Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, April 21, 2009

JURUSAN OPTOMETRI DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Gambar sekitar Klinik Optometri UKM Kampus Cawangan Kuala Lumpur.



Ini pula kawan-kawan seperjuangan saya di UiTM.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

{Perbualan di bawah adalah berlaku pada awal tahun 2008}

Anis : alhamdulillah saya telah terpilih untuk mengambil ujian MEDSI iaitu salah satu ujian yang perlu diambil oleh bakal yang bergelar prasiswazah guru di Malaysia ni.

Mai : yelah saya pun dapat. ble ye ujian tu akan diadakan?

Anis : owh ahad ni. nanti kita g skali ya. tapi kat mane ye ujian tu??

Mai : di marix uia petaling jaya.

anis : seronok bercampur syukur ni.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah motif saya menulis buat kali pertama ini. sebenarnya saya merupakan salah seorang pelajar asasi sains uitm shah alam batch 2007/2008. pada tahun lepas saya memang merupakan pelajar universiti tersebut. apa yang ingin berkongsi disini adalah tentang pemilihan bidang yang tepat untuk pelajar-pelajar matrikulasi khususnya adik-adik yang bakal menjadi mahasiswa di universiti kelak.

saya amat tertarik untuk memilih jurusan guru pada mulanya. dalam 8 pilihan yang dimohon dalam upu, 2 tempat yang pertama memang dipenuhi dengan jurusan perguruan. nasib baik dapat isi dua je, agaknya kalo dapat isi semua memang saya akan isi semuanya dengan pilihan jurusan perguruan. apa yang menghairankan saya, saya memang begitu hampir menjadi guru. selepas mengambil ujian MEDSI di uia, saya juga dapat ke ujian saringan seterusnya iaitu temuduga di HUSM, Kubang Kerian pula. owh....huhu rintangan demi rintingan dilalui dengan jayanya. . Mesti aku dapat.....aku konfiden betul dengan temuduga tadi. tapi selepas keputusan upu itu keluar, saya dapat jurusan optometri.... punya le mula2 x tidak dapat terima kenyataan sampai saya tidak perasan pun bahawa optometri tu memang ada dalam pilihan saya tu. hehe sekarang barulah saya terasa begitu hebat bujian saya yang akan mendatang iaitu saya terpaksa belajar sesuatu untuk masa depan saya tentang jurusan yang sama sekali saya tidak minat.

Mungkin selepas saya menerima nasihat daripada ayah saya, saya tetap gagahkan diri untuk meneruskan pengajian dan mendaftar sebagai pelajar UKM ini. Memang hebat cabaran ini, tambahan lagi dengan pembelajaran yang lebih mencabar di kawasan baru. hehe nasiblah saya memang cepat dapat beradaptasi dan berasimilasi.

Saya memang mendapat tamparan hebat terutamanya apabila saya terpaksa berpindah universiti dari UiTM ke UKM. Nasib baik masih dalam Malaysia, saya bersyukur sangat. hehe tapi saya ada masalah besar. Kalau dahulu, memori saya cuma menghafal nama Ahmad, Hafizi, Nadiah dan seumpamanya.....kini saya terpaksa biasa memanggil nama seperti Soo Kiong, Sumithra dan sebagainya. Tengoklah ni......owh hebat Malaysia. hebat UKM semua ada.....





Pengajaran kisah saya ini adalah:

1) Mesti tahu akan pilihan yang dipilih

2) Mesti bersederhana, jangan overconfident

3) MESTI DENGAR NASIHAT ORANG YANG LEBIH BERPENGALAMAN

4) Mesti bersyukur dengan apa yang diberikan dan ditentukan oleh Allah untuk kamu......sesungguhnya Allah memang menentukan yang terbaik untuk kamu.

Akhir sekali....saya amat bersyukur (infiniti kali) kerana terpilih untuk mengukuti kursus ini. memang syok sangat.....
OPTO BEST..............



60 comments:

  1. salam,...
    hai akak...
    sye nih silent reader..
    disini sye ingin bertanye..
    saya nih pelajar jurusan sains fizikal...
    boleh ke sye amek optometri dan adakah belaja die sesusah belaja medic..

    ReplyDelete
  2. salam,...
    hai akak...
    sye nih silent reader..
    disini sye ingin bertanye..
    saya nih pelajar jurusan sains fizikal...
    boleh ke sye amek optometri dan adakah belaja die sesusah belaja medic..

