Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Monday, May 30, 2011

Tahukah Anda 15#?????

Berat bebola mata manusia adalah cuma 28 mg sahaja. Namun fungsinya amat besar bagi kehidupan kita. Hargailah ia.

KeLoPaK MaTa BeRFunGSi BaK WiPeR KeReTa???

Pada suatu hari, kelopak mata bersembang dengan wiper kereta. Berikut adalah perbualan mereka.




Wiper: Apakah fungsi awak ni kelopak mata???
Kelopak mata: Owh...aku ni berfungsi untuk meratakan air mata di seluruh depan mata.
wiper: samlah kita. Saya pun berfungsi untuk meratakan air di depan cermin kereta tuan aku ketika hujan dan berkabus.
Kelopak mata: yelah, kita sama. Tapi saya selalu penat, bukan macam awak yang selalu bersemangat untuk berfungsi.
Wiper: siapa yang kata??? berat mata memandang, berta lagi bahu wiper memikul. Saya terpaksa membuat kerja membersihkan cermin ketika bersalji juga. ianya amat berat dan membebankan saya.
Kelopak mata: Owh kesiannya. Jadi, kalau situasi begitu, apa yang akan berlaku pada awak???
Wiper: Saya akan merajuk dengan tuan saya. Saya akan penat berfungsi dan akhirnya rosak. Tuan saya kan baikilah jika ini terjadi. Kenapa awak bertanya begitu???
Kelopak mata: Bila terkenangkan balik situasi awak, saya terkenangkan nasib saya juga. Apalah nasib........
Wiper: Kenapa ni kelopak mata??
Kelopak mata: saya tidak ubah seperti awak. Apabila tuan saya mekap denagn eyeshadow yang tebal, ianya akan membebankan saya. Tidak ubah seperti nasib awak ketika salji.
wiper: tapi tuan awak mahu kelihatan anggun...dia perlukan mekap.
Kelopak mata: Saya tidak kesah jika ianya cuma dipakai seketika. Namun, jika lama, saya juga penat seperti awak. Malah saya tidak mampu lagi dengan dugaan dan bebanan ini.
Wiper: Bertabahlah.
kelopak mata: Jika awak rosak, awak boleh dibaiki. tapi jika saya rosak, siapa mahu ganti????

Perbualan terhenti di situ. Moral of the story, selepas pakai mekap yang tebal, bercelak atau eyeshadow, anda perlu membersihkan mekap itu sehingga begitu bersih. Ataupun jangkitan kuman dan segala penyakit mata akan singgah. Harap maklum......saya turut kasihan dengan cerita luahan hati kelopak mata di atas. Anda kasihan ke tidok??? (baca dengan nada zizan)

Penat sangat......siapa mahu membela nasib kelopak mata????

Tahukah Anda 14#?????

Mata manusia yang normal berkelip sebanyak 12 kali dalam seminit. jika anda sedang ralit atau leka melakukan kerja seperti update blog ker layan fb ker?? jadi kadar kelipan berkurang. Jadi, anda perlu berkelip secara paksa dan sedar untuk mengelakkan kejadian seperti mata merah dan penat.

Mata perlu berkelip utnuk meratakan air mata yang membantu mata melihat jelas dan membuang kekotoran pada mata.

Tahukah Anda 13#?????

Mata manusia ini dicipta oleh Allah dengan kelebihan dapat membezakan 500 shades pelbagai warna yang berbeza termasuklah warna kelabu.

500 pelbagai warna....masha Allah...

Tahukah Anda 12#?????


Bersin untuk keluarkan ketidakselesaan di dalam rongga pernafasan....

Apakah agaknya terjadi kalau mata kita bersin dengan mata terbuka. Wah takutnya. Apapun photoshop ini, semuanya menunjukkan betapa cantiknya kejadian bersin ini yang dicipata oleh Allah. Hikmah bersin dengan menutup mata:-

1. Mengelakkan tekanan yang tinggi dalam rongga badan daripada menolak bebola mata terkeluar.

Macam ni....boleh jadi ker???

