Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Sunday, March 6, 2011

Lawatan Ke Sekolah Cacat Penglihatan.....Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan.....

Sekali lagi kami dijadualkan untuk melawat sekitar orang kurang upaya penglihatan ini. Kali ini kami berpeluang ke Sekolah Cacat Penglihatan pula yang terletak di Setapak. Diharapkan dengan pendedahan sebegini, kami selaku pelajar Optometri ini dapat belajar dan mendapat pengetahuan sepatutnya mengenai segenap bahagian dalam bidang Optometri ini dan bukan hanya semata-mata ilmu di dalam kuliah sahaja.


Apa yang mencuri perhatian kami yang pertama kali sampai disini adalah mengenai rekaan palang besi ini. Disini memang banyak terdapat palang besi untuk dijadikan panduan pejalan kaki untuk pelajar yang kurang upaya di sini. Contohnya macam ini......


Kenapa direka sedemikian rupa??? Supaya murid tidak memanjat palang ini dan lepak2 disini.....bimbang kaca dibekang akan pecah.....kreatif juga guru besar disini dalam melindungi pelajar.....

Pelbagai kemudahan disediakan di sekolah ini termasuklah gelanggang untuk sukan untuk orang cacat penglihatan iaitu goal ball. Sungguh menakjubkan.

Gelanggang goal ball yang dilengkapi dengan tempat berteduh

Mula-mula kami dibawa ke bilik Gerakan di mana kami diberi taklimat sedikit sebanyak tentang perkembangan sekolah ini. kami sungguh teruja apabila mengetahui pencapaian tentang sekolah ini. Memnag di luar dugaan. Syabas buat Sekolah Khas ini. Antaranya ada pelajar SPM pada tahun 2008 berjaya mendapat 8A. Sungguh terharu anis mendengarnya. Apa rahsianya?? Kami tidak sabar untuk melihat sekitar sekolah Khas lagi istimewa ini. Jom kita terokainya.......


Lokasi 2: kami dibawa untuk melihat kawasan Perpustakaan Cacat penglihatan di sini. Semua buku di sini dicetak dalam Braiile


Lokasi 3: Bilik yang terletak di sebelah perpustakaan. bilik untuk para pelajar menghilangkan stress apabila belajar. Bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan radio.



Lokasi 4: kami dibawa ke makmal Bahasa. Disini terdapat makmal yang dilengkapi kemudahan komputer dengan perisian JAWS untuk kemudahan para pelajar cacat penglihatan untuk pembelajaran bhasa terutamanya. Ini termasuklah bahasa inggeris dan bahasa melayu. Owh baru saya faham, tidak hairanlah jika pelajar cacat penglihatan disini semuanya celik ilmunya.

Lokasi 5: Bilik tingkatan yang istimewa. Dipanggil Kelas Murni. Ini khas untuk pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Jalan salah sangka yer, mereka bukanlah malas tapi sebenarnya tidak mampu belajar daripada segi pembelajaran biasa. Di dalam kelas ini, sesi pengajaran dibuat berdasarkan teknik kemahiran seperti kraftangan dan sebagainya. Mereka sungguh jreatif dan berkebolehan. kami amat kagum dengan hasil kerja tangan mereka.

Nah lihatlah sahaja sebahagian daripada koleksi hasil kerja tangan mereka ini.

Lokasi 6: Mereka juga belajar seperti kurikulum biasa. Cikgu pengiring kami memaklumkan bahawa disini pengajaran kemahiran juga dijalankan seperti biasa terutamnya kemahiran Hidup. Mata pelajaran biasa juga adalah diajarkan sama. Apa yang berbeza dan istimewanya sekolah khas ini adalah teknik pengajaran dan masa peperiksaan sahaja. 

Pelajar diawasi oleh guru2 dan pembantu pelajar....bukan sahaja guru, di sini pelajar seperti ada PA khasnya untuk membantu pelajar untuk membaca, menulis dan termasuklah juga pelajaran kemahiran ini......

Lokasi 7: Bilik tingkatan untuk pelajar cacat penglihatan. Kami amat terkejut apabila melihat bukan setakat pelajar yang hilang upaya penglihatan, malah guru yang megajar juga ada yang cacat penglihatan juga. Saya amat gembira melihat sesautu yang positif begini. Masyarakat kini telah melangkah setapak untuk membuka ruang kepada golongan ini meneruskan kehidupan dalam pelbagai bidang termasuklah bidnag professionalisme.

Keadaan tbilik tingkatan yang diajar oleh guru cacat penglihatan juga....

Lokasi 8: Kemudian kami dibawa ke sebuah bilik misteri. Apakh bilik itu??? Bilik Multisensori. Bilik ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang berteknologi tinggi yang digunakan untuk menenangkan pelajar yang mempunyai masalah hiperaktif. Disini juga diguanakan untuk sesi pembelajaran kemahiran pengurusan diri terutamanya seperti mengikat kasut, membutangkan baju dan sebagainya.

Ini adalah salah satu peralatan yang ada didalam bilik ini.....

Alat bantu pengajaran kemahiran hidup asas......khasnya untuk membutangkan baju

Lokasi 9: Kemudian kami dibawa untuk melihat sesi pengajaran matapelajaran sains dan matematik di dalam makmal masing-masing. Guru-guru di sini gigih untuk mengajar para pelajar walaupun dalam pelbagai cara sekalipun. contohnya guru2 cuba mengajar dengan alat bantu pengajaran yang berbentuk 3D berbanding gambar rajah terutamnya matematik.

Ini kerana pelajar kurang upaya ini lebih menggunakan deria sentuhan untuk belajar.

Antara alat bantu penjaran matematik adalah peg board ini. ini ala2 mcm sifir gtuh...bentuk lazim matematik boleh diselesaikan dengan mudah mnggunakan pepaku ini yang disusun dalam orientasi tertentu.

Gambarajah di dalam buku peperiksaan juga dicetak secara timbul untuk proses pembelajaran.

Lokasi 10: Galeri adalah destinasi terakhir kami sepanjang penegmbaraan di sekolah ini. Amat cepat masa berlalu. Di galeri ini, kami ditonjolkan denagn pelbagai pencapaian mereka yang pernah dicapai terutamnya sukan dan sebagainya. Selain itu, sekolah ini juga aktif beraktiviti unutk mencari dana perbelanjaan sekolah mereka. Antaranya makan malam dan sebagainya. Antara sukan yang paling digemari untuk sukan orang cacat penglihatan adalah goal ball.

Akhir sekali, kami mngucapkan terima kasih untuk pihak sekolah yang sudi untuk melayan kami ke seluruh kawasan sekolah ini. Insya Allah kami akan kembali lagi selepas ini untuk menabur bakti untuk anak bangsa yang kurang bernasib baik di sini suatu hari nanti. sebelum balik sempat juga kami bergamabr denga guru iringan di sini, Cikgu Hanafiah bin Mohd Nor. Terima kasih cikgu.

Dari kiri: Yee Ching, May Wong, Lynn Foo, Cikgu Hanafiah Mohd Nor, Anis Suzanna, Shaz'ain, Derrie Liong, Wei Sia.
Tiada dalam gambar: Ruby Huong.















2 comments:

  1. can i have ur email...i want to ask a few question about optometry course..

    ReplyDelete
  2. boleh2....ni email anis. Email: anis.suzanna@yahoo.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...