Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, May 4, 2011

LaWaTan Ke Kilang Kanta Sentuh di SiNgaPuRa

Kilang Kanta Sentuh CIBA VISION di Singapura


3/5/2011(Selasa)
12.00 a.m
Kami bertolak dari Kolej Kediaman kami di Titiwangsa untuk ke Kilang kanta sentuh di Singapura. wah betapa terujanya kami untuk melihat dengan mata kami sendiri bagaimana pembuatan kanta sentuh setelah sekian lama mempraktikkan pemakaian kanta sentuh ini.


4.40 a.m 
Kami telah tiba di R&R Tanjung Pelepas. Kerana terlalu awal daripada jadual perjalanan, kami mengambil keputusan untuk sambung tidur di atas bas.


6.00 a.m
Kami bangun untuk menyiapkan diri dan bersedia untuk bersolat subuh. Kami membuat persipan ini di R&R Tanjung Pelepas. Setelah selesai semua, kami terus bersarapan disini. Wah alangkah terkejutnya kami, betapa ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Mereka berulang saja dengan menaiki kereta dan motosikal untuk ke pulau tersebut. Mereka menjadikan R&R ini sebagai platform bersarapan sebelum masuk ke pulau. Satu panorama yang menarik. Bayangkan beribu-ribu kenderaan berpusu-pusu menuju ke pulau tersebut. Apakah yg istimewanya???? Tidak sabar untuk ke sana. Maklumlah kali pertama.......


7.00 a.m
Kami mula bergerak untuk memasuki pulau tersebut. kami dimaklumkan oleh pemandu bas bahawa kami tidak dibenarkan untuk membawa masuk bebrapa barang terlarang termasuklah chewing gum dan makanan. Wah betapa tegasnya mereka. Kami dengan penuh rasa bangga melangkah turun daripada bas untuk menjalani pemeriksaan imegresen. Wah imegresen Singapura amat teliti. Mereka memeriksa sebarang barang yang dibawa sehinggakan tiada barang yang terlepas daripada pemeriksaan sehinggakan jam tangan dan juga telefon bimbit. 


8.00 a.m 
Kami telah berjaya menjalani proses pemeriksaan. Masa yang di ambil agak panjang. Ada antara ahli rombongan yang 'sangkut' sebentar dek kerana telefon bimbit yang diletakkan dalam kocek. Telefon bimbit cuma boleh dilepasi melalui pengimbas sahaja. Kemudian, kami masuk ke bas dan bas muali bergerak menuju ke Kota Singa. Kami agak hairan dengan persekitaran di sini. Semua kenderaan bergerak perlahan sahaja. Tidak tergesa-gesa seperti di negara kita. Owh rupanya, di sini had laju amat dititik beratkan. Jika salah semuanya tidak terlepas daripada saman. Wah susah jugak jika begini. Lampu isyarat juga bersaiz agak kecil berbanding di negara kita. Tapi tiada sesiapa pun yang berani langgar. itulah cerita berkenaan trafiknya.


9.00 a.m 
Kami tiba di Kilang Kanta Sentuh CIBA VISION di Tuas Avenue 3. 


Suasana di Perkarangan Kilang Kanta sentuh



Wah alangkah gembiranya hati. Dapat merasai sendiri pengalaman di Singapura sendiri setelah selama ini cuma mendengar cerita sahaja. Apa yang menarik di sini. Kami mulakan dengan taklimat oleh pegawai yang bertugas di sini. Bilik taklimat tidak ubah seperti di Malaysia. 


Bilik taklimat di Kilang kanta sentuh


Sepanjang taklimat ini, kami di maklumkan bahawa, kilang ini cuma menghasilkan kanta sentuh pakai buang harian. Semua proses pembuatan 100% menggunakan tenaga mesin dan tiada kontaminasi daripada manusia.


10.00 a.m 
Kami di bawa melawat ke sektor pemprosesan. Wah kami disteril dahulu sebelum masuk ke kawasan ini. Kami diberi penerangan melalu alat kawalan suara yang canggih. Wah terasa seperti berada di dalam sebuah kilang yang begitu canggih. Semua peralatan di sini menepati piawaian keselamatan pekerja. Terdapat pelbagai disiplin yang harus di patuhi seperti berpakaian khas, bertopi, memakai tutup kasut dan sebagainya. Kami dibawa melawat semua tempat daripada langkah pertama hingga langkah terakhir utnuk menghasilkan kanta sentuh jenis FOCUS DAILIES ini. 


Focus Dailies yang dihasilkan di sini.



11.00 a.m
sesi lawatan kami berakhir dengan sesi fotografi. Kami seronok dengan lawatan ini. 


Sesi fotografi di Kilang Kanta sentuh di Singapura.


Kami berjanji untuk datang ke sini lagi pada satu masa akan datang. 


Kami ingin meneruskan perjalanan ke sebuah lokasi berlaiana. yuk......


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...