Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, April 20, 2011

Ada LaGi BeRaPa PaPeR???

Itulah soalan yang selalu ditanya sebaik sahaja anis melangkah keluar dewan peperiksaan. Namun, tahukah anda setiap ayat itu sebenarnya boleh membuatkan anda stress. Bagaimana mahu bergembira dan mahu berasa tenang sedangkan peperiksaan ini akan datang silih berganti seakan-akan tiada noktahnya. jika stress, apa yang anda buat?? Jika saya, saya cuba positifkan stress itu sedaya upayanya. Contohnya:-


1. Melihat pemandangan hijau di taman rekreasi. Anis selalu menenangkan fikiran di Taman tasik Titiwangsa.


dengan melihat pemandangan hijau, dapat merehatkan mata.

apa yang anis sedang fikirkan???? banyak idea diperolehi dalam keadaan yang tenang

Melihat kekuasan dan kebesaran ciptaan tuhan juga boleh membuatkan otak kita berfikir sejenak...

2. Anda juga boleh memberi ganjaran ataupun 'reward' untuk diri anda. Anis biasanya reward dengan menjamu selera yang istimewa selain daripada makanan kafe kolej dan juga mengembirakan orang sekeliling anis. Dengan ini, anis akan berasa lega.

Nasi lemak yang selalu dianggap berlemak ini adalah juadah istimewa petang ini

Kafe istimewa selain daripada kafe kolej 

Mengembirakan hati kawan-kawan juga boleh legakan stress yang melanda

Senang hati melihat kawan dapat menjamu selera dengan gembiranya

Kesimpulannya, semua orang akan mengalami stress, namun cara mengatasi yang kan membezakan kita. Stress bagus untuk mencapai sesuatu. Tanpa stress mustahil diri kita akan sangat bermotivasi utnuk melakukan sesuatu. Jom atasi stress, hidup sihat dengan pengurusan stress yang bagus.
~~~Sekadar berkongsi.....sharing is caring.~~~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...