1. kuku panjang yang cantik dengan mata tanpa kanta sentuh @
2. kuku pendek dengan mata cantik berkanta sentuh...
Pilihan 1
Pilihan kedua
Tiada dalam pilihan
Jika pilih, pilihan satu, anda di zon selamat dan saya tidak kisah. jika anda di zon dua, anda juga selamat. tapi jika anda memilih untuk berada di zon kuku panjang++mata berkanta sentuh, awas anda di zon bahaya.
Perkara satu, ia yang amat merugikan jika anda berkanta sentuh dan berkuku panjang. Ini kerana kuku kesayangan anda itu mungkin akan mengoyakkan kanta sentuh anda yang nipis lagi mudah terkoyak itu.
xpe2 kalau koyak, saya yang untung. sebab boleh jual kanta sentuh yang baru. tapi ini bukan alasan anda untuk mengoyakkan kanta sentuh setiap kali anda perlu menggunakannya.
Perkara kedua, kuku ini terkenal dengan rumah untuk pembiakan kuman. alah kalau kuku ada kuman, jika anda membasuh kanta sentuh dengan menggunakan jari, anda mungkin akan terdedah dengan jangkitan kuman dibawah kuku tersebut. jika mata anda kena jangkitan, masa ini saya tidak untung, anda juga tidak untung. Jadi, potonglah kuku anda untuk elakkan perkara ini terjadi.
pembentukan kulat di bawah kuku yang panjang yang menyimpan kuman.
Perkara ketiga, yang ini saya kisah dan anda juga perlu kisah. Apabila kuku panjang, kuku boleh dipotong. Kalau kuku tidak mahu dipotong, kuku ini mungkin akan menderekan permukaan depan mata anda. Kuku ini tajam sebenarnya, dan ini boleh menyebabkan luka cakaran yang teruk pada depan mata yang teruk lebih-lebih lagi jika kuku ini panjang. nak elakkan??? jom potong kuku anda sebelum handle kanta sentuh.
Keadaan luka depan mata yang terkena kuku.....
Ini semua bukan takutkan anda, tapi ini realiti. Sebelumpakai kanta sentuh kuku mestilah pendek dan tidak tajam. Keadaan ini seperti win-win situation. Dapat mata cantik dengan kanta sentuh, lupakan untuk mempunyai kuku panjang yang cantik.
Saya mampu menasihati sahaja, sekadar berkongsi. selebihnya anda yang menetukan.....(+__+)V
No comments:
Post a Comment