Kabur apabila melihat jauh.
BERIKUT ADALAH PERBUALAN ANTARA SEORANG DOKTOR MATA DENGAN PESAKIT.
Pesakit: Dr, saya kabur penglihatan jauh, tapi saya tidak pernah ada rabun jauh sejak kecil lagi dan saya tidak pernah memakai spect.
Doktor: Adakah anda mempunyai masalah diabetes?
Pesakit: tidak.
Doktor: Sejak bila anda merasai perubahan ini?
Pesakit: sejak kebelakangan ini. Dahulu saya cuma kabur untuk melihat dekat. Tapi sekarang dekat saya tidak kabur lagi, tetapi saya kabur pandangan jauh je.
Doktor: saya perlu melakukan pemeriksaan dahulu. kemudian saya akan beritahu encik tentang kesahihan masalah mata ini.
AWAS!!!!! Jika anda seorang yang telah meningkat usia dan anda baru kabur penglihatan jauh, maksudnya rabun jauh, anda perlu berhati-hati. Anda perlu berjumpa dengan doktor ataupun optometris kerana ini merupakan salah satu tanda perkembangan penyakit KATARAK di dalam kanta mata anda. Ia dikenali sebagai incipient nuclear cataract.
Katarak adalah penyakit yang berkaitan perkembangan kanta mata ke arah bukan lutsinar lagi.
Perkembangan ini berkaitan dengan proses penuaan.
Untuk perkembangan katarak jenis ini, pesakit akan mengalami beberapa peringkat, antaranya:-
1. Nuclear sclerosis
2. Incipient nuclear cataract
3. well-established nuclear cataract with a definite increase in density
4. cataracta brunescens
5. the ominous cataracta nigra.
Untuk pengetahuan anda, pada peringkat kedua inilah yang kebanyakan pesakit mempunyai anjakan miopik.
maksudnya jika anda dahulu tidak pernah ada rabun jauh, dengan perkembangan katarak jenis ini anda mungkin mengalami rabun jauh.
Ataupun anda mungkin rabun dekat, tapi tiba2 anda tidak perlu lagi memakai spect sebab semuanya jelas untuk melihat dekat.