Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, March 18, 2011

PeSaKiT KeTuJuH: KoMpLiKaSi KanTa SenTuH

Gambar hiasan.
                
           Apa lagi kisah kali ini??? kisahnya tentang pesakit klinik pada minggu ini, ialah seorang ibu yang mengandung telah datang ke klinik. maklumlah cuti sekolah ini, semua ibu bapa mengambil peluang ini untuk membawa anak bersama-sama untuk membuat pemeriksaan mata. 

Saya dimaklumkan bahawa ibu ini telah memakai kanta sentuh untuk 2 tahun sejak kebelakangan ini. Tujuan adalah untuk keperluan untuk bekerja. apabila ditanya lagi, ibu ini menyatakan bahawa dia adalah mengandung dan tujuan dia datang untuk pemeriksaan mata adalah kerana risau akan mata dia yang telah kelihatan merah sejak akhir-akhir ini.


Apakah yang puan ini alami???


Pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan, dan hasilnya cuba dipadankan dengan komplen yang telah dibuat.


1. Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa, power sekarang adalah telah meningkat. puan ini memakai kanta sentuh dengan power 725. Namun daripada pemeriksaan mata yang dibuat, power mata sekarang adalah 900. 
--> komplen kabur setelah pakai kanta sentuh.


---> penyelesaian adalah tukar kepada kanta sentuh dengan kuasa yang baru.


2. Daripada pemeriksaan dibawah biomikroskop, didapati bahawa keadaan mata puan ini telah kemerah-merahan dan terdapat salur darah baru yang telah terbentuk. ini menunjukkan keadaan mata yang kurang pengaliran oksigen ke dalam mata.
---> komplen kabur semakin teruk pada waktu petang.



---> puan ini memakai kanta sentuh utnuk pergi kerja selama 12 jam. Sedangkan, had jam untuk penggunaan kanta sentuh jenis ini adalah 8 jam sahaja.
----> penyelesaian pertama adalah dengan menukarkan kanta sentuh dia sekarang kepada jenis kanta sentuh yang lebih banyak dapat telap kepada oksigen untuk memberikan oksigen yang lebih mencukupi lagi kepada mata puan ini.
----> penyelesaian kedua adalah dengan penggunaan kanta sentuh yang sama, tetapi dengan memakainya selama 8 jam dan tidak lebih daripada itu.
oksigen penting untuk sel pada mata bernafas.



3. Mata pedih dan kering di dalam bilik berhawa dingin.
---> berlaku sejak kebelakangan ini. 
---> perubahan hormon pada ibu-ibu mengandung juga membawa sedikit-sebanyak perubahan pada mata. Mata ibu mengandung akan menjadi lebih kering berbanding sebelum mengandung.
--> inilah yang menyebabkan puan melihat mata beliau kemerah-merahan pada waktu petang dan bilik berhawa dingin.




---> penyelesaian adalah dengan memberikan artificial ataupun air mata tiruan ini untuk kegunaan puan sebagai agen bertindak untuk melegakan rasa ketidakselesaan mata kering semasa proses kehamilan ini. 

Kesimpulan:
  • Ibu ini perlu dirujuk ke Klinik Khas Kanta Sentuh rujukan yang lebih lanjut. 
  • Dalam masa yang terdekat, dia dinasihatkan untuk mematuhi peraturan pemakaian kanta sentuh iaitu tidak boleh menggunakan kanta sentuh terlalu daripada masa yang dihadkan. ini akan memudaratkan kesihatan mata beliau. 
  • puan ini juga dinasihatkan untuk menukarkan kuasa kanta sentuh yang lama kepada yang baru supaya masalah kabur dapat diatasi.
Pesakit ini pulng dengan senyuman, saya dan partner juga turut tersenyum.
V(^___^)++(^___^)V





2 comments:

  1. bahaye yeh contact lens ni?aku pn dulu pki..pastu dh stop.xsggp tanggung risiko..huhu

    ReplyDelete
  2. huhuhu kanta sentuh atau contact lens ini tidaklah bahaya sebenarnya...tapi seseorang pemakai itu yang "bahaya" sebenarnya. Kalau betul cara pakainya, insya Allah semua akan selamat. tapi jika pemakai itu sendiri cuai dengan kanta sentuh itu, memang banyak padah menanti.....sayangilah mata anda, berikannlah ia dengan produk terbaik dan penjagaan mata yang terbaik....=))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...