Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, March 18, 2011

LaWaTan SeBenTaR TaPi MemBeRiKaN 1001 MaKnA

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Fletcher

         Kali ini lawatan ke mana pula yer??? kali ini lawatan ke sekolah Pendidikan khas. Nama sekolah ini sekolah kebangsaan jenis tamil jalan fletcher. tempat ini tidak jauh dengan kwasan kejiranan kolej kami. Sekali pandang sekolah ini seolah-olah seperti sekolah biasa sahaja. Selama saya tinggal di kolej saya, sekarang baru saya sedar ada sebuah sekolah yang ternyata hebat di dalamnya.


         Pertama sekali saya melangkah ke sekolah ini, saya anggap ianya sebuah sekolah yang biasa seperti sekolah yang lain. namun tekaan yang diberikan adalah meleset. Setelah sampai dan di ruang pejabat sekolah, ada seorang guru penyelaras yang datang untuk mengiringi kami semua sepanjang lawatan ini. Nyata di sini, kami di bawa ke sebuah bangunan bersebelahan yang menempatkan pendidikan khas. 


        Perkara pertama yang dibuat adalah sesi taklimat. Kami dialu-alukan kedatangan untuk lawatan ini. Pelbagai maklumat dalam bentuk perkongsian cerita telah diberikan oleh cikgu selaku penyelaras pendidikan khas di sini. Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Cikgu rizal telah menceritakan bahawa sekolah ini telah diadakan pendidikan khas sejak 2006 lagi. Sekarang sudah hampir mencecah 5 tahun. Apa yang menarik adalah pendidikan khas ini adalah satu bentuk pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak yang OKU untuk belajar. 


          Pendidikan mereka dibezakan dengan pendidikan arus perdana. Antara anak-anak yang telah ditempatkan di sini adalah kanak-kanak yang lembam(kecacatan otak), autistik, Down Syndrome, Terencat akal, Hiperaktif, Hipoaktif, Cerebral palsi, pelbagai kecacatan dan sebagainya. Semasa sesi taklimat ini berjalan, kami dapat lihat bagaimana kesusahan tenaga pengajar di sini untuk mengendalikan pelajar yang istimewa ini. Bagi mereka, walaupun pelajar di dalam sekolah khas ini adalah cuma 24 orang, tapi bebanan yang diberikan seolah- olah menjaga 100 orang. Lihatlah sahaja bagaimana seorang pelajar harus direhatkan apabila kanak-kanak ini tidak mampu untuk duduk lagi di dalam kelas. 

Kanak-kanak bukan sahaja mempunyai masalah Down Sindrom tetapi juga masalah peptic ulser.

         Namun setelah diberikan taklimat ini, Cikgu Rizal menyatakan di sini tiada pelajar yang ditempatkan yang mempunyai masalah penglihatan dan masalah pekak. jadi apakah tujuan kami datng ke sini?? setelah diteliti, barulah kami faham. Dengan melawat tempat sebegini, dapat optometri pada masa hadapan ini bersedia untuk mengendalikan kanak-kanak pada kanak-kanak (pediatrik) pada tahun akan datang. terima kasih kepada lecturer kerana  mencadangkan kami untuk mengadakan lawatan ke sekolah pendidikan khas ini.

        Selepas taklimat, kami dibawa melihat sekitar kelas semasa sesi pembelajaran dijalankan. Apa yang saya harapkan dapatlah sedikit sebanyak berbaik-baik dengan kanak-kanak nanti. Anis memang minat dengan kanak-kanak ni dan kali ini saya maat teruja. tetapi........setelah melawat ke kelas-kelas ini, keadaan lain yang anis rasa. Rasa seronok tadi telah berlal, dan sekarang anis rasa perasaan yang berbaur apabila melihat keadaan mereka.

Kelas Wawasan.......menempatkan pelajar low function.

         Satu perasaan ynag tidak digambarkan. Jika tadi saya cuma mendengar sahaja apa yang Cikgu Rizal ceritakan. bagaimana pelajar yang slow learner tu, tapi sekarang ini saya melihat sendiri keadaan mereka. Saya amat pilu bila melihat setiap arahan yang diberikan oleh guru seolah0olah mencurah air ke daun keladi. mereka ini mempunyai masalah yang pelbagai sehinggakan setiap arahan itu bukanlah bermakna mereka tidak mendengar, tetapi mereka lambat untuk memberikan reaksi. Kesabaran guru ini mendidik amat dikagumi. pelajar di kelas ini diberikan pendedahan seperti memasukkan manik ke dalam benang untuk merangsang deria sentuhan mereka. Ini penting untuk proses memmegang pensil dan untuk menulis kelak.

