Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, March 19, 2011

~~KeRaToCoNuS oh KeRaToCoNuS~~

Apa yang menyebabkan anis tergerak hati untuk berkongsi mengenai penyakit ini adalah apabila salah seorang kawan anis bertanya tentang penyakit ini. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja dengan nisbah 4-600:100 000. Nisbah kaum yang berisiko di Malaysia adalah:
India > Melayu > Cina

Kawasan tengah kornea membonjol keluar.

Apa itu keratoconus??
---> salah satu penyakit pada mata yang mengakibatkan kawasan tengah kornea pada mata mula membonjol keluar. ini akan menghasilkan bentuk kornea ini akan kelihatan seperti seolah-olah menjadi bentuk kon.
Proses penipisan lapisan sel pada tengah kornea yang boleh membawa kepada keratoconus.

Siapakah yang berisiko untuk mendapatkan penyakit ini???
  • Mereka yang ada sejarah/keturunan
  • Mereka yang ada gangguan sistemik lain seperti sindrom Marfan, sindrom Down
  • Mereka yang ada allergik dan hypersensitiviti yang selalu gatal mata dan menggosoknya dengan agresif
  • Sejarah buruk mengenai pemakaian kanta sentuh.
Antara gejala yang pesakit kertokonus akan rasai adalah:-
1. Penglihatan berganda pada sebelah mata/ monocular double vision.
2. Halos ataupun bayang-bayang seperti pelangi ataupun cecincin di sekeliling cahaya.

Halos yang selalu dilihat disekeliling cahaya.

3. Rasa teramat silau dan sensitif kepada cahaya.
4. tidak dapat melihat objek yang pada jarak jauh dengan jelas.
5. sakit kepala/ asthenopia
6.Kerap menggosok mata dengan menggunakan tangan.
7. Kerap menukar kaca mata (3-4 kali setahun) akibat power yang meningkat.

Apakah penyakit ini boleh berkembang???
ya penyakit ini boleh berubah menjadi semakin teruk jika tidak dirawat. Ada 4 peringkat dalam penyakit ini:-
1. Peringkat 1 (Peringkat permulaan)
2. Peringkat 2 
3. Peringkat 3
4. Peringkat 4 (Peringkat Advanced)

Lihatlah sahaja penglihatan keratoconus pada peringkat 4.

Apakah rawatan yang ada untuk pesakit keratoconus ini???
1. Kaca mata
2. Kanta sentuh
3. Rawatan oleh oftalmologi.

1. Kaca mata
---> cuma sesuai untuk peringkat 1 sahaja. tetapi pesakit perlu selalu menukark kaca mata kerana kuasa mata yang selalu berubah-ubah. dan penglihatan dengan kaca mata juga tidaklah begitu baik. Kanta sentuh adalah pilihan seterusnya.

Semuanya akan kelihatan kabur akibat kehadiran silau yang tinggi pada permukaan depan mata.

2. Kanta sentuh
---> terdapat pelbagai pilihan kanta sentuh untuk pesakit keratoconus ini memandangkan penyakit ini adalah terbaik dibetulkan dengan menggunakan kanta sentuh. Contohnya :-
        a. kanta sentuh separa keras untuk kes pada peringkat 1
        b. kanta sentuh separa keras dengan rekabentuk asferik
        c. Kanta sentuh hibrid iaitu Soft K- Soflex
        d. Kanta sentuh 'piggy back' 
        e. Kanta sentuh lebih besar- Scleral lens


Kanta sentuh separa keras untuk pesakit keratoconus.

# p/s: kanta ini amat selamat digunakan kerana ia tidak meliputi keseluruhan kornea, ini memudahkan pengaliran oksigen ke dalam dengan efektif melalui air mata.

Ini adalah contoh kanta sentuh 'piggy back' iaitu kanta sentuh ini dipakai 2 jenis yang berbeza sekali gus. kanta sentuh lembut dibawah dan kanta sentuh separa keras di bahagian atasnya.

#p/s: biasanya digunakan untuk pesakit yang sangat sensitif dan tidak dapat menyesuaikan diri terhadap kanta sentuh separa keras jika menggunakan kanta sentuh separa keras sahaja.

Perbezaan kanta sentuh scleral (kiri) dengan kanta sentuh separa keras (kanan) untuk pesakit keratoconus.

