Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, July 3, 2012

Saat-saat AkHir MaSaku di Universiti

Senyum sokmo....

Saat-saat akhir masaku di Universiti....banyak pengisian yang telah dirancang di dalam kurikulum pembelajaran Sarjana Muda Ijazah Optometri ini. Setelah penat menjalani sesi praktikal, kini tibalah saat yang dinanti-nantikan untuk sesi ujian....sebagai salah seorang pelajar optomertri, ujian bukanlah sesuatu yang asing lagi. Boleh dikatakan setiap hari itu ibarat ujian...pelbagai pancaroba dan halangan ditempuhi untuk menempa kematangan dalam bidang ini....

Namun kini adalah salah satu ujian yang besar dilanda dalam masa seminggu dua ini iaitu sesi :-
1. Ujian praktikal klinik kanta sentuh
2. Ujian klinikal klinik optometri
3. Viva bersama professor terkemuka di dunia optometri ini.
4. Presentation hasil tesis.
Anis akan berkongsi cerita di sini, satu demi satu untuk semua. Dimulai dengan....

1. Ujian praktikal Klinik Kanta sentuh

Kanta sentuh merupakan subkepakaran dalam jurusan optometri ini. Sebagaimana ubat, yang perlu dipreskripsikan oleh doktor bertauliah dan ahli farmasi, kanta sentuh juga perlu dipreskripsikan. Orang yang paling bertauliah dalam bidang ini adalah ahli optometris. Oleh sebab itu, ujian tahun akhir praktikal klinik kanta sentuh adalah penting untuk setiap pelajar optometri ini. Didalam bidang ini, terdapat 3stesen dibahagikan mengikut keperluan dalam klinik kanta sentuh ini. Semua stesen ini perlu mendapat markah minima sebanyak 10 daripada 14 markah untuk lulus. Alhamdulillah anis lulus semua ujian ini dengan jayanya. Terima kasih kepada para pensyarah......

Kenangan memilih kanta sentuh di klinik Optometri UKM....

2. Ujian klinikal Klinik optometri

Ujian ini merupakan ujian utama dalam menguji kemahiran seseorang pelajar optometri. Ujian dijalankan ke atas pesakit seperti pemeriksaan biasa dijalankan di klinik sepanjnag tahun ini. Pelajar diberikan masa selama 1jam 30 minit untuk menyiapkan semua pemeriksaan mata rutin bagi pesakit optometri. Jika semua berjalan lancar, pelajar akan lulus atas budi bicara penyelia a.k.a senior optometri yang memerhatikan setiap gerak-geri anda itu. Namun begitu, anis berasa bertuah kerana anis dapat penyelia dari dalam negara iaitu pensyarah kami juga. Tetapi ada juga kawan anis yang mendapat penyelia daripada luar negara. alhamdulillah rintangan ini juga anis lulus.

Klinik oh klinik...aku pasti merindui mu....

Setelah hampir setahun bermain di bilik ini...akhirnya segalanya berakhir...

3. Viva bersama professor terkemuka didunia optometri.

Viva ini bukanlah viva biasa. Biasanya viva adalah berkaitan kajian anda buakn?? Namun viva dalam istilah pelajar optometri adalah viva berkaitan dunia pengetahuan optometri. bak kata pensyarah anis 'the questions all under the sun'. hahahaha.....namun begitu bukan semua pelajar optometri tahun akhir terlibat. Cuma insan yang terpilih sahaja yang akan dipanggil untuk sesi viva selama 20 minit ini. Seramai 10 orang pelajar bertuah telah terpilih dalam sesi viva ini, salah seorangnya adalah ANIS....taraaa.....!!!!. Masha Allah Tuhan sahaja tahu apa perasaan ketika diumumkan itu.....namun masih dalam keadaan sedar dan waras. Macam-macam soalan yang tidak diduga telah ditanya. Semuanya bermula daripada tahun satu hinggalah ke soalan tahun 4. Banyak juga yang ditanya, tapi alhamdulillah semuanya ok.....

Sili klik SINI untuk maklumat lanjut tentang beliau....
Inilah panel viva anis...Prof. Dr. John Siderov daripada Anglia Ruskin Unversity, UK.

4. Presentation hasil tesis

Inilah saat-saat yang dinanti-nantikan sebelum penerbitan sesebuah kajian tahun akhir atau tesis itu dijilidkan. Pembentangan yang mengambil masa 15 minit ini amat menduga jiwa sebagai seorang penyelidik dan juga optometri ini. Kajian yang sebelum ini dijalankan seperti menatang minyak yang penuh akhirnya pada hari inilah ditonjolkan dan dikongsi di khalayak ramai. Sebagai penyelidik, memang jiwanya begitu. Ada yang bersetuju, dan ada juga yang mengkritik. Semuanya perlu bertabah. Alhamdulillah semua ujian ini dapat ditempuhi dengan jayanya. Alhamdulillah anis lulus.....

