Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, April 21, 2009

PUISI UNTUK xx














mawar berduri.



indah sungguh kelopak bungamu,



secantik bahasa dan gerak gerimu,



Sopan ditiup sang bayu,



batang dan dahanmu tetap tunduk malu.






mawar berduri.



kelopakmu tetap dipelihara,



daripada kumbang yang membinasa,



duri didahanmu tetap tersedia,



mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.






mawar berduri.



kau tetap sentiasa berdiri,



menahan cabaran yang diberi,



tetap tidak pernah hilang harga diri,



dirimu indah sukar untuk didekati,



walaupun dipujuk,dirayu nafsu sendiri,



melainkan syariat memberi.






mawar



si kumbang perkasa tidak akan tertawan,



dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,



kerna dirimu telah rosak dibinasakan.






mawar



hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,



menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,



hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokkan,



dirimu ditinggalkan patah kelayuan.






nota:









1) perlu menilai dan renungkan maksud puisi ini dengan teliti





























JURUSAN OPTOMETRI DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Gambar sekitar Klinik Optometri UKM Kampus Cawangan Kuala Lumpur.



Ini pula kawan-kawan seperjuangan saya di UiTM.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

{Perbualan di bawah adalah berlaku pada awal tahun 2008}

Anis : alhamdulillah saya telah terpilih untuk mengambil ujian MEDSI iaitu salah satu ujian yang perlu diambil oleh bakal yang bergelar prasiswazah guru di Malaysia ni.

Mai : yelah saya pun dapat. ble ye ujian tu akan diadakan?

Anis : owh ahad ni. nanti kita g skali ya. tapi kat mane ye ujian tu??

Mai : di marix uia petaling jaya.

anis : seronok bercampur syukur ni.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah motif saya menulis buat kali pertama ini. sebenarnya saya merupakan salah seorang pelajar asasi sains uitm shah alam batch 2007/2008. pada tahun lepas saya memang merupakan pelajar universiti tersebut. apa yang ingin berkongsi disini adalah tentang pemilihan bidang yang tepat untuk pelajar-pelajar matrikulasi khususnya adik-adik yang bakal menjadi mahasiswa di universiti kelak.

saya amat tertarik untuk memilih jurusan guru pada mulanya. dalam 8 pilihan yang dimohon dalam upu, 2 tempat yang pertama memang dipenuhi dengan jurusan perguruan. nasib baik dapat isi dua je, agaknya kalo dapat isi semua memang saya akan isi semuanya dengan pilihan jurusan perguruan. apa yang menghairankan saya, saya memang begitu hampir menjadi guru. selepas mengambil ujian MEDSI di uia, saya juga dapat ke ujian saringan seterusnya iaitu temuduga di HUSM, Kubang Kerian pula. owh....huhu rintangan demi rintingan dilalui dengan jayanya. . Mesti aku dapat.....aku konfiden betul dengan temuduga tadi. tapi selepas keputusan upu itu keluar, saya dapat jurusan optometri.... punya le mula2 x tidak dapat terima kenyataan sampai saya tidak perasan pun bahawa optometri tu memang ada dalam pilihan saya tu. hehe sekarang barulah saya terasa begitu hebat bujian saya yang akan mendatang iaitu saya terpaksa belajar sesuatu untuk masa depan saya tentang jurusan yang sama sekali saya tidak minat.

Mungkin selepas saya menerima nasihat daripada ayah saya, saya tetap gagahkan diri untuk meneruskan pengajian dan mendaftar sebagai pelajar UKM ini. Memang hebat cabaran ini, tambahan lagi dengan pembelajaran yang lebih mencabar di kawasan baru. hehe nasiblah saya memang cepat dapat beradaptasi dan berasimilasi.

Saya memang mendapat tamparan hebat terutamanya apabila saya terpaksa berpindah universiti dari UiTM ke UKM. Nasib baik masih dalam Malaysia, saya bersyukur sangat. hehe tapi saya ada masalah besar. Kalau dahulu, memori saya cuma menghafal nama Ahmad, Hafizi, Nadiah dan seumpamanya.....kini saya terpaksa biasa memanggil nama seperti Soo Kiong, Sumithra dan sebagainya. Tengoklah ni......owh hebat Malaysia. hebat UKM semua ada.....





Pengajaran kisah saya ini adalah:

1) Mesti tahu akan pilihan yang dipilih

2) Mesti bersederhana, jangan overconfident

3) MESTI DENGAR NASIHAT ORANG YANG LEBIH BERPENGALAMAN

4) Mesti bersyukur dengan apa yang diberikan dan ditentukan oleh Allah untuk kamu......sesungguhnya Allah memang menentukan yang terbaik untuk kamu.

Akhir sekali....saya amat bersyukur (infiniti kali) kerana terpilih untuk mengukuti kursus ini. memang syok sangat.....
OPTO BEST..............



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...