Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, May 21, 2011

ApaKaH PerBeZaaN AnTaRa JuRuOpTiK, OpToMetRiS dan OfTaLmoLogis??????

Ramai dalam kalangan kita yang masih keliru antara kerjaya optisyen, optometris dan juga oftalmologis. Apakah perbezaan antra kerjaya ini???? Kerjaya ini memang berbeza nama dan fungsinya, namun semuanya berkaitan dengan mata dan penglihatan.

Setakat ini, inilah senarai IPTA dan IPTS yang menawarkan jurusan optometri di Malaysia.
  1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  2. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  3. Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH)
  4. International University College of Technology Twintech (TWINTECH)
  5. Management and Science University (MSU)
  6. SEGI College (SEGI)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Juruoptik
Optisyen atau juruoptik ini adalah seseorang yang menerima latihan untuk memenuhi keperluan preskripsi pesakit. Contohnya mereka melakukan refraksi dan memotong kanta kaca mata.
Dalam erti kta yang mudah, mereka boleh check mata dan potong kanta kaca mata. Mereka tidak dilatih untuk memeriksa kesihatan mata seperti katarak, glaukoma dan sebagainya.

Optometris
Optometris pula adalah seseorang yang professional dalam penjagaan kesihatan mata yang dilatih untuk memeriksa kesihatan mata termasuklah refraksi, memberikan kaca mata dan menguruskan pesakit dengan masalah mata.
Optometris dibenarkan untuk memeriksa pesakit dengan masalah kesihatan mata seperti diabetic retinopathy, katarak, glaucoma dan makular degenerasi.
Dalam erti kata yang mudah, mereka boleh check kesihatan mata termasuklah untuk mendapatkan power kaca mata dan memeriksa penyakit mata yang lain.

Pemeriksaan kesihatan mata.

Menerangkan mengenai penjagaan kesihatan mata.

Oftalmologis
Oftalmologis adalah seseorang pakar dalam hal kesihatan mata dan juga pembedahan mata. Oftalmologis adalah seorang ahli perubatan ynag melanjutkan pelajaran dalam bidang pakar mata. Mereka adalah pakar perubatan khususnya dalam bidang berkenaan mata.

Secara ringkasnya, apa yang dapat saya simpulkan di sini, optisyen adalah yang memenuhi kehendak pesakit yang memerlukan kaca mata. Optometris pula dirujuk utnuk memeriksa keadaan kesihatan mata yang tidak dapat diperiksa dan dikenalpasti oleh optisyen sebelum dirujuk kepada oftalmologis untuk pemeriksaan mata lanjut dan juga pembedahan jika perlu. Itulah kesinambungan kerjaya optisyen, optometris dan juga oftalmologis yang berkisar tentang mata.

Apa yang anis nak kongsikan di sini, optometris adalah bukan doktor, namun mereka arif tentang kesihatan mata. Mungkin video ini dapat jelaskan sedikit banyak tenatang kekeliruan ini.

Amacam???


Setakat ini, Malaysia belum mengiktiraf optometris untuk gelaran eye doctor seperti di USA, Australia dan lain-lain. Tetapi, mungkin satu hari nanti akan jadi kenyataan.

Sekian........semoga dapat membetulakan perspektif semua pembaca.

7 comments:

  1. Nice info. Hehhehe. Saya student optometri UiTM. Selamat berkenalan. =D

    http://sayasibudakopto.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. SAYA STUDENT DENTISTRY UITM . dan sangat berminat dengan OPTO . tapi kena tumpu minat sepenuhnya kepada DENTISTRY :))))

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kalau saya lepasan matrikulasi jurusan Sains fizikal pon boleh ambil jurusan Optometrik ke? ke kene ade subjek biologi jugak? tp masa spm sy ambil biologi..harap dpat respon ASAP😊😊😊

    ReplyDelete
  5. Bagaimana nombor negatif digunakan untuk membuat kanta cermin mata?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...