daripada pemeriksaan mata biasa, power kaca matanya ada sedikit lebih daripada yang diperiksa pada hari ini. Namun pesakit ini tiada simptom mata letih atau sebagainya. Jadi, tiada masalhlah tentang kaca matanya. namun begitu, saya dan pasangan saya terus menjalankan ujian lain untuk mengetahui punca utama masalah mata merah yang dihadapi oleh pesakit ini.
1. pemeriksaan dengan biomikroskop mendapati ada sesuatu di bawah kelopak mata. Pesakit ini mempunyai ketulan lemak yang mendap di bawah kelopak mata dipanggil concretion. ini juga membawa kepada simptom mata merahnya sebab kelopak mata ini akan selalu bergesel dengan bahagian depan mata ini setiap kali berkelip. Mata juga mempunyai sedikit kesan geseran dan calar di bahagian atas permukaan hadapan mata.
Concretion yang berada dibawah kelopak atas mata yang selalu bergeser dengan hadapan mata semasa berkelip
Mata kemerah-merahan sering dikaitkan dengan sindrom mata kering.
Owh sekarang kami tahu, apabila menjalankan ujian TBUT iaiut ujian terhadap air mata, kami mendapati pesakit ini mempunyai masalah mata kering. apakah ujian TBUT itu?? ujian ini menggunakan titisan saline terhadap kertas pewarnaan fluerosin dengan bantuan lampu biru kobalt pada biomikroskop. pewarnaan ini akan mewarnakan sel hidup pada permukaan mata dan memancarkan cahya kehijauan apabila disuluh dengan cahaya biru kobalt.
Beginilah keadaan depan mata semasa pemeriksaan air mata dengan ujian TBUT itu.
Daripada pemerhatian luar secara kasar, kami mendapati pesakit ini mempunyai kulit berminyak. Apabila dilihat dengan cahaya biasa dengan biomikroskop, kami mendapati bahawa terdapat pembentukan warna pelangi dihadapan mata seperti tumpahan minyak dalam air itu. kami menyimpulkan bahawa pesakit ini mempuyai mata kering akibat daripada air mata yang terlalu pekat.
pembentukan pelangi depan mata akibat lapiasan minyak di dalam air mata
Mata kering boleh terjadi akibat dua faktor iaitu kualiti air mata yang berminyak ataupun terlampau cair ataupun satu lagi berkaitan dengan kuantiti air mata yang sedikit dan tidak cukup untuk melembapkan permukaan mata.
lapisan air mata dihadapan mata yang mempengaruhi keadaan mata kering.
Jadi, dalam kes pesakit kali ini, pesakit mempunyai masalah mata kering akibat air mata kurang berkualiti akibat terlalu banyak minyak. owh lagipun air mata ini penting untuk agen larutan bagi pengangkutan oksigen ke dalam. Patutlah pesakit ini tidak selesa dengan kanta sentuh. Disebabkan kurang air mata. Dahlah kurang air mata++mata dipakaikan kanta sentuh pula++mata ada concretion yang selalu bergesel. memang 'cukup pakej lah' patutlah apabila pesakit ini pakai kanta sentuh sahaja, keadaan mata merah semakin ketara berlaku.
1. Jadi, penyelesaiannya saya mencadangkan supaya pesakit ini selalu membuat lid care hygiene ataupun lid scrub seperti di bawah ini untuk kebersihan luaran mata.
Lid scrub
2. Menasihatkan pesakit supaya memakai air mata palsu untuk mengatasi masalah air mata pekat akibat banyak sangat minyak dalam air mata tadi. antaranya adalah:-
Artificial tears untuk membantu melegakan simptom mata kering.
Semoga pesakit ini balik dengan senyuman dan rawatan yang diberikan dapat membantu die.
Sekian=))
kalau mata kabur pun boleh pakai air mata palsu nie ke?
ReplyDeleteNak tanya air mata palsu ni boleh diguna utk semua jenis mata ke? Termasuk rabun jauh/dekat
Deletemata kabur tuh ada banyak jenis. jika kabur disebabkan rabun, air mata palsu ini tidak semestinya dipakai. tapi jika anda perasan mata anda kabur disebabkan mata kering dan pedih, air mata palsu ini merupakan penyelesaian yg terbaik.
