Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, March 30, 2011

REvoLUsi & INovASi ALat BAntU PEngLihaTAn TErhAD

Apakah itu penglihatan terhad???


Pesakit penglihatan terhad...

- a.k.a low vision, Partially sighted.
- adalah pesakit yang mempunyai masalah mata yang mengakibatkan seseorang itu tidak nampak dengan jelas walaupun telah diberikan spectacles (VA Snellen: <6/18).
-Pesakit ini bukannya tidak nampak 100% seperti orang buta, tapi dia pesakit mempunyai penglihatan tetapi terhad.
- jadi untuk melakukan aktiviti harian ini, kanta dan alat bantu penglihatan diperlukan. 
-prinsipnya menggunakan perkataan bermula dengan 3B: "BIG, BRIGHT, BOLD".
- Namun begitu, terdapat pelbagai alat bantu penglihatan yang telah direka cipta untuk kegunaan mereka dan lebih sofisfikated berdasarkan zaman kini.


1. First generation low vision aid. Menggunakan alatan optikal semata-mata.


Pelbagai alat yang boleh mebuatkan imej besar.


2. Second generation low vision aid. Menggunakan kombinasi antara alatan optikal dan alatan berteknologi tinggi.


Ramai pesakit penglihatan terhad menyukai alatan teknologi tinggi seperti ini....CCTV


3. future generation low vision aid. Alatan canggih yang invasive yang sedia guna untuk kerja dekat dan jauh.


Alat pembesar di masa akan datang akan ditanamkan dalan mata.



Apakah yang menyebabkan alat bantu penglihatan ini berkembang dengan begitu pesat??????

Awas semua.....sekarang dunia semakin canggih dan berisiko tinggi pasal mata dan semakin tinggi angka pesakit penglihatan terhad. radiation, contamination, occupation, vacation dan sebagainya kini dapat mendedahkan diri akan risiko menjadi low vision patient@ pesakit penglihatan terhad ini.

SEJAUH MANA KEPRIHATINAN KITA!!!!!!!

Anis jangan emosi sangat ye.....sila kawal diri anda. 

Gambar hiasan...

Kenapa post kali ini macam kontreversi saja. Owh begini, tadi saya menemani kawan saya ke general hospital, HKL untuk membuat rawatan. Semasa menunggu, saya perhatikan juga gelagat mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan di situ. Antaranya salah seorang 'pak cik' yang datang dengan anaknya. 

Apa yang menarik sangat denagn pak cik ini. Pak cik menarik perhatian anis sebab dia x boleh berkelip mata seperti orang yang normal. Pak cik ni berkelip seolah-olah secara sedar dan kuat sekali 'Hard blinker'. Kenapa perkara ini berlaku????? Sebagai pelajar optometri, saya teruja untuk mengetahuinya. Secara tidak sengaja, anis menyapa pak cik tersebut dan bertanya mengenai keadaan berkenaan. Berikut adalah dialog anis dan pak cik:-

Anis: Pak cik apa khabar??
pak cik: Khabar baik. adik ni siapa??
Anis: saya pelajar UKM dekat sini. Pak cik datang kat HKL ni kenapa???
pak cik: Pak cik bawak anak pak cik ni. Owh kiranya belajar lagi la ya.
Anis: amek jurusan apa??
pak cik: Saya belajar pasal mata. owh mata....pak cik tu pun mula bercerita....pak cik 2 tahun lepas ada buat pembedahan katarak...mula2 datang HKL..pastuh sebab lama sangat, pak cik pergi buat kat HUKM...lagipun pak cik duduk kat Cheras...dekat sikit nak berulang. Sekarang pak cik pakai kanta yang dibubuh dalam mata. 

1. Katarak terjadi.

2. Kanta dimasukkan kedalam mata.

3. Inilah kanta yang telah diganti dengan kanta palsu.


Anis: macam mana penglihatan sekarang pak cik??
pak cik: Memang nampak jelas, tapi pak cik kalau macam sekarang ni pak rasa silau sangat.(sambil menoleh ke luar tingkap semasa tengahari).  Oh adik oi, kanta ni memang tidak sama dah macam yang tuhan bagi dahulu. Dulu silau sikit2 pun xpe, tapi sekarang ni kalau silau tuh memang tidak boleh buat kerja

Perubahan tahap silau pada pesakit katarak....