Alamak terbukti betapa bersemangatnya Anis Suzanna nie...hihihi

Pembentangan terakhir sebagai pelajar Optometri.

Impian jadi kenyataan...alhamdulillah. Terima kasih semua....

Setelah selesai semuanya, insha Allah, anis kini sudah hampir ke ujung menara gading. Insha Allah, walaupun anis sudah berjaya mendapat segulung ijazah, setiap ilmu yang didapati lepas ini pastinya dikongsikan di sini. Kerna perkongsian ini adalah sebuah perjalanan. Lulus bukan bermakna berhenti, lulus  bermakna bermulanya satu era perjalanan yang baru. 

p/s: Sebab itu tukar background baru, maklumlah perjalanan baru. Insha Allah semakin mantop!!!! (nada Ustaz Zamri)

46 comments:

  1. salam sis, nak tnye sikit.
    lepas da graduate dri optometri nie. bidang pekerjaan mcm mne eh?

    ReplyDelete
  2. wsalam. Pelbagai bidang anda boleh ceburi. antaranya adalah:-
    1. Retail- maksudnya anda kerja di kedai-kedai optikal sebagai optometris.
    2. Hospital- boleh join kerajaan atau hospital swasta atau pusat2 LASIK.
    3. academician.
    4. as a trainee / consultation di syarikat kanta sentuh atau kanta cermin mata.

    Bidangnya semuanya bergantung kepada minat anda. Kerjaya sebagai optometris ini bukan terhad kepada penjagaan kesihatan mata sahaja, malah meliputi semua bidang berkaitan ngan mata termasuklah penjgaan sebelum, semasa dan selepas ada masalah mata ini. wallahualam.

    ReplyDelete
  3. thanks a lot sis. saye dpt offer ambik kos optometri uitm and hopefully this is the best for me. insyaAllah. all the best for you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...betulkan niat dalam bidang pengajian anda...selamat maju jaya yer...

      Delete
    2. salam pn, sy nak tanya ok ke sy ambl phd dlm bidang optometri ttp sy degree in biologi and master dlm education dan bekerja skrg sbgai lecturer utk allied health,,tq

      Delete
  4. salam akak ,

    saya dapat offer Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian UITM . Alamak kos optometri saya letak pilihan terakhir , macam rugi je . tak pe lagi pun sy minat jugak dentistry . insyaALLAH jd doktor gigi . tapi sygnya doktor mata kejenya best kot . doaakan sy dlm bidang pergigian ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah...x kisah bidang apa yang anda dapat. yang penting keikhlasan utk menuntut ilmu tuh..betulkan niat...insha Allah anda berjaya. Selamat maju jaya...

      Delete
  5. syah : Salam , doktor . saya pelik la masa saya buat medical check up . dia ada buat examiner semua lah blood pressure,oral,x-ray dan sampai waktu pemeriksaan mata . saya tak boleh nak baca apa yg huruf dekat dinding . bukan tak leh baca , tapi kabur sangat (sbb kena tutup sebelah mata , kan ) nak check mata kiri dan kanan . sejurus tutup mata sebelah , so yg sebelah lagi ,jadi kabur . padahal pandangan biasa saya ok je . kenapa ye ? dan doktor tulis 6/6 kedua dua mata saya ? sy agak konfius , sy nmpak ok je tgok/penglihatan . adakah ini faktor kot , sy tidur lewat hari tu . dan bilik dia sgt gelap . tapi tapi kan , dlm dewan kuliah dimatrikulasi pun , sy samar2 dpt bagi slide , padahal lecture dah zoom sgt2 . tapi sy tak pegi lagi klinik mata , sy takut , klau sy mengadu rabun dekat doktor mata tu , kot2 sy menipu pulak (padahal penglihatan sy ok) . tapi sy tak nak pakai spec . sya harap doktor membantu saya ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam syah. Saya rasa syah perlu mendapatkan pemeriksaan mata yang menyeluruh. Sebab untuk menentukan penglihatan anda bagus atau tidak, baca chart itu sahaja tidak begitu tepat untuk menyatakan anda rabun atau tidak. Syah perlu menjalani pemeriksaan mata,sebab anda sudah ada gejala itu. Setiap gejala seperti mata kabur, bermaksud mata anda ada masalah lain itu. wallahualam. Datang jer untuk pemeriksaan mata, selaku doktor, tidak salah jika lakukan pemeriksaan mata jika seseorang itu ada datang dengan gejala.

