Pemandangan jarak dekat KLCC....wow
sedar tak sedar, pejam celik pejam celik sekarang dah habis semester 6 pengajian optometri di UKM ini. Ada orang kata 'hah, baru semester 6!'. tapi ada juga orang kata 'owh dah semester 6'. lain orang lain persepsi dan nadanya. Namun begitu, sedikit masa diluangkan unutk geng optoimetri melayu perempuan keluar ke KLCC bersama-sama sejak sekian lama merancang. apa yang kami buat di sana???
pertama kali kami sampai di sana, kami pergi makan tengahari dahulu. apa yang kami makan?? kami memilih untuk makan Kyros Kebab. kat area mane tuh??? Suria KLCC Food Court, 2nd Floor. Wah enaknya.....
selepas itu, kami pergi menjenguk ke panggung wayang. Apa yang dirancang berjalan lancar. kami ingin menonton wayang Fast and Furious 5 yang ditunggu-tunggu selama ini. Tapi apa yang mengecewakan, kami perlu menunggu lama waktu tayangan. jam menunjukkan pukul 12.30 p.m. namun tiket wayang kami adalah 4.30 p.m. lamanya kena tunggu apa yang nak dibuat.???
Lama teringin lihat Vin Diesel beraksi....
Angan-angan tinggal angan-angan. kami datang lain kali lah.....
tanpa membuang masa, kami terus ke bilik sebelah kaunter untuk melepaskan rasa kecewa kami. di sana, anis sempat menyapa pelancong dari Belanda yang duduk di ruangan itu juga gara-gara tidak dapat naik ke atas skybridge KLCC. Pendek kata memang kena tempah awal tiket di situ dan tidak boleh main terjah jer....everyday is full house.
Pada ruangan ini, disediakan pelbagai informasi mengenai pencakar langit ini.
apabila jam menunjukkan angka 4, kami bergegas untuk masuk ke panggung wayang untuk menonton Fast and Furious 5. Nasib baik ceritanya amat best dan tidak mengecewakan. memang mantap le. apa yang hendak buat lagi di KLCC ni??? kali ni anis mengajak kawan-kawan menikmati pemandangan air pancut di Taman KLCC. kami duduk di sana sehingga maghrib tiba.
pemandangan air pancut hampir senja di Taman KLCC
Pemandangan ketika malam hari sekitar Taman KLCC.
kami solat maghrib. kemudian kami bercadang untuk makan malam di sini. wah sekarang ini anis dan kawan-kawan makan di Food Court tingkat 4 pula. Food court yang terletak searas dengan petrosains tuh.
Masa ini petrosains dah tutup.....
apa yang anis makan? kat sini ade stall Kelantan la. Jom usha-usha apa yang menarik. Jom ikut makan nasi kerabu....wah makan nasi kerabu di KLCC gitu....yang penting nasi kerabu ini ada budu. yummy....
Makan nasi kerabu di KLCC
Setelah selesai makan semua, kami pulang ke rumah masing-masing. jadi, pengajaran kali ini. jika hendak berjalan, rancanglah sebaiknya untuk mengelakkan kekecewaan sebab tidak berpeluang untuk membuat sesuatu perkara. Dan satu lagi, rajin-rajinlah bertanya takut-takut ada yang beratur di barisan yang salah. hahahaha...chill selalu.
No comments:
Post a Comment