Anis: ooohh.....napa pak cik cakap macam tuh???
pak cik: pak cik sedih sgt. Yelah kalau dahulu boleh jer memandu, tapi sekarang pak cik x berani terutamanya waktu malam. Maklumlah sekarang, banyak sangat lampu kereta yang warna putih tuh. Silau sangat sampai lepas itu tak nampak apa2 dah. pak cik x nak nyawa orang tersayang pak cik melayang macam tu jer akibat kereta depan tu.

Lampu putih yang dilihat orang normal.


Penglihatan yang dilihat oleh pesakit tadi.

Moral of the story.....kalau kerajaan tidak bagi pasang lampu putih tu, maksudnya ada reason la tuh. Napa masyarakat malaysia ni kurang common sense yer...cubalah empati sikit dengan orang yang ada masalah penglihatan ini. 

Lihatlah sahaja lampu ini dengan ketajaman cahyanya yang membahayakan....

Bagaimana mahu memandu jika semuanya dilihat begini???

ataupun begini

Jika dibandingkan, cahaya matahari lebih ok berbanding lampu putih....

Ambillah pengajaran daripada cerita di atas...kepada yang berkenaan, silalah berubah....demi kepentingan bersama......

KenanGaN ManiS DiNNeR OpTO TahuN Ni.......

Organisasi Majlis Makan Malam Optometri 2011: Retro nite "Nostalgic Eyes Toward the Past"

Kalau dinner biasanya makan2, lihat persembahan n bergambar kan??? macam best jer kan?? tapi apa yang anis nak cerita dinner kali bukan setakat itu sahaja. Tapi masa dinner inilah kami menimba pelbagai kenangan manis kerana kamilah penganjurnya. Antara pengalaman dan kenagan manis yang ingin dikongsikan disini adalah seperti:

Satu2nya hotel ade simbolik kuda emas ini....PGH


1. Pengalaman bekerjasama dalam menjayakan majlis makan malam ini adalah suatu benda yang tidak dapat dibeli. Antaranya permohonan untuk menjalankan makan malam itu sendiri di hotel yang berkuda emas ini. Ianya bukan suatu yang senang.

Hotel yang banyak bintang ni.....susah jugak nak deal...


2. Peluang menganjurkan makan malam ini juga digunakan meraikan tahun empat tujuannya. Jadi, kami perlu mengambil peluang ini untuk memberikan cenderahati terbaik untuk mereka daripada penaja2. Inilah satu ag peluang untuk belajar daripada a-z berkerja untuk meminta penajaan.

cenderahati daripada penaja.....

3. orang lain makan malam datang malam. Kami sebagai penganjur pula, makan malam tapi dtg daripada pagi lagi. inilah dinamakan pengorbanan. Ini penting sebab pengorbanan itu menuntut kesabaran. so belajar sabar.

Datang seawal 11.00 pagi demi makan malam.....

4. Semua bekerjasama untuk mengankut barang2 yang perlu dibawa kesana.....kat sini memang boleh lihat siapa yang pentingkan diri sendiri dan siapa yang rajin tolong menolong.....macam fitting guide plak....masa inilah junior and senior tolong-menolong...macam buli junior pun ada jugak...tapi junior ni ikhlas...baiknya..

Junior and senior bekerjasama mengangkat barang

5. Pengalaman yang paling manis adalah semasa menjadi pengacara sendiri...ada yang cakap kalau jadi MC ni memang seksa...sebab waktu makan adalah terhad..ia memang benar tapi pengalaman menjadi pengacara itu memg tiada tolok bandingnya.....

Anis dan rakan pengacara Tan Wei Jin...

Walau apapun cabaran yang datang menghalang, akhirnya makan malam ini dapat dijalankan dengan jayanya juga. Semoga semua berpuas hati dengan penganjuran kami dan diharapkan semua ini akan terpahat di hati sanubari kenangan pada malam itu. 