      Delete
  6. salam..kak anis..sy aina..sy mmg bidang optometri..time isi upu mmg ltk first choice ukm ngn uitm...tp x dpt x dk rezeki kot..so sy da apply optopmetri msu...nk mntx pndpt kak anis..kalu kita amnk kos ni kat u private...ssah x nk dpt keje nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn berputus asa dik. Jika mohon di IPTS pon, prospek kerjaya pasti sama juga. Sebab kualiti IPTS bagi kos optoemtri ini juga setanding dengan IPTA juga. Malah kebanyakannya pensyarah yang menjadi pelopor di UKM kini terdapat di IPTS dalam bidang optometri ini juga.

      Delete
  7. mir : akak dpt JPA . kalau dapat JPA kena berkhidmat dekat hospital kerajaan . akak dpt berapa pointer masa amik opto ni ? akak nak kerja apa lepas ini . atau bukak klinik optik mata ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo pemegang JPA, anda perlu berkhidmat selama mungkin 4 tahun atau lebih jika dipanggil utk berbuat demikian. kalo tiada kekosongan atau anda tidak terpanggil, anda bertuah kerana tidak perlu berkhidmat dgn kerajaan. Pasal pointer, akak dapat 3.5 ke atas lah. huhuhu tapi rahsia laa....akak skang ngah enjoy cari pengalaman di salah sebuah pusat optometri dan insha Allah jika diberi peluang akak nak sambung belajar. pasal plan nak bukak pusat optometri itu, ade dalam plan tapi mungkin plan B, C or D...hahahaha

      Delete
  8. alahmdulillah akak dapat JPA. Setakat ini JPA tidak mewajibkan lagi post optometri ini untuk berkhidmat dengan hospital kerajaan disebabkan post di hospital kerajaan masih terhad. tetapi dalam kontrak ada menyatakan bahawa setiap pemegang biasiswa perlu berkhidmat dengan kerajaan jika diminta berbuat demikian selama 4 tahun. pointer akak masa amik opto adalah >3.50. akak banyak plan....tapi jika plan A, akak nak join hospital kerajaan. =) plan B and plan C banyak ag...

    ReplyDelete
  9. mir : wooowwww akak student JPA . ouh kiranya akak dpt dekan la setiap sem . nak ada peluang nak dpt Anugerah Naib Cancelor . tahniah akak !

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum. saya nak minta bantuan akak. hmm saya dapat optometri uitm. alhamdulillah. jadi saya nak tahu ape persediaan yg perlu sy buat? boleh akak terangkan tentang subjek2 optometri? terma kasih =)

    ReplyDelete
  11. SENIOR OPTO UITM : sy jawab soalan anonymous bagi pihak kak anis : tahniah . selamat dtg the optometry school of uitm , Ijazah Sarjana Muda Optometri Kepujian UiTM dibawah Fakulti Sains Kesihatan (FSK) . adik dont worry pasal facilities , uitm baru shj tawaran jurusan ni mmg hangat sekarang , kemasukan 30-40 orang shj , facilities mmg gempakk giler , semua peralatan baru baru . baru shj launched klinik optometri , klinik tu baru je buka , cntik giler2 , peralatan pemeriksaan mata semua baru . klinik pelajar uitm dan juga pelajar opto(untuk clinical year) klaau dlm FSK jurusan ni paling boom boom boom . jgn risau opto ni enjoy !! maafla sy tak berapa kuasai lagi sebab baru first year . kak anis ni hebat lagi hehe . UKM pulakk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas jawapan senior opto Uitm. Semua universiti ada 'batchmark' tersendiri. mungkin dari segi fasiliti, Uitm ada kelebihannya. Namun dari segi kepakaran mungkin UKM ada kelebihannya. Wallahualam. Yg penting niat ikhlas kita nak belajar, bersemangat waja, n lakukan yg terbaik utk apa yg kita ceburi. All da best adik.
      p/s: maaf lambat reply, yg penting mentally prepared...

      Delete
  12. SENIOR OPTO UITM : dan juga UITM DIHATIKU baru sahaja lancar UITM OPTOMETRY MOBILE CLINIC (hasil ubah suai bas 2 tingkat ... dan juga Faculty of Dentistry pun ada UITM DENTAL MOBILE CLINIC tu untuk bakal2 doktor pergigian untuk outreach clinical diorang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...semua fasiliti sudah lengkap di UKM. Saya berbangga. Semoga semakin ramai warga optometri ini lahir drpd anak bangsa saya...kak anis tumpang gembira...

      Delete
  13. saya skrg tgh amek course optometri kt private uni. lps bace blog ni, rse semangat gler ngan course opto nih. really help dlm penyakit2 n kaedah rawatan. seriously! n kak anis sgt menonjolkn apa sebenarnya bidang opto tuh. selama ni ble saye ckp amek course optometry, seriously semua org tanye blk optometry tu ape. seriously they should read this blog. tugas kite bknnye buat cermin mate je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah buat adik. terima kasih juga kerana baca blog akak. akak memg mengharapkan input akak kongsikan sedikit di sini membantu ramai lagi orang mengenali bidang ini...alhamdulillah feedback adik menyebabkan akak semakin bersemangat untuk meneruskan usaha ini...insha Allah...doakan kemajuan akak yer...

