Bekas kanta sentuh Vs. Tupperware
1. Bekas ini reka khas untuk meletakkan kanta sentuh untuk mata kanan dan kiri. jadi seelok-eloknya kita perlulah membuka bekas tersebut satu persatu dan bukannya sekli gus semasa ingin memakai kanta sentuh. ini mengelakkan kanta sentuh daripada tertukar dipasang pada mata berlainan. ini akan memberikan kesan buruk terutamanya power kanta sentuh berlainan antara kedua-dua mata. oleh sebab itu, pelbagai reka bentuk bekas ini dibuat untuk mengatasi masalah ini.
Bekas kanta sentuh dilengkapi dengan tanda kanan dan kiri
Direkabentuk dalam bentuk melengkung untuk memudahkan anda mengecam kanan atau kiri....
tidak cukup dengan tanda kanan kiri, bekas ini juga ada penutup berlainan warna.
2. bekas itu murah. bekas akan didapati sekali di dalam kotak sekali dengan cecair pencuci. bagi pengguna kanta sentuh, anda mungkin perasan kan?? tapi tahukah anda kenapa ianya dikilangkan sebegitu?? sebab ianya perlu dibuang setiap kali membeli cecair pencuci baru biasanya 1-3 bulan sekali. satu bekas tidak bermakna untuk selamanya. Ingat tu......
setiap pembelian cecair pencuci ada dilengkapi dengan bekas kanta sentuh
3. Saya ada seorang pesakit ini....datang pemeriksaan mata dengan bekas yang sudah bertukar warna. ini kerana beliau meletakkan bekas tersebut di dalam bilik air. Jwapannya tidak boleh. Bekas kanta sentuh bukan di toilet tempatnya. ini kerana, di dalamnya jika anda perasan, apabila diletakkan cecair, ia agak licin kan??? sebab di dalam cecair tersebut ada lapisan biofilm khas untuk melembapkan kanta sentuh. Inilah yang akan memberikan nutrient kepada kulat dan kuman di toilet untuk menjadikan bekas kanta sentuh anda sebagai 'rumah' baru bagi mereka.
Rumah kedua bagi kuman di tandas.
tak sangka kotor macam ini pon masih pakai....
Mesej untuk bawa balik rumah a.k.a take home message:-
1. jika hendak pakai kanta sentuh, anda perlulah teliti dan cerewet tentang semua berkaitan kanta sentuh termasuklah bekas kanta sentuh ini.
2. jika anda kedekut dan berjimat, anda perlu ubah sikap itu ataupun anda perlu melupakan kanta sentuhd an pakai sahaja kaca mata. ini kerana anda perlu ambil kira semua kos yang di ambil utnuk memakai kanta sentuh termasuklah bekas dan cecair pencuci ini.
3. setiap yang direka cipta pasti ada sebabnya. jangan langgar undang2 ataupun buat undang2 sendiri. pengguna kanta sentuh yang berjaya adalah pengguna yang patuh sahaja.
4. jika anda pengotor dan serabai, lupakan niat anda untuk memakai kanta sentuh. kanta sentuh ini amat perlukan minat untuk memakainya dan malas adalah bukan alasan bagus untuk si pemakai kanta sentuh.
No comments:
Post a Comment