Kanta scleral adalah kanta sentuh separa keras juga tetapi ianya didapati dalan diameter yang lebih besar.

3. Rawatan oftalmologi
     Antara rawatan yang ada untuk oftalmologi jalankan terhadap pesakit keratoconus adalah: 
         a. rawatan intacts
         b. rawatan cross-linking
         c. rawatan corneal graft

                           
Rawatan intact yang akan digunakan oleh oftalmologi untuk meratakan kawasan tengah kornea yang curam.

Rawatan cross-linking. Rawatan ini menggunakan prinsip untuk menguatkan ikatan lapisan kornea menggunakan bahan yang dikeanli senabagi riboflavin.

inilah rawatan yang diberikan kepada permukaan kornea pesakit keratoconus.

apa yang berlaku selepas rawatan crosslinking terhadap permukaan kornea pesakit.

Rawatan corneal graft penyelesaian untuk pesakit di peringkat 4.

 #p/s: Pesakit di peringkat 4 ini yang akan menyebabkan kornea berparut dan dan memang memerlukan penderma kornea untuk transplant dijalankan.

Kesimpulan: 
Jika anda mempunyai gejala dan simptom seperti yang dinyatakan di atas, jalanilah ujian penglihatan untuk memastikan anda dapat dirawat dengan secepat mungkin sebelum penyakit ini berkembang ke peringkat yang lebih teruk. Semakin cepat dikesan, semakin tinggi peluang keberjayaan untuk penglihatan yang optimum.
>(^____^)<

40 comments:

  1. nama saya suria chantru.. saya mengalami penyakit keratoconus.baru-baru ini saya mengalami keskitan yang teruk.... dimanakah saya boleh dapatkan rawatan cross-linking....

    ReplyDelete
  2. kepada saudari suria chantru, saya empati dengan keadaan anda. Setakat ini, rawatan cross-linking tidak terdapat di hospital2 kerajaan buat masa ini. Jika anda berminat, anda mungkin boleh cuba mendapat rawatan di pusat perubatan swasta seperti ISEC (international specialist eye center). Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link ini. http://www.isecmalaysia.com/services_c3r.htm

    ReplyDelete
  3. Kini ada SOFT KERATOCONUS LENS yang boleh membantu pesakit keratoconus, ia jauh lebih baik daripada RGP dan Hybrid lens yang tidak selesa dan mudah terkeluar dari mata pesakit. Lagipun RGP yang asyik bergeser di kornea boleh mempercepatkan perkembangan keratoconus.

    Anda boleh google Kerasoft IC lens di internet, di Malaysia, Darren Ho adalah pembekal dan ramai pesakit dihantar untuk jumpa dia. Dia adalah senior optometrist di uni saya. Boleh cari dia di facebook sebab dia add ramai optom. Email dia specialty_visioncare@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian anda. =))

    ReplyDelete
  5. salam, betul ke kerasoft ic lens nie bagus untuk pesakit keratocunus. saya nie da berada pada tahap 4 dh.. saya tgk byk testimoni org luar semua nye ckap lebih baik dan lebih selesa..harge kerasoft ic lens nie agak2 berape ek..??

    ReplyDelete
  6. Wsalam. Alhamdulillah setakat ini pengguna Kerasoft IC amat berpuas hati dengan prestasi kanta ini. Jika ingin mencuba, apa salahnya. Yup2..memang bagus lens ni dan harganya berpatutan. Memang harganya agak mahal sedikit berbanding kanta sentuh lain, lebih kurang rm1000++. Kat UKM ada, boleh cuba jika mahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM1000+ untuk sepasang kanta sentuh atau hanya untuk satu mata? Berapa lama kanta sentuh ni boleh tahan?

      Delete
  7. terima kasih doktor, tapi baru nie saya g hospital doktor 2 cakap keratoconus saya semakin progres.. dan doktor suruh saya bt operation.. saya pn xtau operation ape nie cz doktor 2 srh mai bulan 10 nie nak comfirm. operation ape agak nye nie..

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sembuh ya. Insha Allah doktor akan doakan yg terbaik utk awak. Selamat menjalani rawatan ya.

    ReplyDelete
  9. Ank sya berumur 14 thn dn telh disahkn oleh dr pkr swsta menghidpi pnykit keratoconus, rwtn yg dperlukn memkai contct lens dan mnjlni surgeri corneal cross-linking, sokln sya:
    1. surgeri ini hnya prlu skli shja dlkukn @ setiap thn dlkukn seprti contct lens dimna hrus ditukr setiap thn
    2. knp cross linking tidak trdpt di hsptl krjaan?
    3. bgimna cost bg rawtn di klink pkr mta swsta brbnding dgn HUKM adkh bebeza @ lebh kurng sama?

    ReplyDelete
  10. saya jawab mengikut no soklan awak yer.
    1. Surgeri perlu dilakukan mengikut keperluan. biasanya cuma sekali sahaja. Tetapi tidak perlulah setiap tahun seperti kanta sentuh.
    2. Cross-linking ini memang tiada di hospital kerajaan. Saya tidak pasti kenapa. Mungkin salah satunya dari segi kos.
    3. Kos rawatan di HUKM ini saya tidak pasti beza atau tidak dengan klinik swasta yang anda pergi sebab anda tidak nyatakan kosnya di sini. Insha Allah ag murah kot. Wallahualam. boleh saya tahu di mana anda mendapat rwtan sekarang???

    ReplyDelete
  11. salam, doktor bleh sy tau berape kos rawatan cross linking di HUKM.?

    ReplyDelete
  12. sya mmbwa ank membuat rwtn di pust pkr mta cntre for sight di pj, dibwh kelolaan Dr Chong (kalau tidk silp anis prnh mmbuat lwtan disna). Kos bg cross linking sebelh mata 2K dn conct lens 900-1500. Disebbkn kos sya ingin mmbuat perbndingan. Saya tidk bolh mnunggu lg kerna terlalu kesian dgn ank brkeadaan bgitu, sblm ini sya telh mmbuat rwtn dihsptl slyg hmpir 4thn dgn hnya mmbritahu alergic shaja. Adakh jika sya bertukr ke HUKM akn mndpt tindkn yg secept mgkn? TQ

    ReplyDelete
  13. Jika dari segi kewangan, HUKM mungkin murah sikit. tapi dari segi cepat mungkin hospital swasta lagi cepat. namun jika untuk knata sentuh, harganya semuanya standard. Nasihat saya, jika puan tidak kisah mengenai harga, mungkin puan boleh berusaha melalui CFS tuh. Ya saya pernah posting di sana. Setakat pemerhatian di sana, rwatan untuk cross-linking, alhamdulillah ok. Doktor Chong memang pakar dalam bidang tersebut.

    ReplyDelete
  14. aslmkum doc, rawatan cross linking ni utk melambatkan progress keratokonus ke utk memulihkan penglihatan sepanjang hayat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. rwatan cross-linking ini bersifat kekal atau dikali sebagai rawatan 'irreversible'. Namun begitu, tiada kajian lagi menunjukkan ianya dapat memulihkan sepanjang hayat ataupun tidak. semuanya bergantung kepada tahap keseriusan kerosakan tisu akibat penyakit keratokonus tersebut juga...

      Delete
  15. Kerasoft IC lens jauh lebih selesa dan tidak mudah jatuh banding dengan kanta keras yang I pernah pakai. Harganya tak mahal, Pantai Ampang eye specialist referred I jumpa Darren di subang jaya. Rm 2000 tapi I dapat 2 pasang lens sebab Darren tolong request untuk simpan sebagai spare.

    ReplyDelete
  16. salam doc..nak ty ney,kire nyew pyakit ney,mmg xleh sembuh 100% lah maseh kne bergantung dgn lens lahh ea??paztoo bpew koz untk rwatan cross-linking bg swata ea doc??dulu sy folo up dgn HKL tp ambk mase yg lame lahh doc,so sy twuz tak folo2,jaz kai lens jeww skg,xpew kew doc??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. memang penyakit ini bukannya sembuh 100% untuk semua kaedah rawatan yg diberikan. jika penglihatan masih tidak berapa bagus selepas rawatan cross-linking ini, memang lens masih perlu dipakai untuk membantu anda. jika dengan swasta, bajetnya lebih kurang seribu dua juga. awak x boleh macam tuh, contact lens dan follow up memang tidak dapat dipisahkan. Jika awak tidak mahu ke HKL, mungkin anda perlu cari alternatif lain contohnya mendapatkan follow up di klinik kami di UKMKL. ianya percuma juga. Ini no telefon untuk buat temujanji 03-9289 7000. di sini anda tidak perlu risau tentang lama menunggu sbb ianya perkhidmatan yg cepat.

