Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers
Showing posts with label Dilema Optometri. Show all posts
Showing posts with label Dilema Optometri. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

DileMMa Optometri 7..... SaRjanaMuDa OptoMetri Vs DipLoMa OptoMetri

Professor Dr. Norhani Mohidin.

Entri kali ini merupakan salah satu daripada rentetan daripada kelas bersama ibu kepada optometri di Malaysia iaitu Prof Dr. Norhani Mohidin. Apa yang membawa anis ke sini?? Di dalam kelas bersama beliau tadi, beliau bukan sahja mengajar, prof juga ada berkongsi tentang hasrat beliau untuk melihat 'new generation of optometry'. Bunyi macam biasa, tetapi 'rebranding' optometry yang dimaksudkan ini adalah:-

1.  Practice atau mengamalkan apa yang dipelajari. 
Menurut prof, beliau amat kesal dengan sikap segelintir bekas pelajarnya, iaitu optometri ini tidak mengamalkan apa yang diajar dan dipelajari semasa bergelar sebagai pelajar dahulu. Situasi sekarang. Jika juruoptik, yang cuma ada kelulusan untuk memotong kanta cermin mata, mereka giat berusaha untuk mempraktikkan  seperti optometri seperti penjualan kanta sentuh dan sebagainya. Tetapi berbeza pula dnegan optometri yang mempunyai kelulusan sarjana muda optometri, segelintir daripada mereka ini amat suka membuat kerja seperti penjualan spect, menjual kanta sentuh tanpa pemeriksaan mata dan sebagainya seolah-olah tidak mempraktikkan apa yang dipelajari.

2. Pengurusan pesakit yang sihat.
Apa yang dimaksudkan oleh prof adalah mengenai mentaliti orang di Malaysia. Apakah yang dimaksudkan dengan mentaliti ini??

  • Mata putih (mata sihat) - berjumpa dengan optometri.
  • Mata merah (sakit mata) - berjumpa dengan pakar mata/doktor.
Jadi peranan optometri di sini adalah untuk menyedarkan rakyat di Malaysia ini bahawa tidak semua mata yang putih adalah sihat. Masalah mata seperti mata malas, mata juling, atau sebagainya juga adalah mata putih. Jadi, sebagai optometri, kitalah yang bertugas utnuk mengesan masalah mata seperti ini. Jadi, kita dapat merubah mentaliti rakyat malaysia bahawa tidak semua mata yang berwarna putih itu adalah sihat. 

3. Soalan prof kepada para pelajar, :- Apakah yang membezakan kamu dengan pelajar diploma dalam optometri???
Jawapannya adalah 'our thinking' atau pemikiran kita. Apa yang memebezakan sarjana muda optometri dengan diploma dalam optometri adalah pemikiran. Menurut prof, jika diperingkat diploma apa yang diberi penekanan adalah dari segi latihan dan kemahiran. Namun jika diperingkat degree atau lepasan ijazah, penekanan yang diberikan adalah pemikiran. Jika dibandingkan dari segi kemahiran, mungkin pelajar degree ini akan sama sahjaa dengan pelajar diploma, namun apa yang menunjukkan kelebihan degree adalah dari segi pengurusan pesakit. Kerana pengurusan pesakit ini memang menuntut seseorang optometri utnuk berfikir dan berfikir dan akhirnya mempraktikkan apa yang mereka pelajari. 

Itulah sahaja daripada ringkasan azimat dan perkongsian daripada prof yang amat saya kagumi. Kelas bersurai. 

Bakal graduan sarjana muda optometri yang akan mewarnai dunia optometri suatu masa nanti...

Seronoknya kalau boleh diteropong masa depan saya macam ni.....


Wednesday, December 7, 2011

OpToMeTRi SaMa SePerti Spy, CSI dan juga Gate-Keeper...

Termenung sejenak. Berfikir untuk menjawab salah satu soalan daripada seorang bapa kepada salah seorang pesakit saya tadi. Soalannya berbunyi begini, ' Anak saya berminat juga untuk mempelajari jurusan optometri ini, tapi apakah sebenarnya skop pekerjaan atau prospek kerjaya ini??'. Lalu saya terfikir, apakah perkataan termudah untuk saya gambarkan mengenai kerjaya optometri ini.

