wah lainnya selepas dipakaikan kanta sentuh......
hah ape pula anis nak tulis kali ini??? jangan nak cerita bila pakai kanta sentuh tidak boleh pakai mekap pula...gertak seorang pesakit anis. Ish siapa pula kata tidak boleh, ianya boleh la....tidaklah...kali ini anis nak berkongsi bebrapa tips untuk bermekap tetapi dalam masa yang sama memakai kanta sentuh.
Heavy eye make-up gituh....
Anis nak tanya korang ni, anda pakai mekap kan masa nak g dinner ker masa nak g ABPBH ke kan?? jadi anda mesti memakai kanta sentuh untuk kelihatan cantik kan?? semasa memakai kanta sentuh...anda memakai kanta sentuh dahulu ker atau anda mekap dahulu???
seeloknya anda perlu memakai kanta sentuh dahulu sebelum mengenakan mekap yang berat terutamanya pada kawasan sekeliling mata. Kenapa yer??
Tangan masih bersih sebelum mekap
1. sebab tangan anda masa itu masih tidak dikotori dengan apa-apa bahan kimia daripada alat solek untuk bermekap.
2. ini kerana mengelakkan kanta sentuh yang sudah dibasuh bersih2 tadi daripada terkena bahan daripada mekap semasa ingin memasukkan ke dalam mata. Contohnya serbuk2 kecil daripada eyeliner ataupun mascara.
mascara boleh mencemarkan kanta sentuh yang akan dimasukkan ke dalam mata
3. sebab lain kerana jika tidak memakai kanta sentuh dahulu, bagaimana anda ingin melihat cermin dan bermekap. contohnya apabila sedang leka bermekap, anda tiba2 terjatuh bulu mata palsu ke atas karpet. Jadi ini memudahkan anda mecari barang yang terjatuh itu tadi.
Boleh melihat solekan dengan lebih jelas
4. anda juga dapat menyelamatkan alat mekap anda jika anda memakai kanta sentuh dahulu. yelah untuk memakai kanta sentuh, ianya perlu dibasuh. Jika anda sudah bermekap dan anda baru memakai kanta sentuh, ini akan menyebabkan pemerah pipi anda dan bedak tadi tertanggal akibat jari yang basah dan air mata yang keluar semasa proses memakai kanta sentuh. satu lagi, mana la tahu ketika cuci kanta sentuh itu, ada air yang tertumpah ke dalam alat solek yang bersepah-sepah atas meja masa tuh. sayang tuh, mahal kan...
Pemerah pipi yang berisiko akan rosak jika tertumpah cecair pencuci kanta sentuh
jadi, jika dilihat sebab dan akibat yang diterangkan di atas, anda tiada alasan lagi untuk memakai mekap dahulu baru memakai kanta sentuh. jadi mulai sekarang, pakai kanta sentuh dahulu baru pakai mekap yer.....selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment