Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, April 2, 2011

Penting ke Fitting Kanta Sentuh ?????

Apa kaitan kanta sentuh dengan baju????

pilih kanta sentuh ni macam pilih baju ler.....


Fitting atau pemasangan kanta sentuh ini sangat penting. ini penting untuk lihat samada kanta sentuh yang hendak dibeli dan pakai itu adalah selamat untuk mata. Alah senang sahaja. anis bagi contoh di sini. kalau anda ingin beli baju, mungkin anda boleh tempah jer melalui internet. tapi adakah saiz yang anda pakai itu, S,M,L,XL,XXL itu sama untuk pelbagai jenis fesyen?? jawapannya tidak kan???


begitu juga lah dengan kanta sentuh. Ya memang anda selalu tempah dengan internet itu, tandanya sama jer dengan beli dekat kedai. Saiznya mungkin yang sama, tapi fitting dengan mata itu adalah berlainan. Ini disebabkan setiap orang mempunya keadaan depan mata yang berlaianan. Contohnya baju T, jika anda biasa pakai saiz L, tapi adakah ianya sama dengan saiz L bagi baju kemeja????. jika baju t saiz L sangat sesuai , mungkin saiz L kameja anda akan sendat dan ketat. Begitulah juga dengan kanta sentuh. Jika main beli jer di internet, adakah anda tahu kanta sentuh itu ketat ataupun longgar untuk mata anda.

lihatlah gambar ini, setiap individu mempunyai bentuk dan saiz depan mata yang berlainan

Ini pula bentuk kanta sentuh yang direkabentuk dengan kelengkungan yang berbeza.....

Tahukah anda, kanta sentuh yang longgar dan ketat ini akan menyebabakan keadaan kesihatan mata anda itu dalam keadaan bahaya......fikir-fikirkanlah sebelum beli ya, pesanan ikhlas daripada pelatih optometri...=))

2 comments:

  1. salam cik anis.. erm kalau kanta sentuh yang kita beli kat kedai cermin mata tu macam mana pulak??

    ReplyDelete
  2. Wsalam miea mie. KAnta sentuh yang selamat adalah bergantung kepada beberapa faktor. Jika ianya yang diluluskan oleh kerajaan malaysia, kebanyakan ianya selamat dan banyak dijual di kedai cermin mata. tapi untuk lebih selamat, saudari perlu dapatkan fitting yang bagus untuk pemakaian yang yakin, selamat dan berhemat. wallahualam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...