Optometri adalah spy mata anda

Untuk pengetahuan semua, optometri adalah kerjaya yang amat mirip seperti spy, CSI dan juga gate-keeper. Apa yang membezakan kami cuma tempat bekerja sahaja. Optometri adalah spy...teringat pula cartoon totally spies...hahahaha. ya, optometri adalah seperti spy. Optometri adalah spy kepada anasir di dalam mata anda. Anasir atau musuh itu termasuklah kuman, penyakit pada mata dan sebagainya. Spy adalah nama lainnya adalah pengintip. begitu jugalah dengan optometri, Ianya lebih kepada mengintip dan menjejaki anasir. Selepas itu, jika anasir sudah dikenalpasti, tindakan seperti rujuk pakar oftalmologi untuk rawatan akan dilakukan. Jadi, nasihat saya, jika anak anda meminati kerjaya pengintipan ini, bolehlah mencuba bidang optometri ini.

Optometri boleh, CSI pon boleh.....

Jika anda suka menonton drama bersiri CSI di channel AXN tuh, mungkin anda calon terbaik untuk bidang optometri ini. Optometri tidak ubah seperti CSI. Menjejaki punca, siapa, dan kenapa jenayah berlaku. yang memebezakan CSI dengan optometri adalah cuma lokasi kejadian. Optometri adalah CSI pada mata, manakala CSI pula mungkin kepada Miami, Los Angeles dan sebagainya. Sekarang ada paham???....

Mak aih...optometri boleh jadi pak-guard mata anda...

Ada juga persamaan kerjaya ini dengan gate-keeper...wah bagaimana tu??? Gate keeper yang dimaksudkan adalah seseorang yang menjaga pagar. Mata adalah salah satu organ yang berfungsi sebagai 'tingkap' kepada badan kita. Daripada mata, kita dapat lihat kesihatan salur darah badan kita, saraf-saraf yang bersambung dengan otak dan sebagainya. Sebarang keabnormalan pada badan kebanyakannya akan dapat dilihat melalui mata. Jadi, optometri adalah badan bertindak untuk membuat sentri pada mata anda. Sentri ini penting, jika daripada mula penjenayah dapat dikesan, mungkin jenayah dapat dielakkan. Begitu juga dengan mata. Jika sesuatu keabnormalan pada mata berlaku, ianya mencerminkan keseluruhan kesihatan pada badan anda. Contohnya, salur darah di dalam mata kelihatan ada benjolan-benjolan (microaneurysm), ini mungkin menandakan gejala-gejala penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.

Wah, senangkan??? Semoga anda semua dapat memahami sedikit sebanyak mengenai kerjaya optometri ini. Kami bukan doktor yang boleh merawat semua penyakit mata. Kami adalah spy pada mata, kami adalah CSI pada mata dan kami adalah Gate Keeper pada mata.
 Sekian, Majulah kesihatan mata untuk negara.=))

Sayalah spy-woman, CSI dan gatekeeper pada mata anda.....berani cuabalah....

Saturday, November 26, 2011

DileMMa Optometri 6......Optometri BuKaN SaHaja Check Mata Tapi ExaMiNe MaTa....

Optometris Vs Juruoptik

Ramai yang masih terkeliru antara optometris dan juga juruoptik. Memang bidang kerja antara dua kerjaya ini adalah agak bertindih atau 'overlapping' antara satu sama lain. Namun begitu, terdapat juga banyak perbezaan antara optometris dan juruoptik ini. Optometris lebih kepada pemeriksaan keadaan mata iaitu 'examine the eyes'. Pemeriksaan mata yang dimaksudkan ialah pemeriksaan kesihatan mata bermula daripada kesihatan depan mata, kuasa mata dan juga kesihatan belakang mata. Berbanding dengan juruoptik, mereka cuma periksa kuasa mata atau 'check power of the eyes'. Mereka cuma dibenarkan untuk memeriksa power kaca mata. Berbanding dengan optometris, juruoptik tidak dilatih untuk mengesan penyakit mata atau berkaitan kesihatan mata.

Berkaitan dengan kanta sentuh, optometris boleh beri preskripsi kanta sentuh kepada pesakit atau pelanggan. Akan tetapi bagi juruoptik ini mereka tidak boleh bagi preskripsi kanta sentuh. Cuma juruoptik terlatih atau yang mempunyai sijil kanta sentuh sahaja yang dibenarkan untuk berbuat demikian.

