Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, April 20, 2011

OBeSiti Dan KaiTannya Dengan Mata

Obesiti selalu dikaitkan dengan pelbagai penyakit kardiovaskular dan penyakit sistemik. Sehinggakan sekarang, hangat diperkatakan tentang isu murid obesiti di sekolah-sekolah. Namun, tahukah anda obesiti ini juga ada kaitannya dengan mata.


Awas!!! Jika anda seorang lelaki dan anda juga mengalami obesiti, anda mempunyai masalah seperti ini.


Kelopak mata atas senang diterbalikkan dan adanya cairan lendir akibat keradangan kelopak mata

ataupun kelopak mata pernah terjadi macam ini.

Macam ni ker?????


Penyakit seperti ini, kami menggelarkannya sebagai 'floopy eyelid syndrome' atau singkatannya FES. FES ialah satu penyakit mata dimana keadaan kelopak mata pesakit menjadi longgar, mudah berlipat apabila digosok serta kelopak mata senang diterbalikkan. Keadaan kelopak mata pesakit terdedah untuk mempunyai satu keadaan penyakit yang lain iaitu 'papillary conjunctivitis' ataupun keradangan pada kelopak mata terutamanya kelopak mata atas. 


Kelopak mata menjadi longgar dan mudah diterbalikkan



Apa yang merisaukan, keadaan kelopak mata yang senang berlipat dan mudah diterbalikkan ini akan menyebabkan mata terdedah kepada geseran bebola mata pada bantal dan tilam semasa tidur. masha Allah bahayanya.


Keradangan pada kelopak mata akibat geseran dengan bantal dan tilam terutamanya semasa tidur


Biasanya keadaan ini susah dilihat pada keadaan biasa. Walaupun ada juga kes penyakit ini dalam kalangan orang normal, namun begitu kebanyakannya adalah pesakit dengan masalah obesiti. Pesakit dengan FES ini juga sering mengatakan mereka selalu mendapat ketumbit yang sakit, kelopak mata susah dibuka semasa bangun daripada tidur dan juga banyak tahi mata.


Ketumbit yang sering muncul


Dan keadaan kelopak mata begini juga sering dikaitkan dengan satu lagi masalah lain iaitu obstructive sleep apnea (OSA). Obstructive sleep apnea adalah satu penyakit yang menyebabkan anda selalu terjaga daripada tidur pada waktu malam akibat gangguan pernafasan. Ini juga sering diikuti dengan dengkuran yang kuat akibat salur pernafasan yang tersepit semasa tidur.


Dengkuran adalah petunjuk baik untuk melihat samada anda terdedah kepada penyakit FES ini

Mungkin anda tidak sedar anda tidur berdengkur, tapi anda mungkin boleh bertanya kepada orang sekeliling anda seperti kawan-kawan serta isteri anda.

Selain daripada floopy eyelid syndrome ini, penyakit mata lain yang berkaitan dengan obstructive sleep apnea dalam kalangan obesiti adalah seperti glaukoma, ishaemic optic neuropathy dan papilleodema. Dan tahukah anda, kesemua penyakit yang disebutkan ini boleh menyebabkan kehilangan penglihatan atau dalam erti kata lain kebutaan.


Apakah penyelesaian masalah penyakit ini???


1. Doktor akan memberikan ubat titis sebagai pelincir dan juga antibiotik. Contohnya erythromycin dengan ubat titis pelincir yang diguanakan pada mata untuk digunakan semasa tidur pada waktu malam.


2. Biasanya, jika pesakit mempunyai masalah FES dan juga gangguan tidur, pakar akan membekalkan ubat telan doxycycline 100mg untuk diguanakan selama 6-12 minggu sebagai percubaan.


Penggunaan ubat titis dapat melegakan mata akibat kesan FES ini


3. Pesakit dinasihatkan untuk menggunakan salotape untuk mengelakkan kelopak mata daripada terbalik semasa bergeser dengan bantal atau tilam semasa tidur.


Cara senang ialah dapatkan adhesive medical tape di farmasi untuk tampak kelopak mata semasa tidur


4. pesakit juga dinasihatkan untuk eye patch/eye shield semasa tidur untuk melindungi mata mereka daripada terluka akibat geseran tersebut.


Eye shield/eye patch


Jadi sebagai peringatan, jika anda mempunyai tidur dengan dengkuran yang kuat, selalu terjaga di waktu malam, dan anda adalah disahkan obesiti, anda mungkin mempunyai masalah dengan mata anda iaitu floopy eyelid syndrome. 
Sila dapatkan nasihat doktor sebelum terlambat.

3 comments:

  1. ape jenis ubt titis mata pon bole pakai ke??? takot gak main titis2 ni

    ReplyDelete
  2. ish x boleh..ubat titis tuh kne diprescribe oleh doktor. Dr kne diagnose dulu pasal penyakit ni, pastuh baru boleh bg ubat tuh.

    ReplyDelete
  3. salam. saya nak tannye berkaian dengan apabila mata gatal atau alahan. setiap kali mata saya berasa gatal yan teramat akibat alahan pada habuk bahagian tepi mata saya berhampiran dengan hidung akan kelihatan sedikit terkeluar ke bahagian putih mata. apakah puncanya dan adakah ia merbahaya. terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...