Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, May 21, 2011

SimBaH AsiD Ke SiMBah aLkaLi?? YanG MaNa LeBiH TeRuK KeSaNnyA PaDa MaTa???

Sekarang kita digemparkan dengan kejadian simbah cecair kimia di sekitar ibu negara. Cecair yang digunakan adalah dikhuatiri adalah sejenis cecair kimia yang sukar didapati di pasaran. Adakah cecair kimia yang digunakan itu asid ataupun alkali??? Ada yang kata asid. ada sumber mengatakan ianya ialah detergent yang bersifat alkali. Wallahualam.....tapi apa yang merisaukan kedua-duanya akan merosakkan sel-sel dan tisu pada badan manusia terutamanya mata.

Suspek yang tidak bertanggungjawab dalam kejadian simbah asid di sekitar ibu kota.


Saya selalu berdoa agar penjenayah ini perlu ditangkap untuk mengelakkan lebih ramai lagi yang akan mengalami kecederaan akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. Tapi tahukah anda alkali merupakan cecair yang lebih teruk kesannya berbanding cecair berasid pada mata terutamanya.




Jika terkena pada mulut dan tertelan, inilah akibatnya. Kerosakan sel pada mulut dan lidah.

Alkali bersifat lipofilik iaitu 'suka akan lemak'. Jadi, cecair jenis ini akan meresap ke dalam mata dengan begitu cepat berbanding asid.

Kesan simbahan alkali yang sederhana dan penglihatan biasanya kan kabur.

Kesan simabhan larutan kimia, mata akan menjadi merah teruk dan adanya neovaskularisasi.


Saponifikasi yang berlaku pada sel akan menyebabkan kerosakan pada sel dan akhirnya sel akan mati. Ion hidroksil dalam alkali pula bertindak untuk merosakkan tisu kolagen pada mata. Apabila kerosakan tisu ini berlaku pada mata, sistem badan akan bertindak untuk melindungi mata daripada bahan beralkali ini dengan menghasilkan lebih banyak enzim proteolytic yang bertindak untuk mematikan sel yang rosak itu tadi (liquefactive necrosis).

Kerosakan teruk pada lapisan di depan mata dan iris mata.

Apa yang teruknya simbahan alkali pada mata berbanding asid adalah apabila cecair ini boleh meresap ke dalam kamar anterior (anterior chamber) dalam masa 5 hingga 15 minit yang seterusnya kan merosakkan iris mata, otot siliari dalam mata, kanta mata dan sistem pengaliran cecair dalam mata (trabecular meshwork) akan terus rosak teruk.

Jika tiada langkah awal yang bijak, penglihatan tidak dapat diselamatkan. 
p/s: sila basuh dengan aliran air yang banyak jika terkena simbahan cecair kimia.

Kerosakan kekal akan berlaku terutamanya jika pH larutan adalah lebih daripada 11.5.

Inilah sumber cecair simbahan berdasarkan pH. 

Sebaliknya jika asid yang digunakan dan ianya terkena pada mata maka asid ini akan bertindak pada bahagian mata dengan pengumpulan protein di bahagian depannya. Kerosakan sel kurang teruk berbanding alkali kerana ianya cuma merosakkan lapisan luar mata dan biasanya tidak meresap ke dalam mata. Melainkan jika asid hydrofluoric digunakan. Jika ianya cuma kumpulan asid lemah yang digunakan, asid mungkin juga boleh diserap ke dalam mata tapi ianya kekal tidak berion dan tidak menyebabkan kerosakan tisu yang teruk seperti alkali. Namun, jika asid kuat digunakan seperti kumpulan asid fluoric, maka kerosakan seperti alkali (liquefactive necrosis) juga berpotensi untuk berlaku.

Saya cuma ingin berkongsi maklumat ini, bukan tujuan untuk menakutkan semua. Nota penting untuk kita berhati-hati dengan serangan ini. Semoga kita semua dilindungi. Nauzubillah......insya Allah selamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...