Apa yang membuatkan mereka tidak dibenarkan untuk mendispensi kanta sentuh ini??
Optometris menerima 4 tahun pengajian ijazah yang berkaitan mata terutamanya kanta sentuh ini. Namun begitu, bagi juruoptik, kebanyakan mereka cuma mendapat kelayakan diploma sahaja yang berkaitan dengan pemeriksaan kuasa mata dan pemotongan kaca mata dan bukannya berkaitan kanta sentuh. Sebenarnya mereka tidak dilatih berkaitan dengan kanta sentuh seperti mana optometris yang sememangnya perlu lulus kursus kanta sentuh sepanjang pengajian.

Namun begitu, kenapa masyarakat kita masih tidak dapat membezakan antara optometris dan juruoptik ini?
Ini kerana sejarah optik di Malaysia ini bermula dulu dengan kehadiran juruoptik dan kemudiannya barulah adanya kerjaya optometris. Begitu juga dengan jumlah ahlinya. Oleh kerana kerjaya juruoptik ini bermula dahulu dan sudah lama menapak, kini lebih 5000 juruoptik seluruh Malaysia berbanding dengan jumlah optometris sekarang yang cuma mencecah 800 orang seluruh Malaysia setakat ini. Tambahan pula, tempoh pengajian optometris yang lebih lama berbanding juruoptik, ini yang menyebabkan ahli juruoptik bertambah dengan kadar yang cepat berbanding optometris. Namun, dari segi kerjaya, optometris dikenal sebagai bidang professional tetapi juruoptik bukan bidang professional.

Itulah sahaja setakat ini. Diharapkan dengan membaca post ini, anda dapat membuka mata sedikit mengenai perbezaan optometris dan juruoptik ini. Optometris lebih kepada pemeriksaan mata atau 'examine the eyes' dan bukan setakat 'check mata' sahaja. Tetapi bagi juruoptik, mereka lebih kepada periksa kuasa mata atau 'check power of the eyes'. Namun terpulanglah kepada anda untuk mendapatkan perkhidmatan yang mana satu, samada optometris atau juruoptik untuk mata anda.

Sekian. Majulah kesihatan mata untuk negara.

Tuesday, October 25, 2011

JujuRLaH TeNtanG MaTa......

Jauh di benak seorang optometri, hati kecilnya membisikkan ' Pak cik boleh tipu saya, tapi mata pak cik tidak pernah menipu saya'.

Gambar hiasan.

Post ini adalah berkaitan dengan rasa kekecewaan anis dengan sikap segelintir orang kita ini. Anis telah berjumpa beberapa orang pesakit dengan komplikasi masalah sistemik seperti kencing manis dan darah tinggi. Pengambilan sejarah pesakit atau history taking adalah amat penting. Tetapi apabila ditanya mengenai tahap kesihatan sekarang, semuanya 'under-controlled', bagus selepas terapi yang dijalankan dan sebagainya.

Apa yang anis nak kongsikan kali ini adalah, jika anda 'menipu' atau tidak jujur sekali pun, apa yang pasti mata anda tidak akan berbuat begitu. Daripada keadaan mata sahaja, ia sudah banyak mengambarkan sedikit sebanyak apa yang dihadapi oleh seseorang pesakit itu. Mata boleh diumpamakan seperti 'tingkap' bagi kesihatan badan kita sebenarnya. Apa yang anis maksudkan?

Seperti pesakit ini, beliau mengatakan kecing manis yang dihadapi oleh beliau adalah baik dan baru sahaja dihadapi, tidak sampai 3 tahun. Namun tahukah apa yang dapat dilihat pada mata pesakit ini. Mata memang selalu jujur. Melalui mata, anis dapat lihat beberapa tanda apa yang dikatakan tadi adalah tidak benar.

1. Bukti 1: Salur darah pada kawasan anak mata iaitu pada kawasan sekeliling anak mata. Ini berlaku kerana mata sudah begitu 'stress' untuk mendapatkan oksigen. pertumbuhan salur darah baru daripada belakang mata ini akan masuk ke kawasan di iris mata pula. Sebenarnya keadaan begini amat serius kerana ini menyumbang kepada salah satu sebab yang boleh memebawa kepada penyakit kebutaan mata yang lain iaitu glaukoma.

Salur darah yang baru tumbuh di kawasan iris akibat kurang oksigen di dlaam mata.