MaNisnYa BerTaHi LaLat......

Gambar hiasan.....

'manisnya muka dia sebab ade tahi lalat', 'tahi lalat tulah pemanis muka dia'....inilah kata2 yang biasa kita dengar pasal tahi lalat ni....ada orang sangat sensitif tentang tahi lalat mereka, yelah maklumlah satu2 tahi yang dipuja2 adalah tahi lalat......bukan macam tahi burung ataupun tahi lembu.....ok berbalik semula tentang tahi lalat ini, apakah hikmahnya bertahi lalat????

Banyaknya tahi lalat...setiapnya ada maksud???


menurut satu kajian yang dijalankan di King's College London, bagi seseorang yang mempunyai tahi lalat, iaitu lebih daripada 100 biji, individu tersebut mempunyai penuaan kulit yang lambat secara relatif dengan orang kulit biasa. Selain itu, sekumpulan penyelidik disana juga menjumpai bahawa, individu dengan tahi lalt juga ada kaitannya dengan tulang yang kuat. Dalam kajian terbaru, sesiapa yang mempunyai mempunyai lebih 100 biji tahi lalat akan kurang 50% risiko menghidap osteoperosis.

Risaunya banyak tahi lalat......ada hikmahnya tu....


Apakah kaitannya??? Begini, individu dengan banyak tahi lalat ini dikesan mempunyai telomere yang lebih panjang. Telomere adalah sekelompok DNA yang berkumpul pada hujung kromosom pada sel. Telomere adalah indikator biologi yang paling bagus untuk melihat proses penuaan ini.

Kepentingan telomere untuk menunjukkan proses penuaan.....

Ni besar sgt and pelik .....so ni suspected kanser kulit....

Menurut ketua penyelidik ini, Dr. Veronique Bataille, 'walaupun individu dengan tahi lalat ini akan meningkatkan risiko kanser kulit (seperti dalam gambar) namun faedah daripanya adalah melambatkan proses penuaan'.


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan.=))


Sumber: Reader's Digest April 2011...page 18.

Tuesday, March 29, 2011

ApaKaH PerBeZaaN PRK Vs LASiK??????

Ni sebagai gambar hiasan.....

LASIK (laser-assisted in situ keratomileusis) dan PRK (photorefractive keratectomy)

Kedua2 nya sama jer....semuanya pembedahan menggunakan laser untuk membetulkan rabun. Tapi ada prosedur yang berbeza yang membuatkan mereka berbeza. Kenapa anis tiba2 nak cakap pasal PRK Vs LASiK ni???


          Ceritanya begini, beberapa hari yang lepas, anis ada hadiri kuliah bersama dengan seorang pakar perubatan daripada royal airforce malaysia. Dalam kuliah tersebut, beliau ada menyebut bahawa sekarang ini, tentera udara ada yang rabun dibenarkan. Samada memakai kanta mata, kanta sentuh ataupun membuat pembedahan refraksi iaitu laser untuk membetulkan rabun. Namun ada syaratnya. Para pilot cuma dibenarkan untuk membuat PRK tapi bukannya LASiK.....


         Jadi apabila balik daripada ke;as itu, anis apalagi nak kongsilah dengan semua mengenai perbezaan kedua-dua kaedah laser ini......Jom kita lihat...
1. Ini adalah kaedah LASiK......kosa kata: mikrokeratome- alat untuk membuka satu lapisan tisu mata itu.


2. Ini pula kaedah bagi PRK


PRK tidak perlukan untuk membuka satu lapisan tisu depan mata. kaedah ini cuma menggunakan laser untuk membetulkan rabun.




Owh sekarang semua sudah tahu kaedah yang digunakan kan??? tapi apa pula kaitan pilot airforce tidak boleh membuat LASiK berbanding PRK???

Ceritanya begini, apabila terdapat kemalangan penerbangan ataupun pendaratan cemas, helicopter ataupun jet pejuang ini akan berpusing dan landing dengan tekanan yang tinggi. (micrograviti). Jadi, jika pilot tersebut membuat LASiK, kebarangkalian untuk flap tadi terbuka adalah tinggi, manakala bagi PRK, disebabkan kaedah ini cuma menggunakan laser,dan tidak melibatkan flap, jadi kaedah ini dibolehkan.

