keperluan mata anda...jika ianya bnayak digunakan untuk sesuatu kerja yang teruk contohnya banyak menggunakan media elektronik, maka ada potensi untuk menjadi lebih teruk. oleh itu, saya nasihatkan sila dapatkan pembetulan menggunakan kaca mata atau kanta sentuh. Tapi jika tidak teruk, ianya perlu dipastikan tahap penglihatan anda perlulah optimum dan 'maintain' sihat selalu. wallahualam...
ReplyDeleteAskum. ..sy mempunyai masalah selalu pening kepala..cermin mata sy terang.tapi lagi pening kalu sy drive kereta..adakah sy kena tukar cermin mata yg baru?
ReplyDeleteAssalamualaikum...... kak saya nak tanya... saya baru sahaja beli spec baru but then bila dh pakai tak sesuai.... boleh ke andainya saya nak tuka spec yg lain.... mohon jawapan ye kakㅠㅠ
ReplyDeleteSaya baru beli cermin mata baru kalau saya nak pakai yg lama dgn baru jugak boleh ke? Contoh kalau nak keluar baru saya pakai yg baru tapi kalau duduk rumah saya pakai yg lama. Ada kesan ke?
ReplyDeleteSaya nak tanya bila saya pakai spek mata lama sikit mula lah sakit mata , kenapa Ya ? Adakah power mata rabun tu makin naik . Patut ke saya beli spek mata baru ? asap TQ
ReplyDeletekenapa bila saya tengok komputer atau telefon sometime ia nampak kabur .saya baru mula pakai spek mata
ReplyDeleteSalam.sy baru tukar spek mata.kenapa bila sy pakai spek mata baru lantai nampak tinggi?pakai spek mata lama ok je.tq
ReplyDeletepower berapa yang seseorang dikatakan rabun jauh
ReplyDeletepower berapa yang seseorang dikatakan rabun jauh
ReplyDeletesalam,apa punca sakit di tepi kepala selaras dengan mata selepas pakai spek mata beberapa jam?
ReplyDelete