Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, April 13, 2011

GanGguAn CaCinG atau BeNanG DaLaM MaTa

gambaran penglihatan mata anda dengan kehadiran cacing ataupun bebenang....

adakah anda pernah ternampak cacing ataupun bebenang di dalam mata??? ini dinamakan floaters dalam bahasa medicalnya. floaters ini boleh terjadi boleh sesiapa sahaja. floaters ini terbahagi kepada 2 jenis, iaitu semulajadi di dalam mata ataupun perolehan daripada penyakit. 


Banyak sebab boleh menyebabakan floaters ini terjadi.



bagaimana bentuk floaters itu????


1. terdapat di dalam pelbagai saiz ataupun bentuk.

Floaters yang macam cacing

ada juga floaters macam bebenang

Floaters macam kapas

ada juga yang seperti nyamuk

keadaan ini dapat dirasai terutamnya jika anda melihat ke dinding yang kosong ataupun langit. adakah ianya bahaya???

saya ingin tanya anda kembali, adakah ianya sudah lama??? jika sudah lama, ianya tidak bhaya sebab ini mungkin semulajadi semasa pembentukan salur darah mata di dalam kandungan ibu dahulu. 

dalam kandungan dulu, salur darah hyaloid penting untuk tumbesaran mata, namun jika semakin besar kandungan itu, salur darah ini akan hilang dengan sendirinya. dan bagi sesetengah individu, ianya tidak hilang dengan sempurna. keadaan ini tidak bahaya.

 namun, jika ianya baru sahaja anda perasan, ianya mungkin salah satu gejala sesuatu penyakit yang mungkin anda perlu risaukan. yang paling merisaukan jika floaters ini semakin bertambah jumlahnya dari sehari ke sehari.


keadaan dalam mata yang mengakibatkan floaters terjadi.

terdapat pelbgai penyakit yang boleh mengakibatkan floaters ini terjadi:-

  1. vitreous syneresis
  2. posterior vitreous detachment (PVD)
  3. retinal detachment (RD)
  4. regression of hyaloid artery during pregnancy
  5. posterior uveitis
  6. toxoplasmosis
dan sebagainya. keadaan ini biasa dialami oleh orang berumur terutamnya yang mempunyai pelbagai penyakit lain seperti kencing manis,darah tinggi dan pelbagai penyakit berkaitan darah. ini kerana salur darah dalam mata kecil dan senang pecah. jadi sebarang salur darah ini yang pecah akan mengakibatkan darah keluar dan akhirnya kita perasan ia sebagai floaters.

pendarahan di dalam mata akibat penyakit berkaitan salur darah.

tetapi ada juga floaters ini akibat kekotoran di hadapan mata. terutamnya semasa ada sakit mata dan jangkitan kuman. ini kerana air mata kurang dan mata kering. jadi spot hitam ini senang terbentuk akibat air mata kering.

air mata kering dan akan meninggalkan penglihatan spot hitam.

Kesimpulannya, floater ini biasa jika ianya sudah lama di dalam mata. tetapi jika ianya baru anda perasan dan ianya bertambah jumlahnya, maka anda perlu risau dan perlu menjalani pemeriksaan mata. ini terutamanya perlu untuk golongan berusia dan ada pelabgai masalah sistemik yang lain.





11 comments:

  1. rase macam ade. tapi makan tak sure. tapi macam dah lame. hehe. thanks for d info. :)

    ReplyDelete
  2. jika anda seorang remaja, dan dah lame perasan, ia mungkin semulajadi.

    ReplyDelete
  3. thanx 4 the inf0 kak .. sy mle2 risau jgk .. tk0wt m'bahaya kn .. :) skunk sy da phm :)

    ReplyDelete
  4. Saya baru 3 bulan ada floaters ni selepas buat lasik.umur 28

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya berumur 50. Dua tahun lepas saya telah bertemu doktor maata berkaitan kes dan dibekalkan ubat. Tidak lama kemudian ia telah hilang . Baru ni saya mengalami sakit jantung dan di bekal ubat cair darah dan mata saya kembali muncul benang tu..apa harus saya lakukan

    ReplyDelete
  6. Salam. Saya berumur 50. Dua tahun lepas saya telah bertemu doktor maata berkaitan kes dan dibekalkan ubat. Tidak lama kemudian ia telah hilang . Baru ni saya mengalami sakit jantung dan di bekal ubat cair darah dan mata saya kembali muncul benang tu..apa harus saya lakukan

    ReplyDelete
  7. ubat apa yg doktor bekalkan tu puan.?

    ReplyDelete
  8. Seblum ini apa yg sya nmpk hnya la pndek2 bntuk floaters mcm cacing.. Dan baru2 ni sya nmpk makin pnjang sperti cacing.. Adakah ini normal?

    ReplyDelete
  9. Good Post. Your blog is very informative for us. I would really like to come back again right here for likewise good articles or blog posts. Thanks for sharing a nice information…

    We are the best college that provides Optometry Courses In Kerala

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...