    ReplyDelete
  3. wsalam.....maaf lambat reply..ade masalah teknikal sket...awak ni asasi sains fizikal kat matrix UIA ker??? kalau jawapannya ya, setahu akak jurusan ni tidak boleh sambung dalam jurusan sains kesihatan. berdasarkan pengalaman kawan akak, memg jurusan yg ditawarkan adalah berdasarkan fizik dan math saja. wallahualam...... owh silent reader pon ok...akak hargai tuh... Optometri xlah susah sgt berbanding medik tp ape yg akak suka kos ni coz die x stress sgt...blaja enjoy jer....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak.
    saya ditawarkan untuk buat foundation optometry under mara scholarship. the problem is, my mother x bagi untuk teruskan dlm bidang optometry sbb x de masa depan katanya.. boleh x sy nak tahu, apa kerjaya optometrist yg sebenar, peluang pekerjaan and salary.. please kak..tolong reply a.s.a.p..saya perlukan points untuk convince my mother

    ReplyDelete
  5. waalaikummussalam. Untuk pengetahuan adik aira, adik kawan akak pun sudah masuk foundation optometry tahun lepas. Di MSU kan??? Die pula daripada jurusan farmasi di UIA tau. Tanggapan tiada masa depan tuh salah sama sekali. Dulu pun akak ingat jurusan ni xde masa depan jugak. tapi akak terkejut apabila dapat tahu, setakat ini cuma terdapat 700 optometris di pasaran. Kerjaya optometris ini cuma akan tepu pada tahun 2028. Dan memang optometri amat diperlukan di Malaysia kini. Prospek kerjaya amat luas, adik boleh kerja di dalam atau luar negeri. Buktinya jika kursus ini tiada masa depan, kenapa MARA dan JPA iktiraf kursus ini di dalam dan di luar negara??? Ini mestilah sebab prospek kerjaya yang bagus. Gaji sekarang jika kerja dengan private seperti Focus point dan lain-lain klinik mata, basic boleh mencecah RM3000 tidak termasuk elaun dan komisyen. Ini gaji semasa, tidak mustahil tahun adik grad nanti gaji akan semakin meningkat. Jika di hospital gajinya cuma beza seratus dua jer dengan doktor perubatan yang jauh lebih stress kerjanya. Adik kena fikir apa yang adik mahu semasa kerja nanti?? Kalau macam akak, akak dulu pun dapat medik di Indon jugak. Tapi akak prefer optometri sebab akak tidak suka on call dan brings work home. Kalau optometri ni, memang kerja di klinik sahaja dan bukannya di luar waktu kerja. Apa pun fikir yang terbaik untuk masa depan adik. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Wallahualam....=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak sy pelajar lepasan matrik.. sy ade apply course opto ni..tp pointer bpe kna dpt dan subjek yg saya ambil ms matrik bio,chemist,maths n sc comp..tp spm ade ambil fizik..sy layak x utk minx course ni?akak tlg reply asap ye..tq :)

      Delete
  6. terima kasih k.anis,, saya dah bacakan reply tue bulat2 tu my mother.. and she seems agree with it.:) btw, sy nk tny lg boleh kan? hehe.. akak dah grad or still staudy. plus, mak sy juga ada ckp yg in hospital, optometrist yg diperlukan lebih kurang 2-3 persons sahaja. and, klu want to reach that amount of salary >rm3000, kn kerja kat private sector lah kan?

    ReplyDelete
  7. Sama-sama. Untuk pengetahuan adik, akak masih belajar optometri di UKM ni.Tapi setakat ini, optometri ada diperlukan lebih di hospital. Misalnya di Hospital Raja perempuan zainab, Kota bharu sekarang ini, ada 8 orang optometri yang ditempatkan di sana. Pasal gaji, anda akan di bayar mengikut pengalaman anda. Jika anda fresh graduate, mungkin anda akan di bayar >RM3000 cuma di sektor swasta, tapi jika sudah lama kerja dan ada skill yang mantap, x mustahil kalau di kerajaan pun anda anda dibayar lebih daripada itu. Jika adik betul2 nak kerja di hospital, banyak hospital private yang boleh kerja as optometris ini contohnya ISEC, Laser center. Wallahualam.

    ReplyDelete
  8. hi thr.im currently studying optometry too. but i was just wondering if there is any possibility for me to be working or spread my wings overseas with my degree taken here in malaysia.let say perhaps to australia? Besides that, i heard that working overseas entitled you the status doctor.Is that true?how bout here in malaysia?are we be able to open our own clinics?Thank you so much!

    ReplyDelete
  9. if there is any possibility for me to be working or spread my wings overseas with my degree taken here in malaysia.let say perhaps to Australia?

    yes, of course. Degree of optometry from Malaysia is established at Philippine, Indonesia and etc. But, for Australia, i'm not sure.