2. Ini memungkinkan habuk yang masuk dalam hidung dan salur pernafasan tadi tidak lagi masuk semula dalam ruang badan seperti mata.

Habuk yang keluar ketika bersin jika boleh dilihat....

3. Ini juga bagi mengelakkan hingus keluar melalui mata kalau bersin ketika demam. macam mane tu??? hahahaha

Hingus boleh juga keluar jika tidak tutup mata disebabkan rongga hidung dan mata bersambungan.

Setiap kejadian pasti ada hikamahnya......

SiApA YaNg PaLinG SeSuAi PaKai SuNgLaSseS???

Sunglasses......keperluan atau kemahuan????

Jawapannya pasti pelbagai. Tapi tahukah anda ianya suatu keperluan dan bukan lagi kemahuan iaitu untuk kosmetik sahaja. Namun, siapakah yang paling sesuai dipakaikan sunglasses ini....???? Jawapan yang tepat adalah si manja anda. Ish.....bukan main si cilik sekarang ini. Tapi ianya fakta. Ini berdasarkan satu artikel yang saya perolehi daripada majalah Vision.


Sunglasses penting untuk melindungi kanta dalam mata si manja ini.


Menurut majalah itu, kanta mata kita adalah begitu transparent dan clear apabila lahir iaitu lebih kurang 95%. Namun, setelah berumur 6 bulan, kanta mata akan mula menjadi kurang transparent ke 80%. dan apabila kajian dilakukan pada kanak-kanak 8tahun, kanta mata sudah menjadi kurang jelas sehingga 75%. Alangkah terkejutnya kita.

Kanta baru lahir seperti ini....95% transparent dan clear

Ya, ianya semulajadi namun transparency ataupun penglihatan jelas perlu untuk zaman kanak-kanak ini. Tambah-tambah lagi jika anak andalah yang paling lama terdedah dengan UV apabila bermain di halaman rumah dan berada di luar rumah seperti ke sekolah dan bersiar-siar.

Kalau tidak mampu beli sunglasses, pakaikan topi pun OK....

Di negara perindustrian, mereka sudah jalankan kempen untuk melindungi kanak-kanak daripada sinaran berbahaya ini dnegna bermain dengan memakai topi. kerana sinaran UV tinggi di kawasan yang ozonnya nipis dan ianya boleh dipancarkan oleh sinaran UV daripada pantulah air laut dan salji.

Salji pun bahaya...pancarkan sinaran UV daripada matahari juga....

Pantulan UV oleh air laut ataupun kolam pun bahaya......

Jika dahulu, sunglasses dan topi dianggap kemahuan kita, namun di zaman sekarang , terutamanya penduduk kota raya yang terdedah dengan UV ini, sunglasses dan topi adalah keperluan lagi untuk si manja anda.

Jika susu dan makanan amat dititikberatkan dalam proses tumbesaran, fikirlah sekali lagi. Sunglasses dan topi juga penting untuk melindungi mata dalam proses pembesaran mata. Maklumlah 85% daripada pembelajaran kita adalah hasil bantuan penglihatan kita. Sewaktu kecil inilah semuanya perlu jelas.

Selamat melindungi yang tersayang.....=))

BaGaiMaNa MaHu MemiLiH fRaMe YaNg SeSuAi???

Alamak......perkara yang paling tidak suka dilakukan. Tapi terpaksa dibuat sebab spect yang selalu dipakai sudah patah. Tidak suka kerana susah dan cerewet untuk memilih?? Lagipun dah selesa dengan spect yang dahulu!!!!. Jangan risau saya ada jawapannya.