      Delete
  14. salam kak anis,,saya nk tahu pasal course study utk degree optometry bleh x?saya berminat nk ambik jd skg ne tgh cari info course study utk course ne,,harap kak anis bleh membantu

    ReplyDelete
  15. Wsalam. Ya insha Allah kak anis boleh bantu. jika ingin bertanya lebih pasal kos ini, anda boleh berhubung terus dengan saya di emel:- anis.suzanna@yahoo.com atau melalui FB saya, juz PM jer persoalan tentang kursus ini. =)

    ReplyDelete
  16. Akak x tulis entry baru ker? Entry akak memotivasikan sy utk bljr bersungguh2 di peringkat matrik....:D

    ReplyDelete
  17. maaf buat adik n semua pembaca blog ini semua...buat mase ini banyak post yg tertangguh di dalam draft,.insha Allah jika ada kelapangan saya akan update post terbaru dalam mase terdekat ini....untuk adik, terima kasih atas sokongan yang diberikan atas blog ini....akak doakan semangat adik akan berterusan sehingga berjaya nt...amin..=)

    ReplyDelete
  18. wah.. bestnye akak dah grad.. sy student opto dr uitm lagi 2 tahun InsyaAllah. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih GBM...alhamdulillah dh grad arituh...xpe usaha sungguh2..insha Allah berjaya. xlame ag tuh..ag 2 tahun jer...=) all da best..

      Delete
  19. salam .. kak anis ..sye dpt offer study optometry dekat UK.nak tanye..after dpt bachelor's degre..da boley terus cari kerja atau kene wat praktikal dulu? OAT (optometry admission test) tu ape ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Bagus dan tahniah atas offer yang anda perolehi. Jika di Malaysia, ada garis panduan yang melayakkan anda untuk praktis di Malaysia. Biasanya anda boleh terus cari kerja di sini jika anda sudah perolehi degree dari UK. Biasanya tidak perlu untuk optometry admission test tuh....rule ujian itu cuma perlu jika anda ingin practice di UK...=)

      Delete
  20. salam, kak anis. kalau dah habis belajar, nak kerja kat hospital kerajaan, nak buat macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam eira. Jika eira berhasrat untuk bekerja di sektor kerajaan, prosedurnya hampir sama dengan penjawat yg lain juga. Eira perlu mengisi borang SPA8i secara online. Eira perlu menunggu panggilan temuduga. Selepas ditemuduga, eira akan dipanggil jika layak.

      Delete
  21. salam kak anis, sya berminat nk minx kos ni utk dgree nnti, tp sya tkot pkai kanta sentuh, klau ambil kos ni, ada kena praktik pkai kanta sentuh ke x?

    ReplyDelete
  22. Salam sy nk bertanya klau optometrist ni nk pointer brape ye? Sbb sy student Matrikulasi

    ReplyDelete
  23. Salam. Saya sekarang dip farmasi uitm. Degree nanti
    Teringin nak ambik opto :)
    Best tengok akak. Insyallah.

    ReplyDelete
  24. Blh tanya x tentang optometri .... Hospital kerajaan memang offer tak kerja optometri ?

    ReplyDelete
  25. Assalam Kak . if kits dalam opto , bole ke jd doc mata ?

    ReplyDelete
  26. Assalam Kak . if kita dalam opto , bole ke jd doc mata ?

    ReplyDelete
  27. assalammualaikum kak anis..tahniah dah grad kak hehe..nak tanya lau after grad sarjana muda optometri bolekah sambung dalam opthalmologi..and adakah optometri bole menjadi seorg doktor mata selepas grad..and selepas gra optometri nnt bole terus kerja ke..thanks kak anis

    ReplyDelete
  28. assalammualaikum kak anis..tahniah dah grad kak hehe..nak tanya lau after grad sarjana muda optometri bolekah sambung dalam opthalmologi..and adakah optometri bole menjadi seorg doktor mata selepas grad..and selepas gra optometri nnt bole terus kerja ke..thanks kak anis

    ReplyDelete
  29. ASSALAMUALAIKUM W.B.T ..
    Saya nak tanya , kalau smbg degree OptOmetry nie nanti , kir nya lepas dh grad nnt jd dOctOr lah ? Kalau mcm dentistry kan dOktOr gigi ??? MohOn penjelasan ... Terima Kasih ;D

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Salam nak tanya klau ukm blajar bahasa melayu ke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...