Doakan anis mendapat gelaran ini suatu hari nanti....foto dari kawan sekolah dahulu, kredit to Ku Syukri
Semasa anis posting kali pertama di Pantai Hospital Ampang iaitu posting pertama anis, anis sudah sesat dengan hebat sekali. Dalam keadaan terdesak ini, anis cuba menghubungi semua senior yang pernah pergi ke hospital ini sebelum ini. Namun, jawapannya semuanya hampa. Mereka semuanya hampir lupa bagaimana mahu ke lokasi yang anis mahu tuju ini. Mana tidaknya hampir setahun mereka tidak mengunjungi tempat tersebut. Dan dalam keadaan ini, maklumlah student, tahap capaian untuk ke lokasi ini cumalah dengan kenderaan awam sahaja. Ianya amat terhad. Jadi, untuk mengelakkan perkara sama berulang untuk junior pada masa hadapan, anis cuba kongsikan pengalaman anis ini dengan semua dengan harapan tiada lagi kisah sesat untuk posting di hospital berkenaan. Diharapkan dengan penulisan ini, dapat membantu junior atau orang awam untuk ke hospital mata yang anis telah kunjungi ini.
Berikut adalah senarai Hospital dan Klinik Mata yang telah anis kunjungi untuk posting sepanjang semester ini:-
- Pantai Indah Medical Center
- International Specialist Eye Center atau ISEC
- Tun Hussein Onn National Eye Hospital
- Hospital Selayang
- Wong Eye Clinic
- Jabatan Oftalmologi, HUKM
- Center for Sight (CFS)
- Jabatan Oftalmologi, HKL
- KPJ Ampang Puteri
Jika ada kelapangan dan kemudahan, insha Allah anis akan teruskan menulis untuk semester hadapan pula. Sekian, terima kasih.
Hi,
ReplyDeleteNak tanya, kalau saya hendak apply optometrist job, saya patut apply di mana?saya baru habis belajar dan kini cuba cari tempat-tempat seperti hospital ataupun clinic. please advice. Thank you
Hi,
ReplyDeleteTahniah atas kejayaan anda menamatkan pelajaran dalam bidang optometri. saya tahu ianya bukan sesuatu yang mudah. Berkaitan dengan pekerjaan di hospital, setakat ini saya dimaklumkan bahawa Tu Hussein Onn National Eye Hospital ada menawarkan peluang kerja di sana. Berkaitan dengan hospital private yang lain, saya kurang pasti tapi anda boleh juga mencuba nasib di sana. Jika ingin bekerja di government hospital pun boleh, sekarang KKM sudah mulai pengambilan baru jawatan pegawai optometri. Harap maklum.
anis sye nk mtk pendapt.mana lagi bgus antra TONEH & isec??? sye nk check up mata sye
ReplyDeleteSemuanya bagus. Jika THONEH, ianya mirip hospital kerajaan, beraturnya agak panjang sikit. Jika di hospital ampang puteri dan ISEC, ianya memang tidak begitu ramai. Tetapi berkaitan dengan tahap bagus antara dua hospital swasta amp dan ISEC, ianya seperti epal dan oren. Ada kedua-dua kelemahan dan kelebihan masing-masing. Pada pendapat saya, mungkin saudari boleh ke ISEC jika mampu sebba di sana ada pelbagai pakar mata. Sekian, terima kasih.
Delete