Pertama sekali, anda perlu ambil pembaris dan frame yang sudah patah itu. Sila ukur semua parameter yang diberi seperti di bawah, iaitu:-


1. Lebar kanta spect
2. Tinggi kanta spect 
3. Lebar bridge
Format pengukuran

Kemudian, anda perlu ke kedai kaca mata yang bertauliah untuk memilih jenis frame yang sesuai dengan anda. Bagaimana??? Anda perlu mencari frame baru spect anda berdasarkan nilai yang diukur tadi. Nilainya mestilah lebih kurang 1-2 mm sahaja bezanya daripada frame yang biasa anda pakai itu. Nilai yang diambil kira biasanya lebar dan tinggi kanta. lebar bridge biasanya tidak menjejaskan sangat keselesaan nanti.

Cara kedua, ambil spect lama yang patah tadi. Kemudian perhatikan di kaki sisi sebelah dalam spect, ada tulisan kan??? Ambillah bacaan kanta tersebut.

Seperti ini.....cuba anda perhatikan______!

Ada makna tanda tulisan tersebut.....


Tanda itu mungkin tertanggal jika frame sudah lama atau lasak digunakan, jika ada tanda ini, kaedah kedua ini boleh digunapakai.

Ia memberi maksud seperti ini....so kerja dimudahkan.

Pilihlah bentuk yang sesuai dengan muka anda. biasanya bentuk bujuk dan segi empat dapat disesuaikan dengan semua bentuk muka. Selamat mencuba!!!!....=))

JoM JiMat EleKtRiK VeRsi OpToMeTRi

Apabila terjumpa artikel mengenai jimat elektrik seperti ini, apakah tindakan anda??? apakah anda terfikir???

Tidak jelas sangat...tapi amat berguna

Apabila anis terjumpa artikel ini, anis sebagai pelajar optometri ini terfikir bagaimanakah cara anis sebagai salah seorang optometri boleh berjimat cermat dalam bidang kerja mahupun kehidupan seharian. Harga bil elektrik juga turut menaiki kenaikan dek kerana bebanan subsidi kerajaan yang tinggi dan harga bahan bakar meningkat.

Kadar tarif elektrik naik lagi....jom jimat rakan-rakan

Jadi apakah tindakan yang optometri boleh gunakan untuk kurangkan penggunaan tenaga elektrik ini??

1. Antaranya adalah dengan mengurangkan masa penggunaan peralatan elektrik seperti lampu pada carta. Jadi, kami selaku pelajar optometri haruslah belajar menggunakan peralatan ini supaya menjimatkan masa penggunaanya.

Penggunaan lampu penting...penting bukan bermakna perlu dibazirkan...jom jimatkan elektrik

2. Sila tutup suis peralatan jika tidak digunakan. Contohnya slit lamp biomikroskop, lampu bilik refraksi dan sebagainya.

Lampu slit biomikroskop ini amat penting sebagai gadget optometri dalam pemasangan kanta sentuh. Gunakannya dengan bijak. Jom jimat......

2. Penggunaan penghawa dingin dan kipas dengan bijak dan jimat. Kurangkan masa penggunaan peralatan ini. Berubah kepada angin semulajadi ke??? hahahaha boleh ker???

Pendingin hawa ke penghawa dingin ek?? xpelah papepun.....jom jimat!!!!

Nampak kecil, namun ini pun kena jimat juga.....jom jimat....

3. Penyusunan perabot dan peralatan juga penting. Ini penting untuk pencahayaan dan juga menjimatkan penggunaan lampu. Susun perabot supaya lebih banyak cahaya terus dapat sampai ke tempat sasaran. Mankala, jika ianya berdekatan dengan kawasan luar, anda juga boleh mengharapkan cahaya matahari daripada luar untuk menerangi ruang pejabat anda. Pemilihan jenis lampu juga penting. Pilihlah lampu yang lebih mesra voltan yang boleh menjimatkan penggunaan elektrik.

Susunan perabot dalam ruangan pejabat juga penting.....jom bijak dan jimat.....

