Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, May 14, 2011

LaWaTan SeBenTaR Ke KiLaNg MemBuAt ALat BaNtu PengLiHataN TeRHaD

Lawatan sambil belajar ke Kilang Telesensory.


3/5/11(Selasa)
4.30 p.m 
Kami bertolak daripada Kilang Kanta Sentuh dari Gelang Patah ke Senai. Ini bagi melawat ke Kilang membuat alat bantu pesakit penglihatan terhad. Kami merupakan kumpulan pertama yang membuat lawatan ke sana. antara alat bantuan penglihatan yang dibuat di sini termasuklah CCTV untuk pesakit penglihatan terhad, PICO dan sebagainya.


Antara alatan yang dikilangkan di sini.

5.30 p.m
Setelah berhempas pulas mencari lokasi kilang berbekalkan alamat yang diberikan, akhirnya kami sampai ke kilang ini. Ini memandangkan lokasi kilang yang sedikit tersorok di Kawasan perindustrian Senai Johor, akhirnya kami tiba di Kilang tersebut tepat pukul 5.30 petang. 


Lokasi kilang yang agak tersorok di Kawasan Perindustrian Senai, Johor.



Ketika kami sampai di sana, kilang ini sudah hampir tutup. Maklumlah sudah pukul 5.30petang. Semua pekerjanya sudah bersiap untuk balik. Namun kami disambut baik oleh pihak kilang yang telah membuat persiapan menunggu ketibaan kami. Memandangkan kilang ini agak kecil, kami mempunyai peluang juga utnuk melawat sekitar kilang tersebut.Wah ramah sungguh pemilik kilang ini sehinggakan sanggup membuat overtime demi menunjukkan sendiri kepada kami akan pembuatan dan proses membuat alat-alat bantu penglihatan terhad di sini.


6.15 p.m
Setelah selesai lawatan di sekitar kilang ini, kami dihidangkan dengan jamuan ringan. Kini kami dihidangkan dengan kek pisang dengan air kotak krisantimum. Wah rezeki lagi. Seronok betol jalan-jalan dalam Malaysia ini, asyik boleh makan sahaja. Walaupun sudah minum petang, namun minum jer sekali lagi. 


Makan kek pisang.

pekena pula air kotak teh yang sejuk.


Walaupun leka menikmati kek pisang dengan minuman masing-masing, pihak kilang sempat lagi memberikan maklumat. Daripada yang diberitahu, kilang ini walaupun kecil, namun ianya satu-satunya di Asia. Kilang ini membekalkan alatan low vision hampir seluruh asia termasukalah taiwan dan jepun. Jika ditanya mengenai persaingan kilang ini, pihak kilang cuma jawab pesaing mereka adalah syarikat daripada Amerika dan Eropah sahaja. Wah bangganya kami kerana kami berjaya menjejakkan kaki ke sebuah kilang yang membuat alatan bantu penglihatan yang ulung di Asia ini.


6.30 p.m
Kini tibalah saat untuk berpisah. Cuaca kini mendung dan hampir hujan. Awan kumulonimbus sudah mulai cemburu dengan kami. Awan yang semakin rendah sudah mula menyelaputi awan kilang terbabit. Namun kami sempat juga bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Maklumlah bukan senang untuk datang ke Kilang Telesensory ini. Sudahalah sesat tadi. Hahahahaha....


keadaan sudah hampir hujan di sini.


Kesimpulannya banyak pengalaman yang kami dapat insya Allah segala ilmu tersebut akan kami gunakan nanti. Terima kasih kepada pihak Kilang Telesensory yang sangat sporting. Sayonara~~~~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...