2. Bukti 2: Mata pak cik kabur sudah lama, bukan sebab kencing manis. Kencing manis atau diabetes mellitus ini memang bukan penyakit yang menyerang seperti sakit serangan jantung. Ianya penyakit 'senyap dan berterusan'. Jika mata mulai kabur dan kadang kala sahaja ianya menjadi kabur, ianya juga salah satu tanda yang baik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan atau aras gula dalam darah. Jangan tunggu tahap pengsan dan koma barulah didiagnos anda ada kencing manis. Waktu itu, maksudnya segalanya sudah terlambat.

Penumb uhan selaput dalam mata akibat kencing manis atau digelar sugar cataract.

Jika selaput ini sedang berkembang di dalam mata, penglihatan akan kabur.

3. Bukti 3: Kencing manis pak cik baru sahaja. Ya, pak cik. Kencing manis ini memang masih baru. Tapi ianya baru didiagnos, bukannya baru dihidapi. Belakang mata akibat kencing manis lebih daripada 5 tahun biasanya ada pendarahan belakang mata dan juga bengkak di belakang mata.

Pendarahan dan bengkak di belakang mata yang dihadapi oleh pesakit dengan kencing manis yang boleh menyebabkan kebutaan.

Bukti 4: Kelopak mata menjadi semakin jatuh. Mata salah satu organ yang bersambung terus dengan otak. Jika berlaku sesuatu di mata, mungkin ianya sesuatu yang amat membahayakan. Ini menunjukkan ada kaitan dengan saraf yang bersambung dengan otak. Salah satu tanda kencing manis yang teruk adalah kelopak mata menjadi jatuh atau ptosis. Pertumbuhan salur darah baru di otak akibat kencing manis ini akan menekan salah satu saraf yang menghubungkan mata  dengan otak iaitu di kelopak mata. Jika anda ada kencing manis, bangun pagi, anda ada kelopak mata jatuh ini, rujuk pakar dengan segera.

Kelopak mata jatuh ini bukan perkara biasa, ianya berkaitan dengan saraf di otak.

Mata adalah salah satu pancaindera yang tidak ternilai harganya. Selain itu, ianya juga merupakan anugerah daripada Maha Pencipta utnuk dijaga dan dipelihara. Sebarang kecelaruan kesihatan pada badan sedikit sebanyak akan menjejaskan mata juga. Jagalah kesihatan anda, sekali gus kesihatan mata anda juga akan terjaga. Jujur adalah sikap yang murni, jangan takut utnuk berkata benar walaupun ianya pahit. Berkata benarlah terutamanya tentang kesihatan diri anda.

Sekian terima kasih.

Tuesday, June 7, 2011

PaNDanGaN MaSYaRaKat TeRHaDaP KeRJaYa OpToMeTRi

Optometri ni lower kelas berbanding medic?????

Optometri ini bukan bidang yang glamour macam medical, dentistry, farmasi dan sebagainya. Optometri juga sering disalah anggap sebagai bidang yang mudah berbanding medic dan kursus kesihatan yang lain. Namun begitu, optometri juga merupakan satu bidang yang agak kritikal. Bacalah artikel dibawah ini:-


