Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, March 19, 2011

** A once-in-a-blue moon **

Supermoon cuma berlaku 18 tahun sekali.

1. 'Supermoon' malam tadi 
     Mata ini menyaksikan sendiri bagaimana kejadian itu berlaku. Semalam anis keluar makan malam di Restoran Mamam di Tasik Titiwangsa. selesai menikmati hidangan, jam sudah menunjukkan jam 7.30 malam. Bila menoleh ke arah ufuk barat, matahri telah melabuhkan tirai dan kini suasana sudah menjadi suram. Alangkah terkejut apabila melihat ada bulan yang muncul seolah-olah matahari yang turun melabuhkan tirai tadi. tanpa melengahkan masa, anis cuba merakamkan detik ini. Masha Allah cantik sungguh kejadian Allah Taala. Langkah anis semakin laju menuju ke bilik untuk menunaikan kewajipan kepada Illahi dan sujud akan kebesaran-Nya. 

ni di tasik titiwangsa.

    Kejadian supermoon ini cuma akan berlaku 18 tahun sekali dan direkodkan berlaku cuma 3 kali setakat abad ini. Kejadian supermoon ini juga dikaitkan juga dengan kejadian bencana alam yang hangat diperkatakan kini iaitu gempa bumi di Jepun. Namun begitu kesahihan masih belum pasti. apakah itu supermoon??? Jika anis tahu, kawan2 yang lain tahu pasti akan tahu. Supermoon adalah kejadian bulan akan kelihatan lebih besar daripada biasa. kejadian ini berlaku kerana jarak bumi dengan bulan pada malam semalam adalah berada dalam jarak yang dekat daripada biasa. Biasanya bumi dengan bulan berada pada 500 000km, tetapi pada malam tadi jaraknya cuma 356 577km sahaja.

Supermoon sangat terang.

Kesimpulannya, kita hendaklah selalu bersyukur dengan nikmat Allah subhana Taala. Sama-samalah kita munhasabah diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...