ReplyDeletejika kelopak bwh mata merah. adakah ia juga simptom mata kering? tapi merah x byk..tp tak hilang2.. tidak berasa gatal.adakah penggunaan baby oil sbg makeup remover di mata menjadi puncanya? saya keliru
ReplyDeletemungkin bukan sebab mata kering. Kemerahan itu boleh terjadi disebabkan allergy pada sesuatu bahan yang terdapat dalam alatan mekap. Mungkin juga mata anda ada kesan allergic pada bahan di dalam minyak tersebut. Nasihat saya, sila jalani pemeriksaan mata oleh optometris untuk kepastian.
ReplyDeletesaya mmpunyai mata merah dah lama... bila sy ke shopping complex yg terang mcm kt jj tu, angin kuat asap rokok.. memakai cntct lens serta merta mata sy merah.... ramai org tegur smpai ada yg ckp mcm hantu dah .. sedih .. sbb mate merah sgt.. abg sy pon risau then sy pg klinik pakar swasta untuk pemeriksaan.. tapi die xde ckp penyakit sy.. maybe sekali je sy pergi.. die bg 2 ubat titis.. tiu pon mcm biase , sy tk mmpu nk trus kan sbb sy masih belajar.... tpi risau dgn keadaan dri tpi xterus kan.. ada kah mata sy terlalu sensitif? dapat kah sy memilik putih mata yg bersih mcm org lain...? sy buntu,, ke sy kene memakan vitamin atau titik air seperti di atas.. mata sy ni sgt sensitif pada cahaya terang, angin , asap cntct lens.. menjadi sgt merah.. smpi org tgk pon tkot.. sy tak tau nk bt cmne.. sedangkan mcm2 cra sy buat. dgn gune titik mate mkn ubt2an. search2 ttg perubatan mate, tlg sy..
ReplyDeleteKita mempunyai ciri2 sakit mata yg sama. Alah kpd bnyk benda sehingga blh menghilangkan keyakinan diri.
Deletesebelum saya menjawab soklan anda, boleh saya bertanya dengan lebih lanjut. adakah anda seorang pemakai kanta sentuh?? Selain itu, mata anda merah itu ada disusuli dengan sakit atau tanda2 lain x, contohnya berair atau bertahi mata???
ReplyDeleteyup saya pemakai kaa sentuh .. tetapi sebelum saya memakai lagi mata saya selalu merah..jika saya xpkai kanta sentuh pun mata saya akan jadi merah walaupun terkena asap rokok, angin yang kuat dan lampu yang terang,, mcmane ey ? sy bt rawatan dkt pakar sekali je sbb kos tggi huhu.. sy xterus kn kalau kerajaan pasti die hanya bg ubt sakit mata saje?
ReplyDeletedan macam mana rawatan dan penjagaan yg patut saya buat? adakah dengan memakan vitamin dan titik mata? apakah penyakit mata yg saya hadapi...mata saya merah dan rasa sgt kering dan pedih jika duduk di suhu bilik yang kering dan lampu yg sgt terang....
DeleteDi ruangan ini, saya tidak boleh menyatakan diagnosis atau kesimpulan penyakit yg anda alami;sbb saya tidak memeriksa mata anda. Nasihat saya, supaya saudari/saudara berjumpe dengan pakar mata untuk pemeriksaan sebaiknya. Apa yang saya jangkakan, mungkin saudari mempunyai permukaan mata yang tidak rata atau licin mungkin salah satunya akibat sejarah pemakaian kanta sentuh. Jika berkaitan dengan kos, saudari jangan risau. Silalah berkunjung ke Klinik Optometri UKM, Jlan Raja Muda Abdul Aziz (dekat Chow Kit) untuk mendapatkan pemeriksaan mata yang menyeluruh serta secara percuma. Sila hubungi 03-92897499/03-92897600 untuk membuat temujanji. Jangan biarkan keadaan ini berterusan....wallahualam...
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteRakan saya memakai lens power lbh kurang 500, da dekat 7thn. Sekarang ni mata tiba2 rabun and kering wlupun pakai lens...even pakai eye-mo pun x boleh jugak. Bole saya tau saranan cik? And di mana nak dptkan lid scrub tuu ye?
