Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Thursday, May 19, 2011

KeSuDaHaN CeRiTa BaGi PeSaKit YaNg MeMpunYai KaTaRaK

Doktor, saya mempunyai kabur penglihatan sejak kebelakangan ini. apa yang menghairankan, penglihatan saya semakin teruk kaburnya sejak dua menjak ini. Umur yang lewat 50-an, mempunyai kencing manis, dan anda bekerja dengan dedahan cahaya matahari yang banyak, anda mungkin mengalami KATARAK ini. Apakah itu KATARAK????

KATARAK ialah satu penyakit mata yang disebabkan oleh kanta mata yang terdapat didalam mata menjadi tidak lut cahaya lagi. Apa yang dilihat tidak lagi dapat difokus dengan jelas dan pandangan menjadi kabur.


Kanta mata yang lut cahaya (atas) dan kanta mata yang ada katarak (bawah) dan tidak lagi lut cahaya.

Apa yang terjadi pada penglihatan adalah seperti berikut:-

Apabila mata mempunyai katarak, cahaya tidak dapat difokuskan akibat penyerakan cahaya berlaku dalam mata dan akhirnya pandangan menjadi kabur.

Itulah serba sedikit mengenai KATARAK. Apakah penyelesaian terakhir untuk penyakit ini?? Jawapannya adalah pembedahan. Pembedahan ini ringkas sahaja. Ada banyak jenis pembedahan KATARAk ini, tapi anis suka untuk terangkangkan jenis phacoemulsification di ruangan yang terhad ini.

Inilah mata tanpa KATARAK


Ini pula mata dengan KATARAK

1. Anak mata akan dibesarkan bukaanya dengan menggunakan ubat titis (agen midriatik). Mata akan disuntik dengan ubat bius. Kemudian, kelopak mata ini akan dibuka dengan alat khas iaitu spekulum untuk menarik kelopak mata semaksima mungkin untuk memudahkan prosedur pembedahan dan juga untuk menimikan kelipan mata. Kemudian, mata akan ditebuk dengan lubang sebesar 3mm. Kemudian dimasukkan pewarna untuk mewarnai kapsul kanta yang hendak dibuang.

Anak mata(hijau) dibesarkan semaksima mungkin dan dimasukkan pewarna untuk mewarnai kapsul kanta.

2. Melalui lubang yang sama, kini dimasukkan cecair seperti jeli (viscoelastic) untuk mengekalkan keadaan mata sepanjang prosedur pembedahan. 

Cecair viscoelastic dimasukkan ke dalam ruang mata untuk mengekalkan bentuk mata sepanjang pembedahan dijalankan.

3. Doktor akan membuang sebahagian daripada kapsul di hadapan kanta mata untuk memudahkan kanta dibuang selepas daripada itu.

Sebahagian daripada kapsul kanta mata dibuang.

Dan sekarang apabila kapsul kanta telah dibuang, bahagian korteks dalam kanta terdedah dan memudahkan proses membuangnya.

4. Satu alat berultrasonik tinggi dimasukkan ke dalam mata untuk memecahkan korteks kanta mata yang telah tidak lut cahaya tadi. Doktor akan membuangnya daripada sebahgian ke bahagian yang lain. 

Dibuang sebahagian demi sebahagian sehinggalah habis.

5. Kanta mata akan disedut ke dalam alat ultrasonik tersebut untuk mengosongkan kapsul kanta. Kapsul kemudian diratakan di bahgian belakangnya.

Kanta disedut kedalam alat berultrasonik.

6. Kemudian kanta dalam mata (intraocular lens) dimasukkan ke dalam ruang mata yang telah dikosongkan tadi selepas dibuang kanta mata yang telah kabur dan tidak lut cahaya itu tadi.

Kanta dalam mata (IOL) ini akan dilipat untuk dimasukkan ke dalam mata melalui lubang 3mm tadi.

Inilah rupa kanta dalam mata (IOL) yang akan dimasukkan ke dalam mata selepas kanta mata asli dibuang.

7. Kanta dalam mata kemudian akan dilekatkan di dalam mata untuk memastikan kanta tidak bergerak dan selamat untuk digunakan. 

Kanta dalam mata dilengkapi dengan dua pemegang untuk memegang kanta dalam mata.

Mata yang telah siap dibedah akan dibuang cecair viscoelastic dan kemudian ditutup lubang pembedahan 3mm yang dibuat tadi. Amat susah untuk diterangkan keadaan sebenar mengenai pembedahan ini secara jelas. Jika berani sila klik video di bawah ini:-


Selamat menjaga kesihatan mata. Dengan mengamalkan diet dan pemaknan yang sihat serta kurangkan gula, ini dapat melambatkan proses pembentukan 'sugar cataract' a.k.a katarak akibat kencing manis. Mengamalkan penggunaan kaca mata hitam a.k.a sunglasses juga dapat melambatkan proses pembentukan katarak ini.

Sebelum pembedahan

Semasa pembedahan

Selepas pembedahan

Selamat mencegah dan beramal.....=))



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...