      Delete
  17. tq doc..bkn apew doc ble sy bc blog doc bru sy phm ttg pykit sy ney tankkiu doc..d klinik doc ney blh bt rawatan cross-linking jugax kew doc..nt sy diskas ng fmly luu ea doc..bkn apew doc folo up makan taon arh..

    ReplyDelete
  18. Sama2. Di klinik Optometri UKM ini tiada perkhidmatan cross-linking ini. Bincanglah dgn famili baik2 yer...selamat maju jaya..

    ReplyDelete
  19. Salam Dr..bleh sy tau hospital swasta yg mana lg yg ade doctor pakar yg bleh buat rawatan keratoconus..Di kawasan KL/Selangor... Selain drpd International Specialist Eye Centre, IIUM Eye Specialist & Pusat Pakar Mata Centre For Insights...

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. salam..sy pesakit kerotokanus, tp contact lens sy pki xsesuai dgn sy sbb air mata sy cpt kering.. xsmpi bbrp saat pki dah kering..mybbkan mata sy skit..

    ReplyDelete
  22. I dah pakai kerasoft ic lens daripada encik darren, best juga lens ni, tak yah bedah. Boleh nampak jelas dan sungguh selesa. Cuba hubungi kedai darren 03-80119038 buat appointment kalau perlu lens ni. Terima kasih dr Anis atas sumbangan blog ni.

    ReplyDelete
  23. Slain lens..ada cara lain tak utk mengatasi masalah keratoconus nih..maksud saya pemakaian spek mata?

    ReplyDelete
  24. Slain lens..ada cara lain tak utk mengatasi masalah keratoconus nih..maksud saya pemakaian spek mata?

    ReplyDelete
  25. Saya pesakit keratokonus, dah siap bikin crosslinking surgery dan pakai kanta keras untuk membantu penglihatan. Optimax quote harga crosslinking 4 ribu lebih sebiji mata, 3500 dari swasta, doktor pun handal. Ambil nasihat darren, sebab nak hentikan keratokonus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..blh info tak 3500 clinic swasta Kat mn?tq

      Delete
  26. Terima kasih doctor atas perkongsian..
    Saya pengidap keratoconus sejak thn 2010, dan mula pakai RGP semenjak tu.. Dgn kecanggihan teknologi skrg, sy yakin pasti ada rawatan tuk penyakit ni. Boleh doc cdgkan hospital kerajaan/ swasta yg baik utk rawatan cross linking tersebut? Pada thp mana keratoconus sesuai utk lakukan rawatan tersebut? Tq😊

    ReplyDelete
  27. Terima kasih doctor atas perkongsian..
    Saya pengidap keratoconus sejak thn 2010, dan mula pakai RGP semenjak tu.. Dgn kecanggihan teknologi skrg, sy yakin pasti ada rawatan tuk penyakit ni. Boleh doc cdgkan hospital kerajaan/ swasta yg baik utk rawatan cross linking tersebut? Pada thp mana keratoconus sesuai utk lakukan rawatan tersebut? Tq😊

    ReplyDelete
  28. Dr,my sister just completed her studies..and waiting to apply horsemanship..she took treatment from ISEC..but now the MMC they only want report from government. so which hospital will be helpful and does this affect for her housemanship and Dr carrier?

    ReplyDelete
  29. Dr,my sister just completed her studies..and waiting to apply horsemanship..she took treatment from ISEC..but now the MMC they only want report from government. so which hospital will be helpful and does this affect for her housemanship and Dr carrier?

    ReplyDelete
  30. Salam dr, saya alamai keratoconus ni sejak dua tahun lalu, boleh tahu tak area johor bahru yang ada buat rawatan sebab saya taktau saya di tahap yang mana sekarang, kalau boleh nak yang kerajaan . Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try HKL...saya dapat tau, HKL je yg ada corneal crosslinking
      Pada masa ini, hospital kerajaan yang menyediakan rawatan CXL, adalah Hospital Kuala Lumpur sahaja. boleh baca link bawah

      http://www.myhealth.gov.my/keratokonus-mata/

      Delete
  31. uia kuantan ade buat cross linking

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Thanks and I have a swell offer: Where To Start With Whole House Renovation renovate my home

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...