1. LONGGAR
- biasanya reaksi pertama adalah kanta sentuh tersebut tidak berasa selesa dan sakit. namun begitu, kedaan longgar adalah jarang mengakibatkan keburukan berbanding kanta sentuh ketat.
- keadaan bertambah teruk jika dipakai selama beberapa jam, ini kerana kanta mulai kering dan ketidakselesaan semakin bertambah.
- simptom ini cuma dapat dikurangkan dengan penggunaan ubat titis sahaja dan kesannya sementara.
- kanta sentuh ini lebih senang terkeluar tetapi sukar untuk dimasukkan ke dalam mata.
- setiap berkelip, kanta akan seolah2 terangkat dan tersangkut di bahagian kelopak mata atas.
- Hujung kanta sentuh pula senang berkedut setiap kali mata berkelip dengan kuat.
Merah...tanda mata tidak setuju dengan kanta sentuh tersebut....si pemakainya perlu alert....
2. KETAT
- mula2 pemakaian, peakit memang merasa selesa, tetapi lam-kelamaan kesannya amat buruk kepada mata.
- kanta sentuh senang untuk dimasukkan ke dalam mata
- apabila dipakai bebrapa jam, terdapat lingkaran merah di sekeliling mata hitam. ini bermakna mata anda di dalam kedaan bahaya.
- penglihatan akan sentiasa berubah setiap kali berkelip
- mata akan pedih setiap kali selepas kanta sentuh dikeluarkan daripada mata.
- tetapi perlu dibezakan antara kanta sentuh bahagian tepi yang nipis dan kanta sentuh yang susah ditanggalkan. ini tidak bermakna kanta sentuh itu ketat pemasangannya.
kesan pemasangan kanta sentuh yang ketat terhadap mata
Contoh-contoh diberi, namun setiap gerakan dan pemasangan kanta ini perlu dibuat oleh optometris terlatih. ini supaya pemasangan kanta sentuh anda dipasang dengan optimum untuk kesihatan mata yang berpanjangan.
wahh bahaya jugak eh. thanks for d info!
ReplyDeleteyup2...thats y kalau nak pkai kanta sentuh tu, kne betul2 disahkan fit secara optimum dengan mata anda...
ReplyDelete