TQ
saranan saya adalah lebih baik jika anda berjumpe dengan pakar mata atau optometris yg boleh memeriksa keadaan mata nada sekarang. lid scrub tuh boleh didapati di farmasi-farmasi yg besar...
Deleteslm,sya mempunyai masalah mata merah,kadang gatal.pedih ,kasar dan rasa sprti berpasir.slalu gak melecet di bhgian tepi meta.mata juga ada kluar mukus.bila bangun pagi terasa mata cam berat nk bukak apa masalahnye ye.bleh bntu sya
Deletesalam, mate sy jd sgt kering bile waktu mlm,nk bkk mate pun ssh, knp yer??.utk pgthuan sy pengguna contact lens pd waktu siang.TQ
ReplyDeletemungkin kanta sentuh yg anda gunakan sekarang kurang sesuai dgn fisiologikal mata anda sekarang. nasihat saya, dapatkan nasihat pakar iaitu optometris mengenai pemilihan kantas entuh yg sesuai dgn mata anda ini...penggunaan eye drops juga mungkin dapat membantu anda memulihakan keadaan ini pd waktu malam dan sewaktu pemakaian kanta sentuh semasa siang hari...insha Allah...
Deletesalam..saya ingin bertanya..saya baru berusia 19 tahun masalah yang sy alami ialah mata putih saya ada tompokon kuning pada mata sebelah kanan..keadaan ini benar2 buat saya hilang keyakinan untuk berkomunikassi..mata putih sy tidak bersih seperti org lain..pada masa yg sama apabila sy mgadap skrin atau brada di tmpat econ sy berasa tidak selesa pasa mata kanan sy...saya ada berjumpa doktor dan doktor mengatakan yg mata sy kering dan doktor memberikan ubatmata jenama eye glo
ReplyDeleteWsalam. Salah satu sebab mata menjadi kekuningan adalah disebabkan mata anda ada masalah kekeringan. Masalah ini mungkin dapat diatasi dengan penggunaan bebrapa jenis ubat jenis 'ocular decongestion' dan juga eye drops yg meredakan mata kering. Nasihat saya adalah, sila berjumpe dengan pakar mata (oftalmologis) untuk mendapatkan diagnosis atau mengetahui punca masalah mata kering anda sbb ianya ada banyak jenis kerana mereka lebih arif tntg masalah ini. Nasihat sy yg kedua, jika berada di kawsan yang lebih kering jika di depan econ, sila gunakan eye drops utk kurgkan masalah tersebut.
DeleteSalam. Terima kasih di atas info yg bguna bkenaan mata kering. Sy trut mmpyai mslah yg sama yg sy "suspect" mgkin sy turut mngalami mata kering. sy terlalu sensitif di dlm tmpt yg berhawa dingin, cuaca yg panas terik serta sering pedih mata apbl mngadap komputer dlm msa yg lama. akibatnya, mata sy selalu kemerah merahan dn kehadiran "pingaculae" di dlm mata sy makin mmburukkan keadaan. Bolehkah mata kering ini dirawat dgn mngmbil supplemen spti Natberry tnpa perlu bgantung pd "artificial tears"?
ReplyDeleteMata kering cuma boleh ditentukan oleh dr. sila rujuk dr untuk kepastian berkaitan dry eye atau kehadiran anomali lain seperti pingaculae dan seterusnya dr boleh memberikan rawatan sepatutnya. setakat ini tiada lagi kajian membuktikan supplemen spt nutberry berjaya mengatasi masalah ini. Harap maklum.
DeleteSalam. Maaf tumpang tanya. Mata saya takda lah teruk sangat cuma kuning setengah pada kedua dua belah mata saya. Saya ada membeli ubat titis Naphcon A - sterile ophthalmic solution. Betul ke ubat titis tu dapat cerahkan mata saya?
DeleteAssalam,
ReplyDeletetumpang tanya, saya pernah memakai contact lens dan sebab terlalu penat, sy terus tidur tanpa mencabut dulu contact lens tersebut. selalunya bila sy bangun ada saja, tapi hari tu sebelah dah takde. jadi takut jgak, agak2 contact lens tu masuk dlm mata ke ape ek?? tapi mata sy xdelah rasa sakit pun skrang nie, cuma skrang bergantung pada eye drops bila mata rasa pedih, perlu ke sy pergi check mata??
