Tepat pukul 2.30 petang anis mula menjalankan pemeriksaan mata. Apa lagi, sesuatu yang mendebarkan apabila pesakit yang datang kali ini ada 'alternating exotropia'. apa dia itu?? alternating exotropia adalah nama lain bagi juling keluar sebenarnya. macam dalam gambar ni......
Inilah exotropia itu...nampak juling tu keluar kan???
Jadi anis pun jalankanlah pelbagai ujian ke atas pesakit ini. Daripada komplen yang dibuat oleh pesakit ini, dia memberitahu bahawa penglihatannya kabur sejak akhir2 ini disertakan rasa sakit kepala. Penglihatannya kabur dekat dan jauh. ini agak merunsingkan tambah2 lagi pesakit ini ada juga mempunyai penyakit yang lain iaitu penyakit dengan platlet.
Namun begitu, selepas beberapa ujian yang telah dilakukan, anis sudah mendapat jawapan yang sepadan daripada hasil ujian dan komplen yang telah dibuat. Pesakit ini adalah berumur 52 tahun. Memang rabun dekat adalah perkara yang paling biasa berlaku. Dan dia pula tidak pernah memakai cermin mata. Tapi peli juga, kenapa baru sekarang komplen kabur penglihatan jauh. Owh sekarang baru anis tahu.........ceritanya begini, (sila rujuk gambar hiasan di bawah.)
1. Apabila jauh, mata kirinya tidak berfungsi. Mata kanannya yang akan digunakan untuk melihat.
2. Namun begitu untuk melihat dekat, mata kanan pula tidak berfungsi. mata kirinya pula yang akan berfungsi untuk melihat.
Cantikkan ciptaan Tuhan. Tuhan itu Maha Adil. Tiada satu pun tujuan yang dilakuakn itu untuk menzalimi seseorang insan. Contohnya seperti pesakit ini, walaupun juling, dia tidak pernah perlu memakai cermin mata sebab penglihatan dekat dan jauh adalah jelas. Perkara ini boleh berlaku jika juling yang mula2 biasa, kini telah adapatasi kepada pesakit yang sudah lama juling.
Cuma sekarang, apa yang menjadi masalah adalah apabila usia sudah tua, maka kanta mata tidak lagi berupaya untuk bekerja untuk melihat benda dekat dengan jelas. Jadi pesakit ini memerlukan kanta untuk melihat dekat. Tapi apa yang anis cuba cadangkan di sini pesakit ini perlu memakai kanta dua kuasa yang berlaian. iaitu untuk jauh dan dekat. Namun begitu, rekabentuk terbaik adalah bifokal berbanding dengan multifokal ataupun dikenali juga sebagai progressif.
Kiri: Rekabentuk Bifokal dan kanan: multifokal ataupun progressif.
Ini kerana, jika bifokal kanta untuk rabun dekat cuma dihadapan dan dibawah mata dan bagi rabun jauh, kuasa berada di atas sahaja.. Namun begitu, jika memilih kanta multifokal ini, kuasanya ada di kawasan dekat, pertengahan dan jauh. Kawasan selain itu tiada kuasa dan yang ada hanyalah imej yang kabur sahaja.
Dan bagi pesakit ini, disebabkan matanya satu akan juling keluar semasa pandangan jauh dan dekat, maka kanta progressif ini tidak sesuai digunakan sebab pada jarak jauh dan dekat. salah satu mata kan melihat pada kawasan tepi yang tiada kuasa itu dan adanya imej yang kabur di situ.
inilah pilihan terbaik. Kanta bifokal utnuk pesakit dengan juling ini.
Berkaitan dengan juling pula, tidak banyak yang dapat dilakuakn. ini kerana pesakit ini sudah tua dan sudah lama beradaptasi dengan keadaan ini. Tiada sebarang rawatan yang diberikan untuk memb etulakan juling. Ini kerana kami sebagai optometris dilatih dengan prinsip:
"No complaints (Symptoms), No Treatment"
Pesakit ini tiada komplen mengenai masalah juling, dia cuma komplen kabur. Jadi, rawatan jika diberikan cuma akan megganggu kedaan juling beliau yang akan memberikan kesan yang lebih teruk. Oleh sebab pesakit ini cuma komplen kabur penglihatan, jadi rawatan terbaik yang diberikan adalah cermin mata.
Sekian.
(^____^)V
No comments:
Post a Comment