Gambar hiasan.
Setiap yang ditulis ini pastinya satu perkongsian ilmu bagi anis. jadi, di ruangan ini anis nak tanya semua, tahukah anda istilah OKU itu???
Kini istilah OKU itu telah ditukarkan maksudnya. Maklumat ini diperolehi daripada salah seorang guru sekolah pendidikan khas semasa lawatan yang lalu.
Maksud OKU yang dulu ialah, orang kurang upaya. Namun istilah OKU kini yang diguna pakai adalah orang kelainan upaya.
orang kurang upaya Vs orang kelainan upaya
orang kurang upaya bermaksud orang yang mulanya adalah yang normal. namun setelah berlaku kemalangan, maka seseorang itu telah cacat anggota. Mereka ini layak dikenali sebagai seseorang yang kurang keupayaan mereka.
Contohnya mat rempit yang berlumba secara haram akan menagalami kemalangan ngeri dan cacat anggota selepas kemalangan tersebut. mereka bolehlah diklasifikasikan sebagai orang kurang upaya (OKU).
Tanda untuk kegunaan golongan OKU.
Orang kelainan upaya bermaksud orang yang memang dilahirkan dengan cacat anggota. Namun, setelah diberikan pelajaran dan kemahiran hidup mereka mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. Mereka boleh membaca braille dan akhirnya berjaya dalam hidup.
Contohnya, seseorang cacat penglihatan itu adalah cacat semulajadi. mereka tidak meminta untuk dilahirkan begitu. mereka mempunyai kelebihan mereka tersendiri seperti membaca dengan menggunakan braille dan kemahiran untuk menggunakan tongkat putih. Mereka mempunyai kelebihan dan keupayaan yang berbeza yang orang biasa belum tentu lagi dapat menguasainya. Jadi, kita klasifikasikan mereka adalah orang kelainan upaya(OKU).
Universiti Malaya adalah salah universiti di Malaysia yang mesra OKU.
Jadi sebagai golongan yang belum menjadi OKU, hargailah apa yang anda ada. Jangan tunggu sehingga ianya sudah tiada lagi. Hargailah orang kelaian upaya ini.
(*___*)V
No comments:
Post a Comment