Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, July 20, 2011

ToLonG!!!!!! KanTa SenTuH SaYa HiLAnG......

Adakah anda pernah mengalami situasi hilang kanta sentuh semasa dipakai. Apa yang harus anda lakukan??? Jangan panik dan cemas. Kanta sentuh yang dipakai mustahil akan bergerak ke belakang mata. Mungkin ianya cuma tersekat di kelopak mata ataupun cuma terpelanting keluar daripada mata.

Mata dengan kanta sentuh. Adakah anda pernah kehilangannya sewaktu memakainya???

Bagaimana ingin mengetahui kanta sentuh masih ada di dalam mata ataupun tidak??? Anda perasan kanta sentuh anda tiada.

1. Kenalpasti salah satu mata yang anda perasan telah ketiadaan kanta sentuh. Tutup sebelah mata yang tidak berkenaan. Jika penglihatan anda masih jelas, itu bermaksud kanta sentuh anda masih ditempat sepatutnya. Ini sering berlaku kepada si pemakai kanta sentuh silikon hidrogel. Disebabkan kanta sentuh ini terlalu nipis, si pemakai ini melihat di hadapan cermin, seolah-olah mata mereka tanpa kanta sentuh. Sebenarnya ianya tidak. Kanta sentuh masih di tempat sepatutnya.

Ragu-ragu dengan kewujudan kanta sentuh di dalam mata. Ni ada ke x kanta sentuh ni???

2. Kalau benar kanta sentuh telah tiada dan penglihatan juga menjadi kabur, anda mungkin risau di manakah perginya kanta sentuh tersebut. Telah terkeluar daripada mata, ataupun masih di dalam mata??? Caranya, tutup mata sebelah mata yang tidak berkenaan. Ataupun jika melibatkan kedua-dua mata, minta pertolongan kawan untuk melihat samada adakah beliau perasan ada sedikit benjolan di kelopak mata anda. Teknik ini juga boleh digunakan dengan mudah terutamanya untuk si pemakai kanta sentuh separa keras. Anda juga boleh merasa sendiri kehadiran kanta sentuh itu dnegan menggunakan deria sentuhan di tapak tangan.

Anda juga boleh perasan apabila kanta sentuh tersekat di dalam mata, pergerakan mata juga kan menjadi terhad.

3. Ataupun, anda mungkin tidak berani utnuk berbuat apa-apa. Ataupun anda runsing, sekiranya berbuat apa-apa akan lebih menyebabkan kesan yang lebih teruk. Silalah berjumpa dengan pakar mata yang terdekat untuk proses membuang cebisan kanta sentuh yang tertinggal selepas terkoyak.

Pakar mata akan meletakkan cecair fluorescein untuk memudahkan untk mengesan cebisan kanta sentuh yang tertinggal di dalam mata.

Anda mungkin mengalami gejala ini juga apabila kanta sentuh tersekat di dalam mata; seperti:-

- Susah membuka kelopak mata dan kelopak mata bergetar (blepharospasm)
- pedih dan mata berair
- silau terhadap cahaya

Sila berjumpa dengan pakar mata segera jika ianya terdapat gejala seperti di atas. Jadikanlah ini post ini sebagai salah satu peringatan kepada anda. Jadilah pengguna kanta sentuh yang berhemah. Post ini ke arah kesedaran pengguna kanta sentuh yang bijak. Sekian, terima kasih.

32 comments:

  1. adakah lens yang tersekat boleh keluar sendiri?

    ReplyDelete
  2. Ada kemungkinan boleh keluar sendiri. Jika ianya keluar sendiri, anda pasti akan rasa lega selepas itu. Tapi jika masih terdapat ketidakselesaan, sila rujuk pakar.

    ReplyDelete
  3. I rasa my lens ilang dlm mata la ahad lps. Series!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius. I feel u. I dag pkai. Tp kelip2 mata then bt keja laaain. Thrn wonder why kabur. Suddenly cek, xde. How weyh howwee

      Delete
  4. Tp i xrs apa2 pn.. Mata stil selesa. Mcm mn nk wat? Riso la..

    ReplyDelete
  5. jika anda berasa selesa, maksudnya mungkin lens anda terkeluar dripada dengan sendirinya...mungkin disebabkan terlalu kering. Jangan panik. Untuk kepastian, sila berjumpa dengan optometri anda untuk kepastian.

