Mentaliti janji murah???
Begini ceritanya, jika anda ingin membeli dan menempah spectacles atau kaca mata, apakah kriteria utama yang anda pertimbangkan??? Saya pasti 8 daripada 10 orang akan jawab harga. Ya, memang tepat. Harga penting, namun ada segelintir daripada kita yang mementingkan harga yang 'murah' tapi hajat di hati hendak membeli produk yang berkualiti. Jadi berfikirlah sekali lagi. Nasi lemak pun boleh naik harga, inikan pula spect berkauliti. Jadi marilah sama-sama kita tukar mentaliti harga 'murah' ini kepada mentaliti harga 'berpatutan'.
Aku sepasang kaca mata.....
Harga pasaran sepasang kaca mata lebih kurang RM300.00 nett. Ini termasuklah bingkai dan kanta yang berkualiti. Bagi saya ia adalah satu harga yang berpatutan, namun ada yang masih mempersoalkan. Kenapa ada kedai yang boleh jual murah?? Jika produk berkualiti mestilah ada harga yang perlu dibayar. Jika ada kedai yang jual murah, mustahil jika produknya sama kualiti dengan harga yang mahal. Betul x???
Nak kanta jenis ini, tapi nak harga murah??? dapat ke???
Nak kanta jenis ini, tapi nak harga murah??? logik ke???
Nak kanta jenis ini, tapi nak harga murah??? boleh ke???
Bukan tujuan hendak menjaja sikap orang kita, namun sekadar ajak berubah. Siapa setuju, sila angkat tangan macam saya. Selamat beramal. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment