Golongan albino mengikut peringkat umur.
Apakah itu albino???
albino adalah penyakit keturunan yang menyebabkan semua ataupun separuh pigment pada kulit, bulu dan mata pada badan akibat kerencatan enzim yang menghasilkan pigment yang dikenali melanin ini.
apakah kesukaran yang golongan ini alami???
banyak kesukaran dan yang melanda mereka termasuklah di mata:-
1. astigmatism iaitu rabun silau
2. photophobia iaitu takut cahaya dan silau sangat
3. nistagmus iaitu mata bergerak dengan tidak sengaja dan pandangan tidak jelas.
inilah masalah nistagmus yang pesakit albino selalu ada.
Kami selaku optometris perlu memainkan peranan untuk membantu sedikit sebanyak kesukaran yang di alami oleh mereka. antara usaha yang dapat dilakukan adalah:-
Mata ada iris tapi tanpa pigment
1. Kanta sentuh prostetik iaitu kanta sentuh dengan iris palsu. ini kerana golongan albino ini kurang pigment di mata. tujuan kanta sentuh ini adalah untuk mengurangkan cahaya masuk kedalam mata dan menyekat cahaya UV yang tidak baik untuk mata.
Kanta sentuh prostetik ini ditempah khas mengikut kesesuaian warna iris yang dikendaki oleh pesakit.
2. kanta fotokromik ataupun dikenali juga sebagai transition. tujuannya sama iaitu mengurangkan silau yang dialami oleh albino semasa berada diluar rumah. kanta ini juga bagus untuk mengelakkan cahaya UV yang bahaya daripada memasuki mata.
inilah kanta fotokromik itu.
3. Jika pesakit mengalami masalah juga untuk melihat dalam rumah yang keadaan terang, optometris juga boleh membantu dengan mewarnakan kanta kaca mata.
inilah kanta yang ditempah khas dengan warna.
4. jika pesakit albino ini ingin kelihatan menarik dan jua mnegalkkan silau akibat pemakaian silau, optometris boleh membantu dengan memberikan kanta dengan salutan anti-silau atau dikenali juga multicoating lenses.
perbezaan antara kanta tanpa anti-silau (kiri) dan kanta dengan anti-silau (kanan)
5. menasihatkan pesakit supaya selalu bertopi, berpayung, bertudung ataupun berteduh di bawah bayang-bayang untuk mengurangkan masalah yang mereka hadapi.
Gambar hiasan.
6. jika mereka mempunyai masalah penglihatan terhad, optometri akan membantu dengan memberikan teleskop untuk keperluan penglihatan jauh seharian.
teleskop untuk digunakan tanpa kaca mata
teleskop untuk kegunaan bersama kaca mata
Kami suka untuk membantu insan kurang bernasib baik seperti albino ini. walaupun pertolongan yang optometri berikan adalah sedikit berbanding kesukaran yang dialami. namun begitu, sumbangan yang dianggap sedikit bagi insan normal ini, mungkin ianya satu benda yang sangat besar dan tinggi nilainya disisi pesakit albino yang merasainya sendiri.
No comments:
Post a Comment