    ReplyDelete
  6. contact lens saya ilang sebelah kanan. xtaula jatuh atau hilang dalam mata..xda rasa apa n xde iritasi. dah 2 minggu, pi cek doktor buat deligate mata n cakap xde benda asing dalam mate..doktor cakap contact lense takkan melekat belakang mata sbb dia akan berpusing2 n mata kita ada cecair pelindung.huhu..still risau.. sbb cam rasa ada sesuatu je dalam mate ni..camne ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik jgn risau, jika pemeriksaan dr dijalankan dan tiada kesakitan, kemungkinan kanta sentuh itu terkeluar dr mata tanpa cik sedari. kejadian kanta sentuh terkeluar ini memg seallu dilaporkan, ini kerana kanta sentuh yg terdedah kepada keadaan kering akan menyebabkan ianya mudah terkeluar dgn sendiri. wallhualam...=)

      Delete
  7. Salam Anis Suzanan Mohamed... mengalami masalah yg same (cik anonymous).. lens saya x jumpa dlm mata di kiri selapas memakai.. memang x selesa dah dekat seminggu.. saya jumpa pakar tetapi doc mengatakan tiada lens ttinggal dlm mata.. tetapi pandangan saya kabur mata yg same (kiri) dan tidak selesa.. sy masih risau.. rakan2 sy mengatakan jika lens tinggal di dalam mata ianya bole membawa mati.. haaa.. menakutkan!! betul ke?? dan jika lens di dalam mata apa akan jadi?? adakah bole menjadi daging dlm mata??(sebati) bole bernanah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam saudara. Isu berkaitan kanta mata yang hilang semasa memakai kanta sentuh, ianya ada yang tidak serius dan ada yang serius. Isu keselesaan itu ada banyak, adakah anda tidak selesa yang sakit atau tidak? Biasanya jika sakit, ya mungkin kanta sentuh ada di dalam mata, namun jika sudah dipastikan oleh dr, ianya bukanlah serius. Berkaitan dengan isu, kanta sentuh sebati dengan daging seperti yang dirisaukan, benda itu setakat ini tiada lagi berlaku. Sbb mata adalah merupakan organ yang sangat dilindungi dan sebenarnya agak mustahil jika ianya terjadi begitu. Contohnya mata dilindungi oleh soket mata, terkedalam terbenam di dalam tengkorak dan dilindungi oleh selaput (konjuntiva)di sekeliling soket mata. Jadi tiada masalah kanta sentuh kebelakang mata atau bersebati dengan struktur mata. Harap maklum.

      Delete
  8. salam, masalah sy pn sama.cl transparent mata sebelah kanan hilang.tp kalu nak kata cl terkeluar sendiri disbbkn kering..sy br j pki,(dgn kelam kabut coz da lmbt nk pegi kje) lps 2 sy lap kedua mata dgn towel coz mata berair.sbb nk pki eye liner (x gosok pn).time pki eye liner perasan mata kanan kabur.puas da cri xjupe.mata ok xsakit pn.tp risau la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Masalah yang sama hadapi.Mungkin anda tidak perasan kanta sentuh anda sudah terkeluar. Berdasarkan simptom yang anda bagi, saya yakin kanta sentuh itu memang sudah tiada di dalam mata dan ianya terkeluar semasa mengelap mata tersebut. ianya boleh keluar jika digosok juga, tidak semestinya disebabkan ianya kering.

      Delete
  9. contact lense baru hilang dlm mata....masa tutup mata sebelah yg hilang contact lense tu nampak tak clear gak.rasa sama mcm takde contact lense.tp mata pedih sikit.cane ni?? dah paranoid gila2.skang dah la pukul 4 pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa hilang ni awak ada pakai contact lens dah berapa lama? Ada pakai semasa tidur ker???

      Delete
  10. Klu gosok kt tepi mata ckit pown contact lens bley trkluar sndri jgak ka??

    ReplyDelete
  11. As salam kak, mata belah kanan saya macam terbenam sedikit ke dalam berbanding dengan mata belah kiri saya. Bila saya tengok dekat cermin nampak sangat yg mata belah kanan saya kecil daripada bola mata yg normal. Mcm mana ye kak..boleh dibetulkan balik tak..? Saya risau lah kak..saya takot nnti keyakinan saya untuk ckp dengan orang ramai hilang :(

    ReplyDelete
  12. Assalam kak.
    Saya nak tanya macam mana nak tahu contact lens kita tu terbalik ataupun tak? Tambah2 jenis yang xdk warna tuh

    ReplyDelete
  13. Salam sy nk tye sikit bole x...
    sy rasa sy dah bukak lens..tpi but tgal 1 blah sja...
    kalo jatuh mesty ada area stu...tp tak sy rasa lens sy mcn msok dalam mata but xde rasa pedih or sakit...lens bole msok ke bahagian belakang mata ke sy wsau n cnfius

    ReplyDelete
  14. Says terus search internet bila c.lens sy hilang.belkg mata.memang cemas Gila. tapi lepas baca entry ni.terus saya tengok balik atas lantai. Rupanya memang day terkeluar sendiri.take sedar langsung, -___-

    ReplyDelete
  15. Saya pun ada masalah yang sama. Dah g hospital. Doc dah check mmg tak ada katanya. Dapat 2 jenis ubat. Balik rumah guna ubat titik tu. Ni hari kedua.masih ada berbalang2 rasanya. Nk tanya pendapat pakar mata kat mana lg yg harus saya pergi.

