Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, April 20, 2011

PasPort oh PasPort.......aku sanggup ditipu

Macam mana anis boleh tertipu???


iasey......macam mana anis boleh tertipu ni???? Begini ceritanya. Kisah ini berlaku pada pagi tadi. Anis bersama salah seorang kawan lagi, Syue ingin mendapatkan pasport untuk lawatan akan datang. Kami memang tidak pernah mempunyai pasport selama ini. Kami tidak tahu apa-apa sangat pasal urusan, lokasi jabtan imegresen dan sebagainya.


jadi, kami mengambil langkah bijak yang pertama iaitu dengan melayari internet. Kami mencari lokasi terdekat untuk membuat pasport ini. Kami jumpa alamat Jabatan Imegresen Malaysia di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. Tidak cukup interaktif, kami google map pula. Owh rupanya ianya terletak di sekitar Sogo dan Jalan Tunku Abdul Rahman.


Kami berpandukan maklumat tersebut, kami telah bersemangat bangun pagi utnuk terus ke sana. ini bagi mengelakkan kesesakan. Tiba di kawasan tersebut hampir pukul 9.00 pagi. Rupa-rupanya kami dimaklumkan jabatan tersebut berada di Maju Junction. Kami tanpa melengahkan masa, kami terus ke MJ untuk membuat pasport. 


apabila tiba di sana, kami musykil kerana diluar bangunan, kami tidak nampak sebarang papan tanda yang menunjukkan jabatan berkenaan. Kami bertanya kepada salah seorang polis yang bertugas. rupa-rupanya kami telah tertipu. Ramai yang beranggapan Maju junction ada jabatan imegresen, tapi sebenarnya jabatan pendaftaran.


kemudian kami diberitahu supaya pergi ke pejabat imegresen damansara ataupun wangsa maju untuk membuat pasport. wah terima kasih atas maklumat yang diberi. Kami terus menaiki motosikal untuk ke sana. nasib baik kawasan tersebut agak biasa dilalui sebelum ini. Kami mencuba nasib untuk ke sana.


Disinilah lokasinya, kawasan sri rampai


Setibanya di lokasi tersebut, rupa-rupanya proses amatlah mudah. Dalam masa kurang 2 jam, saya sudah mendapat pasport saya sendiri. antara langkah perlu di ambil adalah:-


1. Sila bawa 2 keping gambar berukuran pasport terkini dengan sekeping fotostat kad pengenalan.


2. jika kawasan rumah anda jauh untuk membuat semua kelengkapan di atas, di luar jabatan ini terdapat banyak lot2 kedai untuk tangkap gambar dan fotostat i/c. Malah perkhidmatan juga melibatkan isi borang. pekerja di lot kedai ini sudi untuk isikan borang permohonan.


3. kenudian kami beratur untuk mendapatkan nombor dan menunggu giliran.


Tunggu sekejap sahaja dan nombor terus dipanggil.


4. Setelah selesai di kaunter, anda dikehendaki menunggu pasport siap lebih kurang sejam. selepas itu, pasport siap untuk dimiliki.


hahahahaha kami bukan ditipu dari segi pasport, kami ditipu arahan untuk ke Jabatan imigresen.


Kaunter mesra pelanggan...i like...


Moral of the story:-
1. Walaupun dunia serba canggih, kita mesti ingat pesanan nenek moyang dahulu. Malu bertanya sesat jalan. Jadi bertanyalah untuk mencari lokasi tertentu.
2. Tetapi jangan terlalu mengharapkan araham dan direktori yang diberikan oleh orang, ini akan menjadi keliru. Seeloknya tanyalah kepada orang yang bukan sembarangan contohnya pondok polis dan seumpamanya.
3. jangan takut mencuba nasib. teringat pesanan ibu bapa saya, jangan takut dikatakan bodoh jika untuk belajar. Adat dunia, mestilah jadi bodoh dahulu sebelum pandai.


walaupun banyak dugaan yang ditempuhi utnuk membuat cuma sekeping pasport, namun pengajaran disebalik usahanya hanya Allah Maha Mengetahui hikmahnya. Subhanallah. 
Cuma berkongsi untuk memberikan maklumat dan pengajaran kepada semua. (^___^)V


p/s: Jabatan imigresen di Wangsa Maju dan bukannya Maju Junction. (Pesanan ikhlas daripada pelatih optometri yang terkeliru dan tertipu).








6 comments:

  1. slamat ade cik bungaliesa yg bg taw ea..haha

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Anis.
    Info yg sangat membantu jimatkan masa mencari. Saya ingat masih di Maju Junction.
    Pasport siap 1 jam :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Anis.
    Info yg sangat membantu jimatkan masa mencari. Saya ingat masih di Maju Junction.
    Pasport siap 1 jam :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...