    Besides that, i heard that working overseas entitled you the status doctor.Is that true?how bout here in malaysia?

    if u take degree doctor of optometry at oversea, u can get title doctor. But for malaysia, degree of optometry is not allowed to get title doctor yet.

    are we be able to open our own clinics?

    Yes, u can. But your own practice is not for surgery also on. it just for prescribing glasses, contact lens and other visual aids.

    ReplyDelete
  10. oh i see.thank you very much.erm with a degree in optometry,besides than being an optometrist,what else can we do?lecturer in optometry and what else ya?TQ once again. Your help is very much appreciated.

    ReplyDelete
  11. it depends on your interests such as:-
    eye health:- consultant optometry
    education:- lecturer
    business:- entrepreneur
    physical optics:- scientist
    expertise:- binocular vision expert, low vision expert and also on....

    ReplyDelete
  12. thank you so much. you have been such a great help. :)

    ReplyDelete
  13. plazarah tingkat 21 belogsepotJuly 27, 2011 at 10:47 PM

    pergh cik aniss...makin mantop kikiki

    ReplyDelete
  14. boleyh cerita sikit x? kalau ambik master in opto,apa kelebihan?dan gaji?

    ReplyDelete
  15. salam...saya nak tanya, optometry mlibatkan physics kn? byk or skit? saya skrg degree in biomedical engineering, just to know :)

    ReplyDelete
  16. wsalam. Ramai yang mengaitkan antara optometri dengan physics. Optometry cuma melibatkan konsep cahaya dalam physics sahaja. Memang sikit sahaja. Belajar seperti konsep pergerakan cahaya asas seperti di tingkatan 5 sahaja. Walllahualam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke pelajar fizik lepasan stpm mengambil kursus optometri?atau hanya untuk pelajar bio sahaja?

      Delete
  17. Jika tidak salah saya, pelajar fizik boleh mengambil jurusan ini. Tetapi untuk kepastian, anda bolehlajh berhubung terus dengan kementerian pengajian tinggi mengenai syarat terkini tentang syarat kemasukan ke jurusan optometri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ini adakah dari kalangan kawan kak yang mengambil optometry adalah bekas pelajar fizik lepasan stpm?

      Delete
    2. jika tidak silap akak tiada, tapi akak sendiri juga dari aliran fizik semasa di asasi sains uitm dulu...selamat mencuba..=))

      Delete
  18. Are there any limitation for the number of student that study optometry in ukm ... ?as I heard from others about ukm just accept 50 students per year for this course....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, i taught so. because since now, the total of optometry students are not exceed than 50 students per year. Perhaps the quota is to ensure that the ratio between lecturer available to allocated to the students is enough....the quality is prior than quantity..

      Delete
  19. result total akak masa asasi tu berapa? berapa gpa min utk ambik kos nie?

    ReplyDelete
  20. akak dapat result 3.5 ke atas. CGPA minimum adalah mengikut ketetapan semasa. Sekarang untuk masuk 2011 ini, kebanyakan junior akak dapat 4.0 semasa di matrikulasi...jika ingin kepastian, sila lihat update di laman kementerian pengajian tinggi yer...=))

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum kak anis, sya lepasan matrikulasi 2011/2012, sya amat berminat dlm bidang optometri ni, optometri ni more to physics or mcm mne? byk belaja psl lens semua tu ke? mcm geometrical optics ataupun physical optics?

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusaalam....tahniah kerana erjaya menamatkan pengajian di peringkat matrikulasi. saya tahu ianya bukan sesuatu yang mudah. Optometri memang berkaitan dengan fizik, tapi cuma basic fizik, tapi bukannya banyak. Jangan risau. Belajar lens tuh cuma sedikit sahaja, tiada pun yang susah2. Geometrical optics dan physical optics ada...tapi semuanya basic sahaja. Optometry ini adalah bidang berkaitan kesihatan, bukannya fizik. kami banyak ke arah penjagaan kesihatan. Jadi, semua fizik yang dipelajari kaitan dengan mata, dan bukannya mcm fizik mcm engineer belajar. Insha Allah ok...

