Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, March 11, 2011

MaTa Pun Ada BraCes????....EyE BraCes....


ya ya mata pun ada braces. ya untuk retain bentuk depan mata supaya masalah rabun dapat diatasi setiap hari. Tetapi braces pada mata dipanggil Orthokeratology a.k.a Ortho-K. apa itu Ortho-K ni???

Nak main pun susah ngan spect ni.....

Orthokeratology ini adalah custom made kanta sentuh untuk pesakit yang mempunyai rabun jauh yang agak tinggi. Biasanya kanta sentuh ini bagus untuk kanak-kanak di sekolah rendah unutk mengawal rabun jauh yang semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan ibu bapa amat digalakkan untuk mencuba eye braces ini untuk anak-anak kecil khasnya kepada anak-anak yang aktif ini.


Ibu bapa sangat bimbang akan anak-anak mereka akan terdedah risiko jika anak-anak mereka yang rabun untuk memakai kanta sentuh atau spectacles seperti biasa. Sebab mereka lebih cenderung untuk patah ataupun hilang. ini adalah pilihan terbaik juga unutk kana-kanak yang istimewa yang mempunyai masalah yang pelbagai.

Bagaimana orthokeratology ini berfungsi?

Pesakit perlu memakai kanta sentuh ini untuk tidur pada waktu malam hari pada masa tidur. Jangan risau sebab kanta sentuh ini memang direka khas dengan bahan telap oksigen untuk mata bernafas apabila dipakai pada waktu malam.

Lihatlah perubahan depan mata sebelum dan selepas memakai ortho-K

1. apabila kanta sentuh ini dipakai semasa tidur, kanta sentuh ini akan bertindak seperti acuan untuk membentuk permukaan depan kornea sepeti yang dikehendaki.
2. Apabila bangunpada pagi hari, kanta sentuh perlu dibuka dan pesakit tidak lagi menagalami masalah rabun ini. Mata akan melihat dengan jelas tanpa kaca mata ataupun kanta sentuh. sangat mudah.
3. selepas seharian bekerja, bentuk depan mata ini akan kembali ke bentuk yang asal. sebab itu, teknik ini tidak ada risiko untuk kekal seperti rawatan laser.

Siapakah calon terbaik untuk mencuba kaedah ini???
1. Sesiapa yang tidak pernah mencuba kanta sentuh.
2. sesiapa yang tidak pernah mempunyai sejarah berlaku keceraan di hadapan mata.
3. kanak-kanak yang selalu menukar kaca mata akibat power semakin meningkat dengan banyak.
4. Sesiapa yang rabun jauh yang teruk.

Lihat sahaja bagaimana orang rabun jauh melihat....sungguh kabur.

apakah kelebihan kaedah ini???

seperti yang anis nyatakan di atas, proses dalam kaedah ini adalah berbalik atau reversible. Dan bukannya seperti rawatan laser yang merupakan sesuatu yang kekal ataupu irreversible. cuba anda bayang, sekarang anda rabun jauh. jadi anda lakukan laser untuk menjadikan anda tidak rabun jauh. tapi apa yang akan terjadi jika anda semakin tua, anda akan menjadi rabun dekat jua. pada pendapat saya, seperti sebuah pembaziran unutk membuat rawatan laser itu.

lihat sahaja bentuk depan mata anda selepas laser. sesuatu yang kekal.

Konklusi, pelbagai cara didapati untuk mendapat penglihatan yang jelas dan bebas daripada spectacles di luar sana. Ortho-K adalah salah satu daripadanya selain daripada laser. namun, keputusan tetap di dalam tangan anda.

1 comment:

  1. saya nak tanya
    dimana ada kaedah ini di malaysia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...