Lihat sahajalah bagai mana LASiK selepas pembedahan, masih ada kesan flap yang dibuat ole mikrokeratome tadi.

Kepada saudara/saudari di luar sana, buatlah rawatan laser ini mengikut keperluan dan bukannya kemahuan anda!!!!! =))

HarGaiLaH PengLiHaTaN AnDa......

pelajar dikehendaki memakai kanta simulasi untuk merasai keadaan sebenar yang dialami oleh pesakit penglihatan terhad.

Pada 24 Mac yang lepas, satu aktiviti simulasi penglihatan terhad telah dilakukan oleh kumpulan pelatih optometri ini. tujuan untuk mendedahkan para pelatih kepada situasi sebenar jika pesakit penglihatan terhad itu datang dengan pelbagai keadaan. antara intisari aktiviti ini adalah :-
1. pelajar perlu memakai kanta simulasi (google) yang menyerupai seolah2 pesakit penglihatan terhad ini melihat keadaan sekeliling.

Gambar ni diambil selepas dua orang pelajar dengan kanta simulasi ini melanggar satu sama lain akibat sukar bergerak dengan medan penglihatan yang terhad.


2. pelajar perlu melakukan perkara harian biasa seperti membaca, menulis, menuang air, berjalan dan sebagainya. kami merasa sendiri kesukaran pesakit penglihatan terhad ini alami.

antara aktiviti yang dikaukan semasa memakai kanta simulasi ini adalah membaca dan menulis.

antara keadaan pesakit penglihatan terhad yang cuba disimulasikan dengan memakai kanta ini termasuklah keadaan pesakit penglihatan terhad dengan:-
1. skotoma sentral.....apakah itu??? kedaan ini biasa dilihat pesakit penglihatan terhad disebabkan penyakit
 age-related macular degeneration.

Macam inilah pesakit penglihatan terhad lihat dengan skotoma sentral dan kesukarannya untuk mengecam wajah seseorang.

2. skotoma bertompok/ patches scotoma......seperti pesakit kencing manis nampak.....apabila semuanya tidak jelas lagi......

Bagaimana pesakit diabetes melihat....

3. bi-temporal hemianopia......seperti pesakit dengan stroke rasai. kehilangan separuh medan penglihatan luar. 
Lihatlah medan penglihatan luar hilang separuh....amat susah untuk membaca dan menulis.

4. bi-nasal hemianopia.....seperti pesakit dengan stroke rasai...kehilangan separuh medan penglihatan dalam.
Kesukaran untuk mebaca, menulis dan berjalan.....xdapat lihat dinding...

5. peripheral defect/ tunnel vision, penglihatan terowong....pesakit dengan glaucoma rasai. apabila kawasan medan penglihatan tengah sahaja yang OK....

semua akan dilihat seolah2 melalui terowong sahaja.

Pendek kata memang banyak kesukaranlah dengan masalah seperti penglihatan terhad ini. Cuba bayangkan setiap yang dikaukan adalah terhad dan amat berbahaya sebenarnya......yelah mereka amat susah melakuakn aktiviti kegemaran mereka....jadi selaku pelatih optometri, saya perlulah empati dengan masalah penglihatan terhad yang dialami oleh pesakit itu. Sebelum merawat mereka yang tidak bernasib baik ini, saya terlebih dahulu perlu merasai apa kesukaran dan cabaran bagi mereka. 

Jadi, dengan menulis dan berkongsi melalui blog ini, saya dapat kongsi empati dan maklumat kepada anda semua untuk menjaga kesihatan mata anda sebvelum menjadi seperti keadaan di atas.

Friday, March 25, 2011

PeSaKiT KeLaPaN: aLTeRNaTinG ExoTRoPia

Alhamdulillah kali ini anis dan partner tidak perlu nak mencari pesakit kesana-kemari lagi. Klinik hari ini memang ada pesakit yang menelefon dan ingin membuat pemeriksaan mata. Sungguh mendebarkan.....apa yang bakal menanti yer.....


