pelajar dikehendaki memakai kanta simulasi untuk merasai keadaan sebenar yang dialami oleh pesakit penglihatan terhad.
Pada 24 Mac yang lepas, satu aktiviti simulasi penglihatan terhad telah dilakukan oleh kumpulan pelatih optometri ini. tujuan untuk mendedahkan para pelatih kepada situasi sebenar jika pesakit penglihatan terhad itu datang dengan pelbagai keadaan. antara intisari aktiviti ini adalah :-
1. pelajar perlu memakai kanta simulasi (google) yang menyerupai seolah2 pesakit penglihatan terhad ini melihat keadaan sekeliling.
Gambar ni diambil selepas dua orang pelajar dengan kanta simulasi ini melanggar satu sama lain akibat sukar bergerak dengan medan penglihatan yang terhad.
2. pelajar perlu melakukan perkara harian biasa seperti membaca, menulis, menuang air, berjalan dan sebagainya. kami merasa sendiri kesukaran pesakit penglihatan terhad ini alami.
antara aktiviti yang dikaukan semasa memakai kanta simulasi ini adalah membaca dan menulis.
antara keadaan pesakit penglihatan terhad yang cuba disimulasikan dengan memakai kanta ini termasuklah keadaan pesakit penglihatan terhad dengan:-
1. skotoma sentral.....apakah itu??? kedaan ini biasa dilihat pesakit penglihatan terhad disebabkan penyakit
age-related macular degeneration.
Macam inilah pesakit penglihatan terhad lihat dengan skotoma sentral dan kesukarannya untuk mengecam wajah seseorang.
Bagaimana pesakit diabetes melihat....
3. bi-temporal hemianopia......seperti pesakit dengan stroke rasai. kehilangan separuh medan penglihatan luar.
Lihatlah medan penglihatan luar hilang separuh....amat susah untuk membaca dan menulis.
4. bi-nasal hemianopia.....seperti pesakit dengan stroke rasai...kehilangan separuh medan penglihatan dalam.
Kesukaran untuk mebaca, menulis dan berjalan.....xdapat lihat dinding...
5. peripheral defect/ tunnel vision, penglihatan terowong....pesakit dengan glaucoma rasai. apabila kawasan medan penglihatan tengah sahaja yang OK....
semua akan dilihat seolah2 melalui terowong sahaja.
Pendek kata memang banyak kesukaranlah dengan masalah seperti penglihatan terhad ini. Cuba bayangkan setiap yang dikaukan adalah terhad dan amat berbahaya sebenarnya......yelah mereka amat susah melakuakn aktiviti kegemaran mereka....jadi selaku pelatih optometri, saya perlulah empati dengan masalah penglihatan terhad yang dialami oleh pesakit itu. Sebelum merawat mereka yang tidak bernasib baik ini, saya terlebih dahulu perlu merasai apa kesukaran dan cabaran bagi mereka.
Jadi, dengan menulis dan berkongsi melalui blog ini, saya dapat kongsi empati dan maklumat kepada anda semua untuk menjaga kesihatan mata anda sebvelum menjadi seperti keadaan di atas.
No comments:
Post a Comment