    ReplyDelete
  16. salam.. saya ada beli lens kat pasar dengan kawan saya.. bila saya cuba memakainya, saya rasa lens tu macam lari dari kedudukannya.. bila saya bergambar, saya nampak macam juling bila pakai lens tu.. lens kawan saya pulak, okay ja die pakai.. bila saya pakai, nampak juling.. apa patut saya buat ya???

    ReplyDelete
  17. salam.. saya ada beli lens kat pasar dengan kawan saya.. bila saya cuba memakainya, saya rasa lens tu macam lari dari kedudukannya.. bila saya bergambar, saya nampak macam juling bila pakai lens tu.. lens kawan saya pulak, okay ja die pakai.. bila saya pakai, nampak juling.. apa patut saya buat ya???

    ReplyDelete
  18. saya pon pernah lense hilang dalm mata ...takut nye nauzubillah sampai rasa nak muntah2...tp cuba tenangkan diri ,saya kedip mata banyak kali tp still xkluar pastu search google pasal benda ni then buat la sprti yg dibaca tp tetap xkluar ...cuak sangat my mom da ajak pegi hospital emergency then saya ckp xpayah dulu sy try lagi then saya bukak mata besar2 cari2 dlm mata and alhamdulillah jumpa jugak ...masa da jumpa leganya rasa hati ....tp skng sy da xberapa berani nak pakai takut ulang balik

    ReplyDelete
  19. Sye baru balik minum2 ngn kwn sye , msetu sye rse penglihatan sye jelas balik rumah pun sme lepas 5minit mcm tu sye nk bukak lens nye , belah kanan ad tp belah kiri tkde , sye cuba juga bukak mata besar2 cari , tkde rse sakit , mse tutp sebelah pun okay je sme mcm biasaa . Tp sye still rse takut nk tido pun takut , klau mcm tu cmne ye ?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum. Saya pakai CL ms nk snorkeling, ms tgh mandi tu mata kanan saya pedih, bila sy check (tutup mata sblh kiri) CL sy dh hilang. Tak pasti ke blkg kelopak @ terkeluar. Saya dah gosok2 perlahan utk trnkan, pki eyemore tp xde. Mata mula2 hlg, mata saya pedih maybe kena air pantai. Saya dh berkali2 gosok ke bawah guna eyemore & airmata. Sampai la saya tido, pagi ni bila bgn pagi mata saya bole buka mcm biasa cuma masih rs dia ada dlm kelopak mata lagi. Sekali lagi sy ltk eyemore utk check ada ke tidak tp xde. Tapi skrg mata sy pedih skt. Mcm mn? Saya masih di pulau. Takut jek esok xleh buka mata. Tlg saya. Saya takut.

    ReplyDelete
  21. Klau terbawa dalam tidur ape yang akan terjadi .

    ReplyDelete
  22. Klau terbawa dalam tidur ape yang akan terjadi .

    ReplyDelete
  23. Saya beberapa tahun lepas saya tertdo sambil pakai cl.. Lepas bgn clens kebawah tetapi mata kering jdi sukar.. Bila kedip beberapa kali clens kebawah dan hilnag...tetapi tak rasa apa2 sekarangata yasering beraitr

    ReplyDelete
  24. Nak tanya kalau nangis yg banyak kluar air mata boleh menyebabkan lens terkeluar dgn sndri ke ? Sbb sya nangis sdar2 aje lens sblh kiri dh hilang , cek atas karpet tak de tak jmpa , gosok2 mata pun tk de kluar apa2 mata tak pedih dan tak sakit

    ReplyDelete
  25. Saya tertidur dengan kanta saya , bila saya sedar saya hanya dpt keluarkan sebelah sahaja. Jadi sebelah saya tidak pasti kemana. Adakah ia bahaya untuk mata saya? Apa perlu saya lakukan ?

    ReplyDelete
  26. Salam nak tanya , sy mngalami hal yg sama belah kanan tiba2 hilang . Risau tetapi mata sy tak pedih atau berair , cume risau kanta itu trpelanting keluar ke atau masi d area mata . Dah chek area mata ttpi xde risau trmasuk kedalam mata tapi tulah mata i skrg tak rase pape elok je

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...