4. Sila cas handle peralatan yang digunakan seperti retinoskop dan oftalmoskop cuma apabila baterinya betul-betul habis. Anda juga boleh memanjangkan usia handle anda. Jangan membazirkan tenaga dengan memasang cas terlalu lama dan penggunaanya juga perlulah dijimatkan juga.

Retinoskop dan oftalmoskop.....cas bila betul-betul habis....jom jimat....

5. Jika terdapat peralatan lain, anda juga perlulah pandai berjimat cermat untuk menggunakan peralatan keperluan ini. Contohnya seperti mesin basuh dan juga peti sejuk.

Inilah tabiat buruk yang perlu dielakkan, buka pintu peti sejuk lama-lama.....bazir jer...jom jimat!!!

Itulah cadangan yang anis terfikir untuk sama-sama kita lakukan demi menjimatkan elektrik sebagai optometri. Penggunaan yang banyak bekalan elektrik tidak bermakna anda bijak menilai sesuatu penyakit, namun jika anda boleh menilai sesuatu penyakit dengan pandai berjimat bekalan elektrik inilah yang lebih bijak sebenarnya. 

Sumber: www.switch.org...jom jimat!!!!

Marilah kita sama-sama menyahut cabaran ini demi misi menjimatkan elektrik.....yeah!!!!!.

Sunday, May 29, 2011

KeCeDeRaaN MaTa

Pada minggu lepas, kita dikejutkan dengna berita tentang kejadian buli yang berlaku di sekolah yang mengakibatkan seorang kanak-kanak hilang penglihatan dan buta akibat tusukan pensel oleh rakannya.

Kredit untuk akhbar Utusan.

Apabila terbaca kisah mengenai murid ini tersiar, ia mengingatkan saya akan kisah pensyarah saya yang menyatakan bahawa, di sekolah private di ibu kota, pensel mekanikal@pensel tekan tidak dibenarkan digunakan di sekolahberkenaan.Mungkin inilah relevannya.

Aziz Desa dalam rancangan nasi lemak kopi O

Apabila melihat rancangan nasi lemak kopi 'o' di TV9 pula, teringat saya kata Aziz Desa bahawa, 'kita perlu mengajar anak kita daripada kecil supaya menggunakan sesuatu itu pada tempatnya, contohnya pensel untuk menulis bukan untuk mencucuk mata orang'.

Anis kali ini bukan hendak promo apa-apa. Cuma ingin berkongsi tentang kecederaan mata. Kecederaan mata adalah salah satu penyumbang kepada kebutaan yang tertinggi di dalam persekitaran kita. Ianya boleh disebabkan pelbagai sumber termasuklah simbah bahan kimia dan juga tusukan pensel ini.

Jenis-jenis kecederaan mata

Kecederaan mata ini boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu tusukan benda tajam atau tumpul. Jika benda tajam, ianya sama ada tertusuk di mata di sebelah bahagian sahaja ataupun di dua-dua bahagian. Ini termasuklah kisah tusukan benda tajam seperti pensel, pisau dan sebagainya.

Contoh kecederaan tusukan tajam.

Kecederaan mata akibat tusukan benda tumpul.

Jika tusukan tumpul pula, ianya boleh terbahagi kepada kecederaan di dalam mata atau diluar mata. Jika di dalam mata, ianya akan menjejaskan struktur dalam mata seperti iris, kanta mata dan saraf mata. Ianya boleh berpunca daripada objek tumpul yang menghempap mata seperti bola tenis, bulu tangkis dan juga penumbuk. Jika benda tumpul yang melibatkan kecederaan luar daripada bola mata, ianya akan melibatkan tulang soket mata yang pecah. biasanya berlaku di bawah soket mata. Inilah yang menyebabkan mata akan terjatuh ke bawah sedikit daripada biasa, pendarahan, tisu dan lemak akan berkumpul bawah mata dan mata akan nampak dua.

