Ini merupakan original Ray-Ban Wayfarer
Ada yang mencari mengikut trend terkini. ada juga yang mencari berdasarkan jenama ataupun brand tersohor. ada juga yang mencari mengikut harga yang mahal, berpatutan, mampu milik, murah, dan sebagainya. Namun, adakah anda pasti kaca mata hitam anda selamat untuk melindungi mata anda daripada sinaran matahari yang merbahaya ataupun sinaran UV????
Sinaran UV yang dapat menjejaskan kesihatan mata.
Hati-hati!!!!. Kaca mata yang mahal harganya dan berjenama juga tidak menjamin keselamatan ini. Kenapa anis cakap begini. Owh ada fakta disebalik kualiti kaca mata hitam ini. Kaca mata yang anda beli perlulah kena dengan tujuan pemakaiannya. Jika hanya untuk tujuan kosmetik dan kegunaan untuk bukan aktiviti luar, anda mugkin boleh mengabaikan kriteria untuk melindungi daripada daripada sinaran UV ini. Namun, jika kaca mata hitam anda digunakan untuk kegunaan aktiviti luar, beberapa kriteria perlulah anda pastikan.
Ada juga memakai kaca mata hitam untuk menambahkan keyakinan semasa berada di atas pentas.
1. Kriteria rekabentuk. Rekabentuk kaca mata hitam anda perlulah penuh dan menutupi bahagian mata. Bahagian mata yang ditutup ini adalah untuk melindungi mata daripada stray light yang akan masuk ke dalam mata.
Rekabentuk perlulah menutup semua mata sehinggalah tiada stray light yang dapat masuk ke dalam mata.
Antara kriteria pemilihan adalah rekabentuk temple yang besar untuk menghalang cahaya masuk daripada sisi.
Terdapat pelbagai pilihan kanta yang boleh dibuat untuk melindungi mata seperti polaroid (atas).
Contohnya begini:-
Situasi 1: Kanta yang diluluskan mengikut piawaian yang ditetapkan. Warna kanta kaca mata adalah gelap. Ini dilengkapi dengan piawaian untuk menahan daripada sinaran UV yang berbahaya untuk mata. Jika mata terdedah dengan cahaya, pandangan mata seperti biasa dan anak mata akan menjadi kecil apabila berada di bawah cahaya matahari.
Situasi 1: Anak mata mengecil untuk menyekat cahaya UV yang banyak daripada masuk ke
dalam mata. (kiri)
Situasi 2: Anak mata besar kerana beranggapan mata seperti berada dalam keadaan yang
gelap. (kanan)
Anis berharap semua dalam kalangan pembaca memahami mesej yang anis cuba disampaikan di sini. Jadi, kesimpulannya, kita hendaklah membeli kaca mata yang diluluskan ISO standard seperti:-
Australian Standard (AS/NZS 1067:2003 )
European Standard (EN 1836:2005)
US Standard (ANSI Z80.3-2001).
Jika diluluskan oleh European Standard, ianya akan ditanda sebegini.
Ini yang the latest..tapi jangan lupa cari yang memnuhi kriteria ye...
Good info..Thanks! Tips Pemakaian Kaca Mata Hitam
ReplyDeletesusah dapetin sunglasses kacamata hitam designer ternama nih..
ReplyDeleteapalagi seperti Ray-Ban Classic Wayfarer..ditambah Free Ongkir, Bisa COD dan banyak promo.
Sangat bermanfaat.. thanks sis
ReplyDeleteKat kedai optik kalau beli cermin mata jurujual suruh beli pelindungan uv ia seakan color kuning ADakah cahaya uv smart phone Dan cahaya komputer selamat utk mata,
ReplyDelete