Bangun pagi hari ini sangat bersemangat. Mula-mula sarapan dahulu sebelum bertolak ke kedai optikal tersebut yang terletak di Bandar Baru Selayang. Maklumlah mungkin tiada peluang untuk makan tengah hari ke nanti?. Tapi memang nasib menyebelahi anis. Sesudah menghabiskan nasi lemak dan teh tarik, anis ingin memulakan perjalanan dengan menaiki kapcai kesayangan. Tiba-tiba terserempak dengan pakcik bas yang baik di kolej anis ini dan dia sudi untuk menunjukkan jalan ke arah Bandar Baru Selayang berdekatan dengan stadium itu. Kami menaiki moto yang berlainan. Aduh penat ikut moto yamaha LC dengan hanya anis menaiki modenas kriss. Kami sampai di sana agak awal. Perjalanan cuma mengambil masa 30 minit sahaja dari kolej ini. Alhamdulillah.....
Inilah pak cik yang baik tuh....terima kasih pak cik
Sesampainya anis di sana, kelihatan kedai optikal ini masih tertutup rapi. Apa yang lebih memeranjatkan apabila ada sebuah lori di hadapan kedai tersebut. Alangkah terkejutnya saya, di dalam lori tersebut tersebut terdapat semua barangan kedai yang ingin dipindahkan. Tetapi anis disergah oleh seorang lelaki iaitu pemilik kedai optikal tersebut yang juga optometris yang bertugas di situ. Wah syukur akhirnya anis berpeluang berjumpa juga dengan beliau.
Rupa-rupanya barang yang diangkut tersebut adalah kepunyaan kedai di tingkat atas. Hahahahaha kedai optikal itu tidak tutup sebenarnya. Kedai atas rupanya. Wakene beb!!!!! memang istimewa.
Dah habis gelak anis mulakan tugaslah pada hari ini. Pada hari pertama, biasalah ada penerangan sikit-sikit. Selepas itu, mulalah tugas pertama iaitu mengelap cermin almari berkaca. Walaupun perkara yang biasa, namun ianya suatu luar biasa sebab hari ini adalah istimewa.
lap-lap almari berkaca.
Selepas itu, belajar potong kanta cermin mata di kedai tersebut. Perkara biasa yang dilakukan seperti rutin di makmal. Tapi apa yang lainnya adalah disebabkan semua kerja pemotongan perlu dilakukan cepat berdasarkan permintaan pesakit. Wah sesuatu yang amat baru bagi anis yang masih bergelar siswi optometri ini. Banyak yang harus diperbaiki dan anis terima ianya sebagai suatu cabaran.
Lepas itu, mulalah melayan pelanggan yang datang ke kedai optikal Mellinium Vision Optometris di hadapan stadium MPS ini. Pelanggan itu seorang pemuda yang ingin membeli cermin mata. Pum Pang Pum Pang....dah siap. Ok, satu lagi dah selesai.
Inilah pemilik kedai tersebut.
Inilah serba sedikit biodata beliau.....
Beliau pernah masuk akhbar suatu masa dahulu. Wah famous gitu.
Beliau juga pernah masuk majalah Pa&Ma.....
Ini majalah apa ye???
Ini pun ada....
Amat bangga dengan kejayaan anak melayu macam beliau...
Beliau amat berdedikasi
Mempunyai banyak pengalaman dalam optometris ini....
Banyak sangat majalah sampai lupa dah...
Ni sambungannya.....
Itulah kisahnya tentang sebuah kisah di hari pertama posting, mungkin tiada yang istimewa sangat tapi nilainya sangat istimewa bagi anis......terima kasih sebab sudi singgah dan baca......
sy penah keja kat kedai cemin mata..sebgai pembantu kedai je..tp byk juga ye kena ingat..setiap jenis cermin..nak pilih bingaki cemin yg bersesuaian lg...byk.. xsenang bg sy yg pelupa...he..but..really great experce... kan..he
ReplyDeletesangat setuju...betul tuh. baguslah jika anda pernah mencuba pengalaman ini, terima kasih juga sebab sudi berkongsi di sini.
ReplyDeleteAnis, En Junaidi ni bagus tak dalam fitting RGP?
ReplyDeleteBagus atau tidak susah nak dikatakan. tapi en junaidi ada peralatan seperti keratometri dan slit lamp untuk pemasangan RGP. Setakat yang anis tahu, en junaidi memang ada jadi supervise CL clinic juga. Beliau bagus juga.
DeleteSalam.. nak tnya yang kedai akak posting ni memang dia terima sorang student je ke untuk practical?
ReplyDelete