Malaysia alami kekurangan ahli optometri, kata Menteri Pengajian Tinggi
JUMAAT, 01 OKTOBER 2010 20:18
E-mailCetakPDF
Oleh Shahfizal Musa
KUALA LUMPUR, 1 Okt. 2010 - Malaysia mengalami kekurangan hampir 3,000 ahli optometri kiranya mahu menepati kehendak nisbah seorang pakar mata bagi setiap 7,000 orang penduduk.
Kini terdapat hanya 834 pakar itu yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia, termasuk 736 lulusan UKM, berbanding dengan kehendak seramai 3,600 yang diperlukan sekarang.
Maka itu usaha hendaklah dilakukan untuk mengeluarkan lulusan optometri bagi memenuhi keperluan itu. Ini adalah bertepatan dengan peralihan fokus rancangan Malaysia ke 10 yang menekankan perkembangan modal insan berbanding dengan pembangunan fisikal sebelum ini.
Demikian kata Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika melancarkan Hari Optimetri Malaysia di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan semalam.
Beliau berkata: “Peralihan fokus ini amat penting dan cukup signifikan kerana sebagai sebuah negara yang sedang berada dalam proses transformasi untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, ia perlu disokong dan didukung dengan sumber modal insan yang berkualiti dan bakat yang diperlukan dalam pelbagai sektor”.
Beliau melahirkan kekhuatiran akan ujud fenomena kehilangan atau penghijrahan pakar itu ke luar negara hingga memburukkan lagi keadaan kekurangan kepakaran ahli optometri itu hingga akan menjejas pemindahan kepakaran kepada generasi akan datang.
“Meskipun isu penghijrahan pakar (brain drain) tidak begitu ketara dalam bidang optometri, langkah proaktif hendaklah di fikirkan bagi memastikan semua lulusan bidang ini akan berkhidmat di dalam negara,” kata Datuk Seri Khaled.
UKM merupakan IPT pertama di rantau Asia Tenggara mengadakan program sarjana muda optometri. Kini terdapat beberapa lulusan itu bertugas di luar negara seperti Singapura dan Australia.
Timbalan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Mohamad Abdul Razak, Dekan dan Professor Toksikologi, Dr Salman H. Inayat Hussain, pensyarah dan pegawai kanan fakulti serta wakil dari pusat pengajian tinggi lain turut hadir.
Tarikh 15 Ogos telah dipilih sebagai Hari Optometri Semalaysia kerana ia adalah tarikh UKM melahirkan tujuh orang optometri pertama di Malaysia. Mereka ini kemudian telah membangunkan bidang pengajian optometri di Malaysia.



Wah begitu, rupanya....namun tidak kurang juga yang menganggap optometri tiada masa depan. Optometri cuma peluang untuk buka kedai spect sahaja ke?? Masa depan kita, Allah sudah tentukan. Tinggal kita usaha sahaja. Belajar dahulu optometri ini, insya Allah kerjaya akan datang. Jika anda tidak dapat melanjutkan pelajaran di IPTA, kita terdapat juga IPTS untuk melanjutkan pelajaran dalam optometri ini, Kata kunci utama adalah minat. Semoga dipermudahkan....=))

Msu antara IPTS yang menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam optometri ini.

Jika betul optometri ini lower dan tidak sesusah medic, nah sekarang ini tajaan MARA juga dibuka untuk kursus ini di luar negara. MARA terkenal dengan perancang masa depan untuk anak bumiputra. Jadi, daripada kita mempersoalkan kredibiliti kursus ini, apa kata sam-sama kita anak melayu menyahut cabaran ini untuk belajar bidang kesihatan seperti optometri ini. Tiada istilah double standard dalam belajar ini. Semua pelajaran adalah susah. Memetik kata arwah ayahanda, 'Jika senang bukan ilmu, jika senang bukan harta'. Bukalah minda, luaskan pandangan. tidak salah jika memilih, tapi ianya salah jika kita salah memilih. Fikir-fikirlah. 

Sunday, April 17, 2011

DileMMa Optometri 5......

wah apa yang anda akan buat jika anda nak hargai apa yang anda capai. dalam erti kata lain'reward' diri sendiri apabila sudah sekian lama berhempas pulas. so, untuk meraikan setelah berhempas pulas berusaha untuk 3 peperiksaan akhir ini, anis dan rakan seperjuangan pergi makan sama-sama untuk meraikan semua ini. 




makan di mana???? anis makan di Rodeo Steak House dan Iceroom di kawasan Sri Gombak. Apa yang menarik di sini?? 


1. Rodeo Steak House ni ade makanan ala barat. makanannya sedap dan harganya juga berpatutan. sebab terlalu lapar dan tidak sabar nak makan, jadi tidak sempat bergambar. tapi antara hidangan di sini adalah sizzling , checken chop dan sebagainya.

banyak yang special. 


2. setelah makan steak, kami makan dessert di iceroom. kedai aiskrim yang unik dan best sangat. banyak perisa. kami makan perisa strawberry dan mango. 

dua-dua sedap tapi saya lebih suka mango. yummy2x....

memang x sabar nak mencuba....

hahaha...muka semasa menunggu hidangan sampai.

mana ais-krim ni????

pendek kata, cara reward kami adalah makan bersama. anda pula bagaimana???



