Pesakit ini pula istimew sebab dia tidak mempunyai masalah penglihatan yang teruk. Dia cuma complaint sakit kepala bila tidak memakai cermin mata dan silau semasa memandu pada waktu malam. Pada anggapan saya, beliau mungkin tidak selesa dengan cermin matanya. Setelah bertanyakan beberapa soalan, beliau juga turut perasan bahawa beliau mempunyai mata berair dan selalu merah. tetapi tidak sakit. Ah apakah pula ni???
Setelah pemeriksaan mata dibuat, didapati pesakit ini mempunyai masalah rabun dekat yang pendam rupanya. Rabun dekat jenis ini seolah-olah bersembunyi selagi mana kanta dalam mata kita berupaya untuk bekerja. Namun, rabun dekat yang sebetulnya cuma akan muncul apabila kanta mata tidak lagi bekerja dengan efektif dan lemah iaitu pada usia lebih kurang 40-an. Inilah rupanya punca pesakit saya ni sakit kepala rupanya. iaitu kanta mata sedaya upaya cuba bekerja keras untuk memfokuskan imej yang jelas di belakang mata akibat rabun pendam yang dialami beliau.
kanta mata bekerja keras untuk melihat objek dengan jelas terutamanya pada dekat.
Nisbah diska optik di belakang mata kanan adalah 0.6
Mungkin pesakit ini mempunyai glaukoma. Namun begitu, nisbah diska optik bukanlah satu2 yang terjejas apabila pesakit ini mempunyai glauckoma. Apa itu glaucoma?? Dalam kata yang mudah adalah, kerosakan saraf di belakang mata akibat kenaikan tekanan dalam bola mata. ini akan menyebabkan kebutaan.
Diska optik di belakang mata kiri adalah 0.2
Ini adalah gambarajah untuk menerangkan bagaimana kedaan saraf belakang mata boleh terjejas apabila kenaikan tekanan dalam bebola mata.
Selepas itu, kami telah menjalankan ujian untuk melihat punca penyakit ini. Kami mendapati pesakit ini mempunyai kedaan depan mata yang mengawal tekanan mata adalah tersepit. Jadi penyakit mungkin ini mungkin daripada jenis sudut tertutup. Sudut ini boleh tertutup akibat terdapat banyak pigment pada kawasan depan mata tersebut.
Lihatlah kawasan depan mata itu tertutup. Sudut kawasan iris itu telah tertutp menyebabkan longkang pengairan cecair dalam mata adalah tersumbat. Jadi tekanan dalam mata tinggi.
Namun begitu, kami tidak dapat dipastikan lagi. Setelah menjalankan ujian tekanan dalam mata, pesakit menunjukkan tekanan mata sebelah kanan lebih rendah daripada tekanan mata sebelah kiri. tap bacaan masih dalam julat yang normal iaitu 17mmHg. Kami cuma suspected ini adalah sebagai glaucoma, namun begitu kami harus merujuk pesakit ini kembali untuk membuat ujian2 lain untuk memastiakan diagnosis kami sebelum merujuk kepada doktor pakar untuk rawatan seterusnya. Antara ujian lain yang kami akan jalankan adalah ukian medan penglihatan dan ujian Goldmann untuk memeriksa tekanan dalam mata.
Goldmann Tonometer untuk mengambil bacaan tekanan dalam mata.
dr, mcmana nak jalankan ujian oftalmoskop tu ye. adakah melibatkan pembedahan. saya bimbang sakit kepala saya disebabkan glaucoma. belum dapatkan nasihat pakar mata lagi, cuma baru mencari informasi mengenai glaucoma
ReplyDeleteDoktor mata ibu sy mmg doktor bgtau ada glaucoma. But recently, mata ibu sy makin teruk? Bengkak, kehitaman dan berlendir? Kenapa ya? Sy risau, dan ingin tunjuk gmbr mata ibu sy pd doktor
ReplyDelete