Inilah kesan kecederaan mata akibat benda tumpul

Inilah kesan serpihan besi yang masuk ke dalam mata semasa menukul paku.

Jadi, setiap kecederaan yang berlaku pada anda walaupun ianya nampak kecil, ianya perlu dirujuk tambah-tambah lagi jika ianya melibatkan organ yang penting seperti mata. Seperti pensel, ianya tidak bahaya. namun, kecelakaan boleh berlaku yang diakhiri dengan episod ngeri iaitu HILANG PENGLIHATAN @ BUTA.

BaSuH SeHingGa BerSiH.......

Setiap benda yang dipakai haruslah dibasuh setiap kali selepas digunakan malah anda harus bersihkan sesuatu benda itu sehinggalah bersih. Contohnya pinggan mangkuk, pakaian, kereta, dan sebagainya. Ini termasuklah kanta sentuh yang selalu dipakai untuk mata dan penglihatan anda. Tapi adakah anda pasti anda membasuhnya cara yang betul dan ianya dibasuh sehingga bersih????

Kesihatan mata perlu dijaga, termasuklah kebersihan kanta sentuh yang dipakai

Pertama sekali saya ingin bertanya, 'apakah cara yang anda selalu gunakan untuk membasuh kanta sentuh anda??'. Tahukah anda ada di antara pesakit anis yang mempunyai komplikasi kanta sentuh akibat cara membersihkan kanta sentuh yang tidak betul. Antara komplikasi kanta sentuh yang sering dikaitkan adalah giant papillary conjunctivitis (GPC). 

Anda nampak??? GPC yang terbentuk di belakang kelopak mata...ini pesakit anis. Bentuk pun memang menyerupai kanta sentuh...bulat jer....

Inilah lukisan gambarajah GPC pada kelopak mata yang disebabkan kanta sentuh yang tidak bersih

Bagaimana ianya berlaku??

Inilah gambaran kanta sentuh yang berada di hadapan mata dan akan bergesel dengan kelopak mata ketika berkelip.

Ianya berlaku apabila kanta sentuh kita tidak dibersihkan dengan betul. Kekotoran masih melekat di bahagian depan kanta sentuh. Apabila kelopak mata berkelip, ianya akan bergesel dengan permukaan kanta sentuh yang kotor tadi. Ini kan menyebabkan reaksi mata kita seperti gatal dan keluarnya lendir daripada mata yang tidak selesa apabila terdedah dalam satu jangka masa yang lama.

Ini yang versi teruk sikit...ni mesti matal terasa gatal sangat....

Jadi bagaimanakah cara membasuh kanta sentuh yang betul??? 

Antara cara membersihkan kanta sentuh yang betul dan tidak betul....

-Anda perlu membersihkan kanta sentuh anda daripada tengah kanta ke luar kanta. Anda perlu menggunakan isi hujung jari telunjuk anda. Anda tidak boleh menggunakan kuku anda untuk membersihkan kanta sentuh. Ini mungkin akan merosakkan kanta sentuh anda. Anda juga tidak boleh membersihkan kanta sentuh secara membulat ataupun cicular. ini akan menyebabkan kekotoran kanta sentuh akan berkumpul di sekeliling kanta sentuh. Kanta sentuh yang tidak begitu bersih inilah yang akan menyebabkan adanya komplikasi kanta sentuh.

Antara tips membersihkan kanta sentuh

Kanta sentuh dan cecair pembersih dicipta supaya selamat. Tinggal sedikit usaha kita sahaja yang perlu untuk menjamin kanta sentuh berada dalam keadaan yang optimum.

Sekian. Selamat mencuba.=))

Friday, May 27, 2011

Tahukah Anda 11#??? ::TRaNSitioNs Vs PhoToChRoMiC::

Adakah anda seorang yang menggilai kanta yang boleh berubah warna apabila di tempat yang panas dan akan jadi jelas apabila berada di dalam bangunan. Contohnya seperti ini.....