    ReplyDelete
  23. salam..akak.. bole saye tanye.. saye lepasan asasi sains UM, tp pointer saye 3.45.. saye keliru sangat nak pilih course ape sbb mcm xlepas je dgn result saye tu.. klu apply optometri ukm, lepas tak? saye berminat jugak optometri.. hmm..mintak sgt akak bg pendapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...ada juga kawan akak dripada asasi UM nie...bagus jika anda minat optometri ini. satu kerjaya yang amat bagus untuk diceburi oleh golongan bumiputera ini. Berkaitan dengan isu pointer, ianya perlu bergantung kepada kelayakan semasa...tetapi x salah jika anda mencuba. insha Allah, jika ada rezeki anda, anda mungkin terpilih.
      p/s: kelayakan masuk anda boleh semak dengan pihak kementerian sbb ada je junior akak yg under 3.5 nie tetapi dari diploma holder, jika asasi saya tidak pasti...=))

      Delete
  24. salam akak.sy pljr lpsn matrik...n sy apply optometri kat ukm tapi sy x sure dapat ke x?? cz pointer sy juz 3.54..
    n sy nak tye pndapat akak.. lau sy masuk u swasta (twintech international university college oftechnology..)ADAKAH MASA DEPAN SY TERJAMI..CZ SY ADA TGK DIA PUNYER LMN WEB..n sy mcm berminat nak masuk..
    sy nak tye pndgn akak better ipta or ipts ep??
    cz sy tkut lau upu sy x dpt kos optometri...sy ingt nak pg ipts...tapi fmly sy mcm x bagi jew nak masuk ipts...
    plz akak help me...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.tahniah kerana berjaya melepasi tahap matrikulasi, jika pointer 3.54 tuh, insha Allah dapat..namun bergantung juga kepada nasib dan kelayakan semasa....sekarang memng persaingan. pengajaran dan pembelajaran di IPTS seperti TWINTECH juga adalah setanding dengan UKM juga. Jika ditanya berkaitan IPTA atau IPTS, emmenglah ianya berpihak kepada IPTA. banyak kemudahan. Namun jika sebagai alternatif, IPTS juga OK. Twintech juga bagus kerana banyak tenaga pengajar UKM juga ada mengajar di sana. yang membezakan kami adalah dari segi yuran sahaja. yang lain semuanya sama...Selamat mencuba.

      Delete
  25. assalamualaikum akak..sy ni lepasan matrikulasi..dan alhamdullilah pointer sy 3.92..sy mmg mnat ngn kos ni..mse isi upu sy apply optometri kt ukm n uitm..tp sy x dpt kt ukm..dpt uitm..sdey lar gak..beza x optometri antara dua u 2??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada yang beza sgt. jgn bersedey..tahniah buat adik. Semua universiti ini sama sahaja sbb pelopor nya adalah UKM. Jika anda ke Uitam, tetapi tengaga pengajar kebanyakannya adalah dari UKM., jadi kepakaran nya dikongsi bersama. Ilmu sama sahaja.

      Delete
  26. salam kak,nak tanya between opto,dietetik,nutrition n fisio yg mana prospek kerjayanya lebih luas n senang dpt kerja?
    lg satu ,ade biasiswa yg ditawarkn utk degree in opto di ukm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya banyak prospek kerja. kalau boleh saya susunnya begini:-
      Opto>fisio>dietetik>nutrition. Ya jika adik dapat Optometri ini, biasiswa yang anda mungkin dapat adalah JPa dan ada juga biasiswa lain contohnya 1MDb dan sebagainya...

      Delete
  27. mir : akak dpt JPA ??

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum kak anis..firstly thanks sgt2,blog akak sgt mmbntu sy..sy baru je hbis spm..skrg tgh tunggu result spm.sy sgt bminat dgn jurusan optometri.sy ad bberapa soalan..

    1.tak lama lg sy perlu isi borang upu.sy tak tahu universiti mana best choice utk jurusan ni?boleh akak list kan..
    2.akak ambik asasi o matriks?
    3.mcm mana nk dpt biasiswa mara o jpa dlm jurusan ni?

    ReplyDelete
  29. waalaikumuusalam. Tahniah buat adik. jawapan ;-

    1) Semua uni adalah mempunyai kepakaran yg berbeza. yang bagus adalah IPTA-UKM, UiTM, UIA IPTS-Twintech, MSU, SEGi, THONEH.

    2) Akak dlu ASASI Sains UiTM

    3) tawaran biasiswa biasanyaa akan dapat selepas mendapat tawaran universiti dahulu. Tapi diingatkan supaya selalu alert dengan iklan2 di homepage penaja.

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  30. Salam kak anis. Degree Opto kat UiTM tu dkt mana ye? Shah Alam or Puncak Alam?

    ReplyDelete
  31. Wsalam. Degree Opto di UITM memang di Puncak Alam. under fakulti Sains Kesihatan.