         Kemudian kami dibawa melawat ke Kelas yang agak tinggi sedikit kemampuan mereka iaitu boleh bercakap dan mendengar arahan daripada guru. Di dalam kelas ini, murid-murid banyak diberikan pendedahan untuk mewarna. Mereka kurang kemampuan untuk menulis lagi. Semasa lawatan ini, antara murid yang berada di dalam kelas ini adalah Sindrom Down dan slow learner.

Kelas pintar...kanak-kanak boleh faham arahan dan bercakap.

         Kami juga dibawa melihat sekitar kelas yang boleh menulis dan tinggi keupayaan mereka. mereka boleh menulis dan bersoal jawab. Umur mereka adalah di antara 10-11 tahun. mereka mempunyai fungsi pertengahan. tetapi apa yang menarik, ada lagi dalam kalangan pelajar ini yang tidak dapat menguruskan diri lagi seperti ada lagi yang masih memakai lampin pakai buang sehingga umur tahap ini. Apa yang terharu, ada diantara pelajar ini adalah adik-beradik dan pasangan kembar. Kedua-dua mereka adalah autistik. Cikgu Rizal sempat bergurau dan memesan supaya kami menjaga pelbagai faktor semasa mengandung. hahahaha

Kelas Bestari...menempatkan pelajar yang mempunyai fungsi pertengahan.

           Lawatan kami diteruskan ke kelas sebelah iaitu kelas yang menempatkan pelajar yang lebih bernasib baik dan mempunyai fungsi tinggi dan autistik tang rendah sahaja. Mereka ini kebanyakkannya mempunyai kebolehan untuk belajar seperti biasa tatapi agak lambat serata mempunyai masalah yang lain juga. antara salah seorang pelajar autistik di sini mempunyai minat autistik mereka terhadap ketenteraan. Wah sungguh menakjubkan. tanya sahaja apa-apa mengenai ketenteraan amerika, jenis senjata dan helikopter, pasti pelajar ini jawab dengan betul sekali.

Kelas cemerlang untuk pelajar yang slow learner dan autistik.

            Kemudian kami dibawa ke sekolah prasekolah khas disini. Pelajar di sini adalah antara umur 5 hingga 6 tahun. mereka sangat unik. Ada yang terlalu pasif dan ada yang terlalu aktif. mereka mempunyai stamina yang rendah sahaja. Semasa lawatan ini dijalankan, jam menunjukkan hampir pukul 12.00 tengahari. jadi, kebanayakkan kanak-kanak ini sudah kepenatan setelah berada di sekolah sejak 7.00 pagi tadi. ada yang terpaksa berulang daripada hulu selangor untuk ke sekolah ini. 

penat sehinggakan tertidur. Ini adalah salah seorang eplajar yang autistik.


Pra sekolah yang menempatkan pelajar 5-6 tahun.

Kelas ini dinamakan program pra sekolah khas integrasi. ini sesuai dengan pembelajaran yang dilaksanakan seperti perkara asa untuk mereka seperti prasekolah biasa. namun di sini kanak-kanak yang hadir terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah lain seperti autisma. ada pula kalangan mereka yang mempunyai masalah obsessive compulsive disorder. lihat sahaja kanak-kanak dibawah ini. 

Semasa lawatan ini, kanak-kanak ini sibuk mengemaskan barang yang telah diselerakkan oleh rakan mereka.

    Antara sesi pengajaran yang diberikan di sini, kebanyakkannya berdasarkan fungsi asas dalam pembelajaran bagi mereka ala-ala macam nursery gitu.

Alat bantu penjaran yang ada di sini.

di sini juga ada pembantu guru untuk menguruskan murid-murid ini.

Sebagai kesimpulan, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Kebanyakan ibu bapa malu untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Namun jika malu itu dikorbankan, satu hasil yang lumayan akan diperolehi. Mungkin anak-anak istimewa ini tidak akan pergi jauh seperti kanak-kanak yang lain. Namun jika mereka diajar, mungkin ini dapat mengurangkan tahap kebergantungan mereka terhadap ibu bapa. Apakah itu sesuatu yang bermakna?? tepuk dada dan tanyalah diri sendiri.

Jika ada 5 bintang, lawatan kali ini saya beri 4.5 bintang (@____@)V



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...