Wednesday, April 13, 2011

DileMMa Optometri 4......

bukan dilemma pun, cuma nak berkongsi dengan kawan-kawan semua. kalau anda duduk seorang diri, apa yang bermain di fikiran anda????


jika sekarang, seorang pelajar optometri tahun 3 mesti terngiang2 lagi kejayaan menganjurkan makan malam kan???contohnya..............


kalau kawan saya ni mesti terngiang2 yang dia sudah berjaya menjdai pengarah makan malam optometri 2011 ni.....


nama kawan saya ni Azmawi.....



kalau saya pula, saya teringat semasa jadi pengacara majlis tuh.....


berdebar2 ler mase ni....

detik yang tidak dapat diulangi dan kenangan manis.....

tapi saya percaya semua orang berasa bangga dengan kejayaan ini......


wah siap kuar artikel daripada penaja untuk malam ni....

apa pun bagaimana pula dengan anda????

Friday, March 18, 2011

DileMMa Optometri 3......

Dikala kesibukan melanda, anis sangat stress. Stress ini membuatkan anis teringatkan seseorang. Orang yang banyak memberikan semangat dalam meneruskan perjuangan unutk mencecah sehingga tahap ini selama ini. Pengorbanan beliau selama ini amat dihargai dan akan dikenang sampai bila-bila. jika dulu2 masalah yang mendatang semuanya dikongsi bersama. Anis pernah patah semangat untuk terus belajar semasa di UiTM dahulu. Namun setelah mendapatkan nasihat daripada beliau, anis tetap tabah menghadapi semuanya. Sekarang tiada lagi. 
Jika dulu air mata aku jatuh derderai selalu beliau tukarkan ke hilai tawa, kini anis perlu sedar ada Maha kaya yang lebih menyayanginya. Air mata kini cuma pengganti teman untuk melepaskan stress sahaja. 




Jika dahulu impian anis adalah untuk menggenggam segulung ijazah dan mampu membalas jasanya, namun azam ini perlu dicekalkan walaupun beliau sudah tiada di sisi. Anis sekali lagi patah hati. Namun selepas mendengarkan penjelasan daripada ustaz, jika anis sayang akan beliau dan menghormati beliau, anis perlu kuat untuk meneruskan cita-cita yang beliau inginkan. jadi, kini semangat anis kian pulih dan semoga ayat ini akan menjadikan dorongan anis pada masa akan datang. Beliau adalah allahyarham ayahku yang telah pulang ke rahmatullah pada 7/11/2010 yang lepas. Al-fatihah untuk allahyarham Mohamad bin Salamah.




Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

DileMMa Optometri 2......

Gambar hiasan semata-mata.

Anis kan nak jadi Optometri?????

Stress itu nikmat. Siapa dapat menguruskannya memang akan merasakan nikmat stress itu yang maksima. Pengurusan masa adalah yang terbaik. kalau kecik2 dulu kita pernah dengar perkataan seperti gila bola, hidup bola, hari2 bola, makan bola, tidur bola, everything but bola......
******************************************************************************
sekarang ini ungkapan tepat bagi kehidupan anis adalah gila optometri, hidup optometri, hari2 optometri, makan optometri, tidur optometri, everything but optometri......sampai tengok handphone pun dh jadi macam ni.....
Masha Allah.....sampai macam ni sekali......

Semester ini merupakan semester yang mat mencabar sehinggakan anis lupa untuk diri sendiri. Asyik jaga diri dan mata orang lain jer. Tapi ini merupakan permulaan, kesusahan dan stress ini akan menjadi persediaan untuk masa hadapan.

Kerja2 untuk diselesaikan pada minggu ini. Dan banyak2 minggu dalam semester ini, minggu ini adalah minggu yang paling flat dan penat.......

semua ni dah siap ker???

Tapi sempat lagi update blog untuk hilangkan stress. sekarang ni nak sambung buat kerja.
Diharapkan semua dipermudahkan.
 tata(@___@)

==DiLeMMa GuRu PenDiDiKaN KhaS==

sumber asal: terima kasih kepada TV3....


cewahh!!!!!....... post kali ni macam tajuk liputan berita aduan rakyat pulak. Bukan apa....sejak balik daripada lawatan sekolah pendidikan khas tempoh hari, satu rasa yang tidak dapat digambarkan. anis patut menulis untuk menyebarkan menegenai realiti dan rintihan seorang guru di sekolah pendidikan khas ini. 


Diharapkan dengan perkongsian ini, dapatlah anis sedikit sebanyak memberikan satu gambaran yang jelas bagaimana guru pendidikan khas ini dari persepektif yang lain.