    ReplyDelete
  32. Thanks kak and nak tanya lagi hehe. Berapa pointer untuk student asasi baru boleh lepas masuk opto ye? And sebenarnya saya tengah confuse nak pilih apa untuk upu. Saya tak berapa okay kalau bab2 mengahafal macam bio. Saya memang ada minat nak ambik pharmacy atau vet upm, tapi saya rasa result saya tak membantu and takut tak boleh bawak masa belajar degree nanti. Apa pendapat akak ye ?(maaf menyusahkan hehe). Ohh masa sem 1 asasi uitm saya dapat 3.72. Thanks akak. Again :)

    ReplyDelete
  33. salam akak..Saya dalam dilema skrg nie,x tau nk ambik bidg apa lpas hbis asasi nti(sy hbis asasi blan 4/2013)..sy tgh fkir nk ambk pengimejan prubtan or optometri skrg wt mse nie...Tapi,saya nak tau la jgak pengalaman akak smsa bljar dlu..akak dlu busy sma mcm bdak medic@dentistry ke?diorg sgt2 sibuk kn? akak pun mcm tu jgak ke? sy nie,klu bleh nk cri bdg yg x terlalu stres mse blajar n keje nti..akak bleh tlg sy? trima ksih byak2 akak.. :)

    ReplyDelete
  34. kak..optometri ni peluang pekerjaan ok tak??gaji??

    ReplyDelete
  35. Salam,kak. nak tanya apa beza antara optometrist dan opthamologist?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Bnyk perbezaannya. Akak akan terangkan salah satunya adalah optometris: x boleh bedah mata, optalmologist; boleh bedah mata. Optometris: jaga mata sebelum dan selepas sakit, ophthalmologist; jaga mata yang sedang sakit. etc

      Delete
  36. Salam. Akak. Saya junior akak. Asasi Sains 2012/2013. Pointer 3.52 (UiTM). Sy berminat dalam optometry. Tapi masalahnya skrg ni sy confuse sy layak ke tak sebab pointer refer kpd pointer UPU atau pointer UiTM utk melayakkan seseorang tu utk nak apply dalam UKM? Walaupun minimum requirements state sy pass untuk semua tu, tapi UKM agak strict intake dia. Kalau boleh nak tanya akak, dalam satu batch tu ada berapa org per year? And most of them pointer dalam range berapa ke berapa?

    And akak apply JPA scholarship based on pointer UiTM atau UPU? Thanks Kak Anis!

    ReplyDelete
  37. assalamulaikum akak anis. saya nak tanya akak kan dapat biasiswa for jpa. akak kena iv x? ada tips x untuk iv jpa?

    ReplyDelete
  38. optometry ukm ad second intake x ? seriously need ur help .. :)

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum...
    akak, saya skrang nie still stdy kat matrik...
    dalam proses nak wat pilihan utk upu...
    akak, saya nak tya nie, CGPA utk optometri wapa ek?
    n result MUET wapa bru boleh pilih course nie?

    AQNA

    ReplyDelete
  40. salam k.anis..nak tanya,opto ni senang tak nak dapat kerja di sektor kerajaan?atau swasta?

    Sy lepasan diploma medical lab(mlt)..ermm skang tgah konfius nak smbung..antara biomed sc, nutrition, opto mane lg bagus ye dr sume segi pada masa akan dtg?

    kalau opto,ipts msu ok ke mnurut akak?thanx

    ReplyDelete
  41. Salam..kak..klw fizik n bio c spm bole mohon optometri ni ke

    ReplyDelete
  42. salam akak.. sy lepasan spm. tp bio nn phy sy b. sy minat opto ni. blh ke? lpastu nk isi upu pn pning. ><

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum.akak,,sye lepasan matrikulasi 2013/2014. pointer sem1 sye..hanya 3.53 dan sye tidak mengambil subjek fizik di matrik.adakah sye sesuai utk memohon course optometri ini.tlg blas asap ea..sb sye mmg dlm kekeliruan utk isi upu.thanks a lot for your help.

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum akak..saya baru dapat kos opto kat uitm puncak alam. nak tanya fsl biasiswa jpa. kalau opto ni kena mohon ke utk biasiswa jpa? atau otomatik ditawarkan mcm budak medic dan farmasi? tq kak

    ReplyDelete
  45. Salam akak..na tanye lau kite x amik fizik kt matrik tp amik bio,kimia,sc com n math bole x apply opto?

    ReplyDelete
  46. Asslam,,sy dpt twrn under mara di kolej swsta optometry course,,,sy bimbang akn de ke pluang kerja di hospital kerajaan nnti sbb sy swasta pnye kolej..harap akak dpt bls asap,,>_<

    ReplyDelete
  47. Salam akak..sy ad sent email..harap dpt reply

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Assalam kak anis. Saya nak tanya, klau utk course optometry ni.. berapa pointer yg layak utk sambung time degree nnti? Thanks!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...