Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Thursday, May 19, 2011

Tahukah Anda 10#?????

Gambar hiasan.

Adakah anda seorang yang menggilai kaca mata hitam seperti Farah Fauzana a.k.a Fafau ker?? Jika yer, tahukah anda, kaca mata gelap ini mempunyai keistimewaanya tersendiri. Apa istimewanya??? Kaca mata gelap ini istimewa kerana ia dikenali dengan pelbagai nama di seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah jika kaca mata ini turut digilai oleh pengeluar untuk berlumba-lumba menghasilkannya.

Bukan kerana tuan kaca mata yang istimewa, tapi kaca mata hitam yang istimewa.

1. Di Utara Amerika, ia dikenali sebagai shades.

2. Jika di India, kaca mata dikenali dengan dua nama. Jika ianya sangat gelap, digelar glares, tapi jika ianya kurang gelap, ia dikenali sebagai coolers.

3. Tapi kebanyakan orang panggil ianya sebagai sun spectacles ataupun sun glasses ataupun singkatannya sun specs.

4. Di Selatan Australia, ia dikenali sebagai spekkies.

5. Bagi jenis yang boleh diletakkan di depan kaca mata sebagai sunglasses, ini dikenali sebagai sun-shades.

6. Ada juga yang memanggilnya dark glasses....macam direct translation pulak.

7. Kalau di Australia, UK ataupun New Zealand, nama manjanya ialah sunnies...hahahaha.

8. Kalau ianya dipakai oleh orang buta, kaca mata ini digelar smoked spectacles.

9. Jika saiz kaca mata hitam yang terlalu besar, ianya lebih sesuai digelar solar shields.

10. Tapi jika ianya bersaiz yang terlebih besar, ianya sesuai dipanggil stunna shades.

11. bagi orang Scottish, mereka panggil kaca mata hitam sebagai glecks.

12. Jika di dunia Arab pula, mereka suka memanggilnya sebagai cooling glasses.

Gambar hiasan.

Tidak kisahlah apa yang dipanggil, itulah keistimewaanya. Namun, bentuk, rupa dan kegunaannya sama sahaja. 

Sekian.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...