Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Monday, May 16, 2011

ApaKaH NaSiHat iBu YaNg PaLinG AnDa iNgati????

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukannya kebencian
tapi tanda sayang.


Entri ini sepatutnya menyusul sempena Hari Ibu tempoh hari. Namun disebabkan anis pulang ke kampung untuk meraikan hari ibu, jadi entri ini dikeluarkan agak lewat sedikit. Namun begitu, anis rasa tidak terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat kaum wanita...maklumlah setiap hari adalah hari ibu.

Pernah kena nasihat sampai guna benda ni......nasihat ke??


Berbalik kepada tajuk asal entri kali ini, anis bertanya kepada anda semua 'apakah nasihat ibu yang paling anda ingati?'. Setiap daripada anda pasti tidak terlepas daripada dinasihati oleh ibu. Maklumlah setiap ibu inginkan yang terbaik untuk anak mereka termasuklah ibu anis sendiri.  Apabila termenung sejenak dan berfikir, sudah berjuta-juta kali agaknya ibu anis memberikan nasihat yang bermanfaat setakat ini. Namun, jika direnungkan balik segala pesanan dan nasihat ibu ini, nasihat yang paling berbekas di ingatan ialah "JANGAN TENGOK TV DEKAT-DEKAT, NANTI ROSAK MATA!" Wah, ibu anda pernah tak berpesan begitu????


Kalau x puas tuh, masuk dalam TV sekali and then berlakon sekali....Tom and jerry pon takut tengok anis tengok dekat sangat..hahahaha



Apabila saya belajar mengenai perkembangan rabun jauh ini, saya amat menghargai segala nasihat yang telah ibu saya beritahu dahulu. Namun apakah sains di sebalik kejadian rabun jauh ini berkaitan dengan tengok tv secara dekat ini??


Kaitan tengok TV dekat 
|
|
|
Dengan rabun jauh ini???

Menurut beberapa kajian yang dijalankan oleh penyelidik di seluruh dunia, rabun jauh ini banyak dikaitkan dengan faktor-faktor berlainan antaranya melakukan kerja-kerja dengan jarak dekat. Bagaimana ianya berlaku???


Kekejangan otot dalam mata yang berfungsi untuk memgang kanta dalam mata.


1. Akibat daripada otot mata yang kejang


Otot mata yang anis maksudkan adalah otot siliari iaitu otot yang berfungsi untuk meregang dan mengendur untuk membantu kanta mata dalam memfokuskan imej yang dilihat. 



Apabila melihat objek yang dekat, kanta mata akan menebal untuk memfokuskan imej yang dilihat supaya jelas terbentuk di belakang mata. Oleh itu, otot siliari inilah yang berfungsi akan mengendur untuk membuatkan kanta ini menebal. Jika melihat objek yang jauh, perkara sebaliknya yang akan berlaku. Jadi, jika kita banyak melihat objek dekat contohnya menonton TV, maka kanta mata kita akan selalu menebal dan otot mata kita akan bekerja keras untuk terus mengendur buat satu jangka masa yang lama. 


Beginilah fungsi dalam mata semasa kita melihat sesutu objek.



Analogi yang terbaik adalah semasa anda bermain atau bersukan, otot kaki anda pasti akan kejang jika anda menggunakannya dalam satu jangka masa yang lama untuk satu kerja keras. 


Sakit sangat jika berlaku kekjangan otot di kaki, tapi jika otot mata bukannya sakit, tapi pandangan yang akan jadi kabur.....

Begitulah juga keadaan otot di mata juga. Jika meregang dalam satu masa yang lama, maka otot ini juga akan mengalami kekejangan. Apabila otot ini kejang, maka otot ini akan susah untuk kembali mengecut. Sedangkan seperti mana kita tahu, otot ini perlu mengecut untuk membenarkan kanta mata menipis terutamanya untuk melihat objek yang jauh. 


Keadaan kanta dalam mata untuk melihat jauh dan dekat.



Jika kegagalan otot siliari ini untuk mengecut atau meregang, maka seseorang itu akan akan kabur pada pandangan jauh dan rabun jauh ini terjadi. Keadaan ini dikenali sebagai 'pseudomyopia' a.k.a 'false myopia' iaitu rabun jauh palsu. Sebenarnya apa yang berlaku adalah bukan rabun jauh, tetapi disebabkan kanta mata yang terlalu 'berkuasa' untuk melihat dekat sehinggakan pandangan jauh menjadi kabur.


Mata dikira 'berkuasa tinggi' untuk mefokuskan imej daripada objek jarak dekat.


2. Akibat daripada bebola mata yang memanjang


Setiap pemanjangan 1mm bola mata, power spect akan bertambah secara relatif sebanyak 300.



Ada sesetengah kajian pula ada mengaitkan rabun jauh ini dengan panjang bebola mata. Ini kerana dalam usia muda, mata dilahirkan sudah matang, namun belum mencapai fungsi yang sempurna seperti sekarang. Panjang bebola mata bayi yang dilahirkan ialah 18 mm dan panjang bebola manusia dewasa adalah 24 mm. Jadi dalam proses tumbesaran ini, segala gangguan penglihatan seperti banyak melihat objek yang dekat dan terlalu lama dalam satu jangka masa pada usia yang muda, ini akan menggangu proses tumbesaran mata kanak-kanak.


Pada usia yang muda sudah perlu untuk memakai spect.

Nak membaca pun perlu pakai spect, susahkan????

Wallahualam....sekadar berkongsi. Setiap oarang tua larang pasti ada hikmah dan kebenarannya. 
Sekian, terima kasih. 

2 comments:

  1. salam, baru2 ini anak saya mengalami rabun palsu ini... adakah ia akan berlanjutan atau ia akan baik sepenuhnya jika saya mengawal aktiviti menonton dan menggunakan gadjet pada anak saya berusia 8 tauun ini..?

    ReplyDelete
  2. apakah rawatan pemulihan selain dari menghindarkan diri dari gadjet? adakah fisio lain yang dapat menghilangkan rabun palsu ini..?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...