Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Sunday, April 3, 2011

TiPs 3: SaYanG Dan MemBaZiR

kanta sentuh ini perlu dibuang jika cukup masanya. Jika anda memakai jenis sebulan, jika sudah cukup sebulan ianya perlu dibuang. alah SAYANGnya.....saya baru pakai beberapa kali je, MEMBAZIR sangat...lagipun ianya masih clear dan transparent.


apabila nada berfikiran dan berhadapan situasi ini, anda mungkin perlu fikir dua kali. ini kerana, bersih dengan mata kasar, tidak bermakna ianya bersih dan selamat untuk dipakai. lihatlah gambar di bawah ini.

kanta sentuh ini masih jelas dan lutsinar lagi jika dilihat dengan mata kasar

tapi jika dilihat dibawah mikroskop, ianya begini. permukaan yang sudah calar dan ada deposit protein.

Anis ada seorang pesakit ini mengadu tidak selesa dengan kanta sentuh. beliau baru membeli kantas entuh ini sejak sebulan lepas. kanta sentuh ini pula untuk dipakai selama 3 bulan. Namun begitu, beliau tidak dapat memakainya kerana mata akan menjadi merah. wah bagaimana pula tuh???

Kisahnya begini. Jika anda seorang yang gorjezz n heavy mekap, anda mungkin terdedah dengan situasi ini. Kanta sentuh yang dibeli untuk 3 bulan itu mungkin akan menjadi sesuai dan selesa dipakai cuma untuk sebulan sahaja. ini kerana, kanta sentuh anda itu sudah pendek jangka hayatnya akibat tercemar dan ada defek akibat mekap yang tebal yang selalu dipakai.

Cantik tidak semestinya OK. Yang ada tidak semestinya nampak. Ingat tuh!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...