Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, March 15, 2011

......Aku Sepasang Kaca Mata.......

Luka di jari nampak dengan mata, luka di hati siapa yang tahu....cewahhh 

Apabila terlihat luka kecil di jari telunjuk anis ni...anis terdetik nak berkongsi tentang salah satu fakta yang semua orang perlu tahu; iaitu tentang bagaimana sepasang cermin mata@kaca mata@spect@glasses...etc itu dihasilkan. Yelah disebabkan luka di jari ini anis dapat apabila kelas pemotongan spect tadi. Nampak memang mudah tapi tidak semua tahu dengan terhasilnya sepasang spect itulah datangnya kepuasan untuk Optometri itu......lihatlah sahaja gambar di bawah ini.

Lihat sahaja gambar budak ni...dari kecil sampai besar panjang masih lagi memakai kaca mata yang sama...wah bangganya aku sebagai Optometri die...berangan (@__@)

Apakah prosedur untuk membuat sepasang cermin mata ni???

  • Bingkai yang dipilih oleh seseorang itu akan diukur untuk memulakan proses pemotongan ini. Proses ini yang paling kritikal sebenarnya. Ini termasuklah pengukuran tinggi dan lebar sepasang bingkai ataupun frame itu. Ini penting untuk mengelakkan pesakit rasa sakit kepala dan pening dan tidak puas hati dengan kaca mata mereka.
  • Pemotongan acuan ataupun former dibuat untuk memotong kanta yang ada kuasa ataupun power itu mengikut bentuk bingkai yang dikehendaki.
  • Kemudian power kanta ditentukan berdasarkan apa yang telah di'order' seperti mana power cermin mata pesakit dengan menggunakan fosimeter. Pelbagai tanda dibuat sebagai salah satu petanda berdasarkan pengukuran yang dibuat tadi
  • Antara langkah lain adalah untuk menentukan pelekat yang akan membantu kanta dipotong pada mesin pemotong adalah dengan menggunakan mesin 'layout marker' ini.
  • Kanta yang telah siap dipasang pelekat pada kanta tadi kemudiannya dipotong berdasarkan acuan ataupun former tadi berdasarkan bentuk frame spect kita tadi dengan menggunakan mesin edging.
  • Akhir sekali ialah menggunakan mesin chamfering ataupun mesin untuk lembutkan permukaan tepi kanta yang telah siap dipotong tadi. Ini bertujuan untuk mengelakkan luka seperti di jari anis ini berlaku pada pesakit. Sebab kanta ini tajam jugak jika tidak tiasah menjadi lembut dibahagian tepinya.

Chamfering mechine

Jika untuk kemaskan kanta bagi bingkai plastik, biasanya mesin pemanas akan digunakan ala-ala macam hair-dryer gtuh. 
inilah mesin pemanas itu.



  • jika pesakit tidak berpuas hati dengan pengubahsuaian bingkai, pelbagai alat perlulah di ambil kira.
    inilah gadget yang perlu kami mahir.

    inilah bentuk kanta yang di'order' sebelum dipotong menjadi cerminmata seperti mana kita nampak biasanya.

    inilah uncut lenses sebelum dijadikan cermin mata.

    *Moral of the story, jika berminat untuk melihat semua ini...ceburilah bidang optometri dan untuk pelajar Optometri yang lain, jika ingin memotong kanta, silalah berwaspada. Bahaya ada dimana-mana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...