Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, April 30, 2011

DaH Tua Baru RabuN JauH??????

Kabur apabila melihat jauh.


BERIKUT ADALAH PERBUALAN ANTARA SEORANG DOKTOR MATA DENGAN PESAKIT.


Pesakit: Dr, saya kabur penglihatan jauh, tapi saya tidak pernah ada rabun jauh sejak kecil lagi dan saya tidak pernah memakai spect. 


Doktor: Adakah anda mempunyai masalah diabetes?


Pesakit: tidak.


Doktor: Sejak bila anda merasai perubahan ini?


Pesakit: sejak kebelakangan ini. Dahulu saya cuma kabur untuk melihat dekat. Tapi sekarang dekat saya tidak kabur lagi, tetapi saya kabur pandangan jauh je.


Doktor: saya perlu melakukan pemeriksaan dahulu. kemudian saya akan beritahu encik tentang kesahihan masalah mata ini.


AWAS!!!!! Jika anda seorang yang telah meningkat usia dan anda baru kabur penglihatan jauh, maksudnya rabun jauh, anda perlu berhati-hati. Anda perlu berjumpa dengan doktor ataupun optometris kerana ini merupakan salah satu tanda perkembangan penyakit KATARAK di dalam kanta mata anda. Ia dikenali sebagai incipient nuclear cataract


Katarak adalah penyakit yang berkaitan perkembangan kanta mata ke arah bukan lutsinar lagi.


Perkembangan ini berkaitan dengan proses penuaan.


Untuk perkembangan katarak jenis ini, pesakit akan mengalami beberapa peringkat, antaranya:-


1. Nuclear sclerosis
2. Incipient nuclear cataract
3. well-established nuclear cataract with a definite increase in density
4. cataracta brunescens
5. the ominous cataracta nigra.



Untuk pengetahuan anda, pada peringkat kedua inilah yang kebanyakan pesakit mempunyai anjakan miopik.  

maksudnya jika anda dahulu tidak pernah ada rabun jauh, dengan perkembangan katarak jenis ini anda mungkin mengalami rabun jauh. 

Ataupun anda mungkin rabun dekat, tapi tiba2 anda tidak perlu lagi memakai spect sebab semuanya jelas untuk melihat dekat. 

1. Kanta mata yang sihat
semua struktur dalam mata masih lusinar

2. Kanta mata yang mengalami perubahan ke arah pembentukan katarak.
Isipadu kanta dalam mata bertambah dalam pembentukan katarak ini.

Dengan peningkatan isipadu inilah, kanta mata akan memfokuskan cahaya di hadapan retina. ini menyebabkan imej yang terbentuk tidak lagi sejelas dahulu. Keadaan ini seolah-olah seperti anda mungkin rabun jauh.

Penyerakan cahaya oleh kanta mata yang mempunyai katarak.

Kesimpulannya anda perlu lebih kerap untuk berjumpa doktor mata ataupun optometris apabila anda semakin meningkat usia. sekurang-kurangnya 2x setahun. Mengesan awal adalah yang terbaik untuk kes seperti ini.

Jangan tunggu katarak itu sampai tahap matang seperti ini. 

Pembedahan pada tahap matang akan mengambil masa yang lama dan harapan penglihatan bagus selepas pembedahan juga kurang baik.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...