Tepat pukul 2.30 petang anis mula menjalankan pemeriksaan mata. Apa lagi, sesuatu yang mendebarkan apabila pesakit yang datang kali ini ada 'alternating exotropia'. apa dia itu?? alternating exotropia adalah nama lain bagi juling keluar sebenarnya. macam dalam gambar ni......

Inilah exotropia itu...nampak juling tu keluar kan???

Jadi anis pun jalankanlah pelbagai ujian ke atas pesakit ini. Daripada komplen yang dibuat oleh pesakit ini, dia memberitahu bahawa penglihatannya kabur sejak akhir2 ini disertakan rasa sakit kepala. Penglihatannya kabur dekat dan jauh. ini agak merunsingkan tambah2 lagi pesakit ini ada juga mempunyai penyakit yang lain iaitu penyakit dengan platlet. 

Namun begitu, selepas beberapa ujian yang telah dilakukan, anis sudah mendapat jawapan yang sepadan daripada hasil ujian dan komplen yang telah dibuat. Pesakit ini adalah berumur 52 tahun. Memang rabun dekat adalah perkara yang paling biasa berlaku. Dan dia pula tidak pernah memakai cermin mata. Tapi peli juga, kenapa baru sekarang komplen kabur penglihatan jauh. Owh sekarang baru anis tahu.........ceritanya begini, (sila rujuk gambar hiasan di bawah.)

1. Apabila jauh, mata kirinya tidak berfungsi. Mata kanannya yang akan digunakan untuk melihat.


2. Namun begitu untuk melihat dekat, mata kanan pula tidak berfungsi. mata kirinya pula yang akan berfungsi untuk melihat.


Cantikkan ciptaan Tuhan. Tuhan itu Maha Adil. Tiada satu pun tujuan yang dilakuakn itu untuk menzalimi seseorang insan. Contohnya seperti pesakit ini, walaupun juling, dia tidak pernah perlu memakai cermin mata sebab penglihatan dekat dan jauh adalah jelas. Perkara ini boleh berlaku jika juling yang mula2 biasa, kini telah adapatasi kepada pesakit yang sudah lama juling. 

Cuma sekarang, apa yang menjadi masalah adalah apabila usia sudah tua, maka kanta mata tidak lagi berupaya untuk bekerja untuk melihat benda dekat dengan jelas. Jadi pesakit ini memerlukan kanta untuk melihat dekat. Tapi apa yang anis cuba cadangkan di sini pesakit ini perlu memakai kanta dua kuasa yang berlaian. iaitu untuk jauh dan dekat. Namun begitu, rekabentuk terbaik adalah bifokal berbanding dengan multifokal ataupun dikenali juga sebagai progressif. 
Kiri: Rekabentuk Bifokal dan kanan: multifokal ataupun progressif.

Ini kerana, jika bifokal kanta untuk rabun dekat cuma dihadapan dan dibawah mata dan bagi rabun jauh, kuasa berada di atas sahaja.. Namun begitu, jika memilih kanta multifokal ini, kuasanya ada di kawasan dekat, pertengahan dan jauh. Kawasan selain itu tiada kuasa dan yang ada hanyalah imej yang kabur sahaja. 

Dan bagi pesakit ini, disebabkan matanya satu akan juling keluar semasa pandangan jauh dan dekat, maka kanta progressif ini tidak sesuai digunakan sebab pada jarak jauh dan dekat. salah satu mata kan melihat pada kawasan tepi yang tiada kuasa itu dan adanya imej yang kabur di situ. 

inilah pilihan terbaik. Kanta bifokal utnuk pesakit dengan juling ini.


Berkaitan dengan  juling pula, tidak banyak yang dapat dilakuakn. ini kerana pesakit ini sudah tua dan sudah lama beradaptasi dengan keadaan ini. Tiada sebarang rawatan yang diberikan untuk memb etulakan juling. Ini kerana kami sebagai optometris dilatih dengan prinsip:
"No complaints (Symptoms), No Treatment"

Pesakit ini tiada komplen mengenai masalah juling, dia cuma komplen kabur. Jadi, rawatan jika diberikan cuma akan megganggu kedaan juling beliau yang akan memberikan kesan yang lebih teruk. Oleh sebab pesakit ini cuma komplen kabur penglihatan, jadi rawatan terbaik yang diberikan adalah cermin mata.
Sekian.
(^____^)V

Saturday, March 19, 2011

** A once-in-a-blue moon **

Supermoon cuma berlaku 18 tahun sekali.

1. 'Supermoon' malam tadi 
     Mata ini menyaksikan sendiri bagaimana kejadian itu berlaku. Semalam anis keluar makan malam di Restoran Mamam di Tasik Titiwangsa. selesai menikmati hidangan, jam sudah menunjukkan jam 7.30 malam. Bila menoleh ke arah ufuk barat, matahri telah melabuhkan tirai dan kini suasana sudah menjadi suram. Alangkah terkejut apabila melihat ada bulan yang muncul seolah-olah matahari yang turun melabuhkan tirai tadi. tanpa melengahkan masa, anis cuba merakamkan detik ini. Masha Allah cantik sungguh kejadian Allah Taala. Langkah anis semakin laju menuju ke bilik untuk menunaikan kewajipan kepada Illahi dan sujud akan kebesaran-Nya. 

ni di tasik titiwangsa.

    Kejadian supermoon ini cuma akan berlaku 18 tahun sekali dan direkodkan berlaku cuma 3 kali setakat abad ini. Kejadian supermoon ini juga dikaitkan juga dengan kejadian bencana alam yang hangat diperkatakan kini iaitu gempa bumi di Jepun. Namun begitu kesahihan masih belum pasti. apakah itu supermoon??? Jika anis tahu, kawan2 yang lain tahu pasti akan tahu. Supermoon adalah kejadian bulan akan kelihatan lebih besar daripada biasa. kejadian ini berlaku kerana jarak bumi dengan bulan pada malam semalam adalah berada dalam jarak yang dekat daripada biasa. Biasanya bumi dengan bulan berada pada 500 000km, tetapi pada malam tadi jaraknya cuma 356 577km sahaja.

Supermoon sangat terang.

Kesimpulannya, kita hendaklah selalu bersyukur dengan nikmat Allah subhana Taala. Sama-samalah kita munhasabah diri.

~~KeRaToCoNuS oh KeRaToCoNuS~~

Apa yang menyebabkan anis tergerak hati untuk berkongsi mengenai penyakit ini adalah apabila salah seorang kawan anis bertanya tentang penyakit ini. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja dengan nisbah 4-600:100 000. Nisbah kaum yang berisiko di Malaysia adalah:
India > Melayu > Cina

Kawasan tengah kornea membonjol keluar.

Apa itu keratoconus??
---> salah satu penyakit pada mata yang mengakibatkan kawasan tengah kornea pada mata mula membonjol keluar. ini akan menghasilkan bentuk kornea ini akan kelihatan seperti seolah-olah menjadi bentuk kon.
Proses penipisan lapisan sel pada tengah kornea yang boleh membawa kepada keratoconus.

Siapakah yang berisiko untuk mendapatkan penyakit ini???
  • Mereka yang ada sejarah/keturunan
  • Mereka yang ada gangguan sistemik lain seperti sindrom Marfan, sindrom Down
  • Mereka yang ada allergik dan hypersensitiviti yang selalu gatal mata dan menggosoknya dengan agresif
  • Sejarah buruk mengenai pemakaian kanta sentuh.
Antara gejala yang pesakit kertokonus akan rasai adalah:-
1. Penglihatan berganda pada sebelah mata/ monocular double vision.
2. Halos ataupun bayang-bayang seperti pelangi ataupun cecincin di sekeliling cahaya.

Halos yang selalu dilihat disekeliling cahaya.

3. Rasa teramat silau dan sensitif kepada cahaya.
4. tidak dapat melihat objek yang pada jarak jauh dengan jelas.
5. sakit kepala/ asthenopia
6.Kerap menggosok mata dengan menggunakan tangan.
7. Kerap menukar kaca mata (3-4 kali setahun) akibat power yang meningkat.