1. Seorang guru pendidikan kahs itu terpaksa berdepan dengan pelbagai persepsi masyarakat yang menyatakan dan melabel kerja guru pendidikan kahs ini adlah senang dan mudah. serius saya menyatakan di sini, saya kagum dengan mereka. memang kerja mereka tidak terlibat dengan peperiksaan sebab di dalam sistem pendidikan ini, tiada istilah peperiksaan. Namun tahukah anda, guru pendidikan khas ini terpaksa bertungkus lumus untuk mengajar pelajar untuk mengenali 3 abjad A,B,C selama 3 tahun untuk pelajar yang istimewa ini???  Subhanallah betapa mencabarnya kerja mereka itu.


tetapi apa yang saya dapat katakan di sini, percayalah cikgu pendidikan khas ini mempunyai satu karakter yang stereotype yang amat dikagumi. Antaranya:

Gambar hiasan.

                
                   Mereka dikurniakan dengan kesedaran psikologi yang tinggi berbanding kita masyarakat yang hanya menuding jari kepada mereka ini. Antaranya mereka dapat mengatasi masalah stress dengan mudah apabila berdepan dengan masalah dalam mengajar pelajar istimewa ini. Di antara pelajar ini ada yang bertindak agresif secara semulajadi yang sangat memerlukan teknik psikologi untuk meredakan mereka.

Gambar hiasan.

                 Guru-guru ini juga merupakan contoh insan yang paling sabar yang boleh diberikan. antaranya mereka terpaksa menunggu pelajar memakai kasut sendiri untuk ke padang selama 30 minit semata-semata untuk mengajar pelajar yamg lemah ransangan otak ini untuk memakai kasut sendiri. saya sendiri mengaku tidak mempunyai kekuatan itu untuk bertindak seperti itu. Guru-guru sabar untuk mengajar pelajar memegang pensil warna sehingga mereka semua dapat mewarna walalupun ia hanya sebuah conteng- contengan.

Gambar hiasan.

               Guru-guru ini juga merupakan seorang yang sangat baik hati. setiap hari mereka mulakan hari yang baik dengan memasang niat untuk mengajar murid-murid yang istimewa ini walaupun ianya belum pasti dapat menerima pengajaran tersebut. Bayangkan pelajar yang berumur 12 tahun itu sendiri tidak boleh ke tandas walaupun telah diajar berulang kali.

Gambar hiasan.

satu kejayaan yang besar walaupun cuma dapat mnyebut ABC.

             Guru-guru ini juga mempunyai pemikiran yang positif. Mereka mengajar pelajar ini walaupun pelajar ini menunjukkan tiada respon untuk belajar. kerana setiap guru ini sangat percaya akan keajaiban ataupun miracle ini. guru ini berkongsi pengalaman. pelajar ini tidak pernah memberikan apa-apa respons di dalam kelas. tapi alangkah gembiranya guru tersebut apabila mengetahui pelajar ini boleh meneyebut ABC di hadapan ibubapa mereka semasa di rumah. Walaupun cuma ABC namun ini adalah satu kejayaan yang sangat besar bagi seorang guru ini.

ini bukan guru yang dimaksudkan. Cuma gambaran ianya satu kejayaan dan bagus.

          Guru-guru ini juga seorang yang kaya dengan rasa empati. guru ini bercerita kepada saya akan pengalaman dia dalam mengajar ini. Guru ini menjiwai kerja yang dilakukan ini sehinggakan setiap kali berdepan dengan ibu bapa yang mempunyai masalah anak2 istimewa ini di shopping complex, ia seolah-olah terpanggil untuk membantu dek kerana terlalu berempati dengan  situasi ibubapa tersebut. 

           Sebagai kesimpulan, pelajar yang istimewa adalah tetap istimewa. dan apa yang penting, Guru yang mengajar mereka adalah yang lebih istimewa, hargailah mereka. Masyarakat tidak perlu menuding jari dan memandang rendah kerja mereka. Mereka insan terpilih untuk mengajar pelajar yang istimewa demi bangsa, nusa dan negara.

p/s: kalau tidak setuju boleh lontarkan komentar di runagn dibawah ye.....

Tuesday, March 1, 2011

DileMMa Optometri 1......

Bakal Gradual Professional Optometri UKM      

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...