Wsalam. Dalam situasi anda ini mungkin kanta sentuh sudah pon 'terkeluar' semasa tidur tersebut. sebab ianya mungkin kering dan bergesel dengan permukaan bantal. sebab tiada kesakitan. Jika masih di dalam mata, ianya pasti rsa sakit. TETAPI lain kali jangan tidur dengan kanta sentuh lagi yer....please. Jika mata ada gejala pedih, anda memang dinasihatkan untuk berjumpa denga doktor untuk pemeriksaan lanjut. harap maklum.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletesaya nak tanya.kalau selalu kena penampar semasa zaman kanak2 berhampiran mata adakah boleh menyebabkan kekeringan mata?Sekarang sy berumur 29thun & kena menggunakan natural free setiap hari.saya rimas..
Terima Kasih
Wsalam. Mata kering ada banyak sebab. Mungkin bukan berkaitan dengan penampar. Sila rujuk dr untuk memastikan punca sebenar mata kering. Mungkin dr boleh bagi ubat yang lagi sesuai berdanding tears natural.
Deleteassalammualaikum
ReplyDeletesaya nak tanya..kalau sye titiskan ubat artificial tears tu setiap 5minit boleh ke?ade side effect tak?
ibu saya selalu mengadu pada saya tentang mata sebelah kiri pedih dan kering. saya dah bawa ke hospital dan doc cakap xde ape2.yg merisaukan saya ialah, mata ibu saya tidak ada perubahan setelah di beri ubat oleh doc,malah semakin kerap pedih dan kesat seperti ada pasir didalam mata ..ape yang perlu saya lakukan dan penyakit ini memang tidak boleh di sembuhkan atau di kawal.. t. kasih
ReplyDeleteSalam...saya tlh menemui doktor dan myatakan saya salah seorg yg mgalami dry eye..pada 2010 di sebelah mata kiri.. kini mata sblah kanan pula mgalami hal yg sama..biasanya dry eye ni akan myebabkan mata saya pedih trutamanya apabila saya tiba2 tjaga dr tidur di tgh malam. Persoalannya..adakah dry eye ini bole myebabkan pkara @ pyakit lain yg lebih truk di masa depan? Adakah rawatan lain utk mcegah dry eye???
ReplyDeletedh hampir 10 thun ,mata saya tk megeluarkan air mata.mata saya juga,sering berasa pedih,kering,seperti ada pasir dalam mata...caya yang terang amat meyakitkan mata saya...kalau terdedah pada angin kipas atau aircond mata rasa sangat pedih. saya pernah berjumpa doktor mata sebelum ini tapi tak mendapat rawatan yang betul2 berkesan. mohon nak tahu masalah ini dan cara yang paling baik nak rawatnya.
ReplyDeleteSalam. Maaf tumpang tanya. Mata saya takda lah teruk sangat cuma kuning setengah pada kedua dua belah mata saya. Saya ada membeli ubat titis Naphcon A - sterile ophthalmic solution. Betul ke ubat titis tu dapat cerahkan mata saya?
DeleteSalam Anis...saya nak tanya..saya telah membuat lasik, ini menyebabkan mata kiri saya sgt kering..sering berasa tegang dan pedih. Apakah mata kering saya ini kekal atau akn sembuh lama kelamaan nanti. Saya ada juga menggunakan "tears naturale free" tp rasanya ia tidak begitu membantu..saya agk tertekan dgn keadaan ini. Harap Anis dpt memberikan sedikit penerangan.
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletemata saya kerap pedih dan berair..
saya seorg yg rabun ttp kdg2 jer saya pakai cermin mata..
saya ke sekolah pula menunggang motor..
kdg2 ad jugak masuk habuk @ bende asing dlm mata..
adakah itu punce mata saya slalu pedih dan berair..??
dan adakah ia nye memudaratkan..??
Kalau mata selalu bertahi..apa ye msalah nya..dan apa rwatan yg ssuai utk mslah ini..mohon pncerahan..tq
ReplyDeleteAssalamualaikom saya nak tanya kalau doktr telah sahkan ada kesan calar di anak mata hitam berapa lama boleh sembuh ye
ReplyDelete