Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, March 30, 2011

SEJAUH MANA KEPRIHATINAN KITA!!!!!!!

Anis jangan emosi sangat ye.....sila kawal diri anda. 

Gambar hiasan...

Kenapa post kali ini macam kontreversi saja. Owh begini, tadi saya menemani kawan saya ke general hospital, HKL untuk membuat rawatan. Semasa menunggu, saya perhatikan juga gelagat mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan di situ. Antaranya salah seorang 'pak cik' yang datang dengan anaknya. 

Apa yang menarik sangat denagn pak cik ini. Pak cik menarik perhatian anis sebab dia x boleh berkelip mata seperti orang yang normal. Pak cik ni berkelip seolah-olah secara sedar dan kuat sekali 'Hard blinker'. Kenapa perkara ini berlaku????? Sebagai pelajar optometri, saya teruja untuk mengetahuinya. Secara tidak sengaja, anis menyapa pak cik tersebut dan bertanya mengenai keadaan berkenaan. Berikut adalah dialog anis dan pak cik:-

Anis: Pak cik apa khabar??
pak cik: Khabar baik. adik ni siapa??
Anis: saya pelajar UKM dekat sini. Pak cik datang kat HKL ni kenapa???
pak cik: Pak cik bawak anak pak cik ni. Owh kiranya belajar lagi la ya.
Anis: amek jurusan apa??
pak cik: Saya belajar pasal mata. owh mata....pak cik tu pun mula bercerita....pak cik 2 tahun lepas ada buat pembedahan katarak...mula2 datang HKL..pastuh sebab lama sangat, pak cik pergi buat kat HUKM...lagipun pak cik duduk kat Cheras...dekat sikit nak berulang. Sekarang pak cik pakai kanta yang dibubuh dalam mata. 

1. Katarak terjadi.

2. Kanta dimasukkan kedalam mata.

3. Inilah kanta yang telah diganti dengan kanta palsu.


Anis: macam mana penglihatan sekarang pak cik??
pak cik: Memang nampak jelas, tapi pak cik kalau macam sekarang ni pak rasa silau sangat.(sambil menoleh ke luar tingkap semasa tengahari).  Oh adik oi, kanta ni memang tidak sama dah macam yang tuhan bagi dahulu. Dulu silau sikit2 pun xpe, tapi sekarang ni kalau silau tuh memang tidak boleh buat kerja

Perubahan tahap silau pada pesakit katarak....

Anis: ooohh.....napa pak cik cakap macam tuh???
pak cik: pak cik sedih sgt. Yelah kalau dahulu boleh jer memandu, tapi sekarang pak cik x berani terutamanya waktu malam. Maklumlah sekarang, banyak sangat lampu kereta yang warna putih tuh. Silau sangat sampai lepas itu tak nampak apa2 dah. pak cik x nak nyawa orang tersayang pak cik melayang macam tu jer akibat kereta depan tu.

Lampu putih yang dilihat orang normal.


Penglihatan yang dilihat oleh pesakit tadi.

Moral of the story.....kalau kerajaan tidak bagi pasang lampu putih tu, maksudnya ada reason la tuh. Napa masyarakat malaysia ni kurang common sense yer...cubalah empati sikit dengan orang yang ada masalah penglihatan ini. 

Lihatlah sahaja lampu ini dengan ketajaman cahyanya yang membahayakan....

Bagaimana mahu memandu jika semuanya dilihat begini???

ataupun begini

Jika dibandingkan, cahaya matahari lebih ok berbanding lampu putih....

Ambillah pengajaran daripada cerita di atas...kepada yang berkenaan, silalah berubah....demi kepentingan bersama......




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...