Ini dalam bangunan.....

Ini pula luar bangunan.....

Optometris menggelarkannya  sebagai kanta transitions. Namun, jika anda ingin membelinya, anda perlu pastikan bahawa anda mendapat produk yang betul. Anda mungkin terkeliru antara transitions dengan kanta photochromic. Kedua-duanya mempunyai kesan yang sama. Kedua-duanya berfungsi untuk menapis sinaran UV yang akan masuk ke dalam mata. Apa perbezaannya???

Jika transitions, kantanya diselaputi oleh lapisan di bahagian depan dan belakang kanta setebal lebih kurang 150 mikrons meter yang berfungsi untuk yang bertindak balas dengan sinaran UV dan kanta akan bertukar warna menjadi gelap. Jadi. kanta ini akan mencapai warna gelap yang cepat dan lebih sekata. Kanta ini juga cepat bertukar warna daripada gelap kepada cerah jika beralih dari luar bangunan ke dalam bangunan.

Gambar atas adalah gambar photochromic dan bawah gambar transitions.

Tetapi, jika kanta tersebut adalah kanta photochromic, kanta tersebut mempunyai molekul di dalam kanta itu tersendiri dan molekul-molekul inilah yang akan bertindak balas dengan sinaran UV untuk menukarkan warna kanta menjadi gelap. Oleh sebab itulah, bagi kanta jenis photochromic ini, kanta ini akan mengambil masa yang agak lama untuk menjadi gelap berbanding kanta transitions kerana ianya dipenagruhi juga faktor ketebalan kanta dan gelapnya juga agak kurang cepat bertukar ke arah cerah jika berada di dalam bangunan.

Kanta photochromic lambat bertukar menjadi gelap jika dari dalam bangunan ke luar.

Kanta lambat menjadi cerah semula jika dari luar ke dalam bangunan.

Itulah sahaja yang ingin dikongsi. Harga juga berlainan juga. Transitions jauh lebih mahal berbanding kanta photochromic ini. Sekian.... beringat-ingatlah ya, jangan sampai tertipu.







ALaHai.....JanGanLaH BeRKiRa SaNgat UntuK DiRi SenDiRi..!!!!!

Habuk yang berterbangan, kesan cap jari, berminyak dan kesan calar.

Tahukah anda!!! Kesan calar, kesan cap jari, kekotoran dan sebagainya di depan kanta kaca mata anda boleh membuatkan anda berasa sakit kepala dan eye strain. Eye strain ini berlaku jika otot di dalam mata berkerja berlebihan.

Eye strain@mata penat......

Mata penat akibat banyak buat kerja.

Janganlah jadi sampai ke tahap ini.....hahahaha

Bawak-bawaklah berehat ye...tenang minda dan tenang minda.

Jadi, pesanan saya adalah anda tidaklah perlu kedekut sangat dengan diri anda sendiri. anis mengambil contoh seorang pesakit yang datang dengan kaca mata yang penuh calar dan dia mengadu sangat kerap sakit kepala sejak dua menjak ini. Apabila ditanya, spect yang dipakai sudah mencecah lima tahun. Nah, inilah natijahnya akibat berjimat-cermat sehingga tahap menyakitkan mata sendiri!!.

Jangan jadikan alasan berjimat sehinggakan membahayakan dan menzalimi diri sendiri

Anis juga berpesan, jika kanta cermin mata anda kotor, rajin-rajinlah untuk lap kekotoran yang terdapat seperti biasa. Kekotoran ini tidak ubah bertindak sebagai 'penghalang' untuk melihat jelas. Inilah yang menyebabkan mata perlu berkerja keras untuk melihat objek dengan jelas.

Contohnya seperti ini...seperti ada penghalang kepada mata untuk melihat jelas....

Itulah sahaja pesanan setakat ini. Selamat beramal.....=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...