Apakah penyakit ini boleh berkembang???
ya penyakit ini boleh berubah menjadi semakin teruk jika tidak dirawat. Ada 4 peringkat dalam penyakit ini:-
1. Peringkat 1 (Peringkat permulaan)
2. Peringkat 2 
3. Peringkat 3
4. Peringkat 4 (Peringkat Advanced)

Lihatlah sahaja penglihatan keratoconus pada peringkat 4.

Apakah rawatan yang ada untuk pesakit keratoconus ini???
1. Kaca mata
2. Kanta sentuh
3. Rawatan oleh oftalmologi.

1. Kaca mata
---> cuma sesuai untuk peringkat 1 sahaja. tetapi pesakit perlu selalu menukark kaca mata kerana kuasa mata yang selalu berubah-ubah. dan penglihatan dengan kaca mata juga tidaklah begitu baik. Kanta sentuh adalah pilihan seterusnya.

Semuanya akan kelihatan kabur akibat kehadiran silau yang tinggi pada permukaan depan mata.

2. Kanta sentuh
---> terdapat pelbagai pilihan kanta sentuh untuk pesakit keratoconus ini memandangkan penyakit ini adalah terbaik dibetulkan dengan menggunakan kanta sentuh. Contohnya :-
        a. kanta sentuh separa keras untuk kes pada peringkat 1
        b. kanta sentuh separa keras dengan rekabentuk asferik
        c. Kanta sentuh hibrid iaitu Soft K- Soflex
        d. Kanta sentuh 'piggy back' 
        e. Kanta sentuh lebih besar- Scleral lens


Kanta sentuh separa keras untuk pesakit keratoconus.

# p/s: kanta ini amat selamat digunakan kerana ia tidak meliputi keseluruhan kornea, ini memudahkan pengaliran oksigen ke dalam dengan efektif melalui air mata.

Ini adalah contoh kanta sentuh 'piggy back' iaitu kanta sentuh ini dipakai 2 jenis yang berbeza sekali gus. kanta sentuh lembut dibawah dan kanta sentuh separa keras di bahagian atasnya.

#p/s: biasanya digunakan untuk pesakit yang sangat sensitif dan tidak dapat menyesuaikan diri terhadap kanta sentuh separa keras jika menggunakan kanta sentuh separa keras sahaja.

Perbezaan kanta sentuh scleral (kiri) dengan kanta sentuh separa keras (kanan) untuk pesakit keratoconus.

Kanta scleral adalah kanta sentuh separa keras juga tetapi ianya didapati dalan diameter yang lebih besar.

3. Rawatan oftalmologi
     Antara rawatan yang ada untuk oftalmologi jalankan terhadap pesakit keratoconus adalah: 
         a. rawatan intacts
         b. rawatan cross-linking
         c. rawatan corneal graft

                           
Rawatan intact yang akan digunakan oleh oftalmologi untuk meratakan kawasan tengah kornea yang curam.

Rawatan cross-linking. Rawatan ini menggunakan prinsip untuk menguatkan ikatan lapisan kornea menggunakan bahan yang dikeanli senabagi riboflavin.

inilah rawatan yang diberikan kepada permukaan kornea pesakit keratoconus.

apa yang berlaku selepas rawatan crosslinking terhadap permukaan kornea pesakit.

Rawatan corneal graft penyelesaian untuk pesakit di peringkat 4.

 #p/s: Pesakit di peringkat 4 ini yang akan menyebabkan kornea berparut dan dan memang memerlukan penderma kornea untuk transplant dijalankan.

Kesimpulan: 
Jika anda mempunyai gejala dan simptom seperti yang dinyatakan di atas, jalanilah ujian penglihatan untuk memastikan anda dapat dirawat dengan secepat mungkin sebelum penyakit ini berkembang ke peringkat yang lebih teruk. Semakin cepat dikesan, semakin tinggi peluang keberjayaan untuk penglihatan yang optimum.
>(^____^)<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...