Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, April 1, 2011

Boleh Ke Berkongsi Kanta Sentuh???

Jawapannya tidak. tak boleh!!!!!. Alah kenapa anis????? Saya tanya anda balik, berus gigi anda kongsi x?? hah dah berus gigi x kongsi, kenapa kanta sentuh perlu kongsi????

gambar hiasan.

Kini sudah menjdai trend di dalam kalangan para remaja untuk berkongsi-kongsi kanta sentuh. situasi ini selalu berlaku dalam kalangan pelajar kolej terutamnya. 'u beli la kale biru, i beli kale coklat, lepas itu kita tukar share'.....ya, sharing is caring tapi dalam kes kanta sentuh ini janganlah nak share2 yer....nape anis cakap mcm ini???

ingat kanta sentuh macam buah2 dekat pasar malam ker?? haha pilih2 3-RM2o...murah2...beli2...LOL


Begini ceritanya, kanta sentuh yang dimasukkan ke dalam mata kita ini akan bertindak seperti hos bagi segala bacteria dan kuman. Contohnya kawan kita sakit mata, apabila sakit mata sudah sembuh, kanta sentuh dipakai semula, nescaya kawan kita tadi dapat sakit mata balik. Optometris memanggilnya recurrent conjunctivitis.

Recurrent contact lens acute red eye


Dalam zaman yang serba mencabar kini pula, pelbagai penyakit alaf baru sudah ada. Antaranya H1N1, adenovirus dan sebagainya. Oleh itu, jangan berkongsi kanta sentuh. Kanta sentuh ini akan bertindak untuk menjadi agen penyebar virus ini apabila dikongsi.

banyak penyakit alaf baru....

Kanta sentuh bukannya sesuai untuk semua orang

Satu lagi perkara, jangan suka2 hati beli kanta sentuh di internet. mereka menjual kanta sentuh murah. Ya memang murah, yelah kalau benda tu kanta sentuh sahaja dan bukannya termasuk perkhidmatan fitting kanta sentuh. apa pentingnya fitting yang betul untuk kanta sentuh ini??? kanta sentuh penting untuk difitkan dengan mata secara optimum sebab tidak semua mata sesuai dengan kanta sentuh.


jadi, kesimpulannya jangan kongsi kanta sentuh dan jangan beli kanta sentuh di internet. sekian=))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...