Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, December 9, 2011

DeRMa OrGaN A.k.a DeRMa MaTa...

Mata juga boleh didermakan????

Tadi adalah sesi klinikal kanta sentuh saya. Salah seorang daripada pesakit saya adalah seorang yang menghidap penyakit Keratoconus. Apa itu keratoconus, saya sudah jelaskan pada post lepas. Cuma apa yang menarik perhatian saya adalah apabila melihat post di syahirul.com ini. Teringat saya akan soalan yang diajukan oleh ibu pesakit tadi, ' Adakah anak saya memerlukan penderma mata jika pemindahan mata diperlukan??' dan 'Bagaimanakah ianya dilakukan???'.

Gambarajah keratan rentas struktur mata.

Mata adalah salah satu pancaindera yang digunakan untuk melihat. Fungsi dan operasinya tidak ubah seperti kamera. Dipermukaan paling hadapan mata, adanya kornea. Kornea ini bertujuan untuk mengubah cahaya yang masuk kedalam mata. ianya bertindak seperti tingkap.

Dari kornea, cahaya akan masuk melalui anak mata atau dikenali sebagai pupil. saiz pupil dikawal oleh otot yang berada pada iris (berwarna coklat di hadapan mata) kita ini. Saiz pupil ini bertindak seperti aperture pada kamera anda, iaitu untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata.

Selepas melalui anak mata, cahaya akan melalui pula kanta di dalam mata. Kanta ini berfungsi untuk memfokuskan cahaya yang masuk ke dalam mata untuk terbentuk dengan jelas di permukaan belakang mata anda iaitu retina.Retina pula bertindak seperti filem iaitu untuk merekod imej yang dilihat oleh mata.

Jadi, daripada penjelasan di atas, diharapkan anda semua faham bagaimana kejadian cahaya yang masuk kedalam mata itu dan bagaimana imej terbentuk di dalam mata lalu dilihat sebagai objek. Sebarang masalah yang melibatkan laluan cahaya ini, ia akan menyebabkan penglihatan terganggu dan imej tidak dapat dilihat dan seseorang itu akan menjadi penglihatan terhad atau buta. Contoh penyakit yang menggangu laluan cahaya dan juga imej terbentuk jelas dibelakang mata adalah keratoconus.

Keratokonus adalah salah satu penyakit pada kornea iaitu tingkap bagi penglihatan kita. 

Kornea adalah satu-satunya tisu pada badan yang transparent atau lut sinar. Sebarang gangguan di sini seperti keratoconus, akan menjejaskan penglihatan.

Apa yang terjadi jika anda mendermakan organ iaitu mata, cuma bahagian kornea akan diguanakn. Bukannya keseluruhan bebola mata akan digunakan. Hanya kornea yang boleh diguanakn apabila didermakan. Bebola mata yang lain akan diguanakn utnuk tujuan penyelidikan sahaja. Jadi, anda janganlah beranggapan bahawa keseluruhan bebola mata adalah dimasukkan ke dalam mata penerima organ. Konsep itu s=adalah salah. Terma yang betul yang diguankan adalah corneal graft. Iaitu pembedahan pemindahan kornea. Cuma keabnormalan kornea sahaja yang dapat dirawat dengan pemindahan organ, bagi struktur lain, alternatif lain boleh digunakan. Harap maklum. 
Sekian., terima kasih.

Untuk bacaan lanjut, sila klik SINI

7 comments:

  1. Salam doc,sy slh seorg penerima kornea..tp sy hampa sbb sehingga kini sy blm nmpk dan rase sakit d bhgian kepala apabila melihat cahaya...sy juga tidak puas hati cara doc yang handle kes sy..kecewa sgt sy...mereka x beri feedback yg baik...

    ReplyDelete
  2. Salam fatin pest.. apa perkembangan terkini ye? Lakukan cornea transplnt dimana ye? Sy bakal jalani cornea transplant pd ujung bln ogos ni..hope baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, sy baru je terbaca post awak zul, mata sy x dpt melihat lg😌sy kecewa sgt2.. Skg ni nak jalani rawatan,benang pun kerap terbukak, nak cabut sakitnye ya allah sakit..nk drve pun da x boleh..jika zul nk share wsapp la sy 0196251035..hrp pembedahan zul berjaya

      Delete
  3. fatin pest ada masalah apa pada kprnea dahulu...zulhakim pula masalah apa

    ReplyDelete
  4. assalam.. n hai semua..semalam saya jumpa pakar mata n saya juga salah sorang yang mengidap Keratoconus yg serius pada mata kiri dan kanan juga smakin mnonjol..doktor nshatkan spy rawat mata kanan dahulu sbelum teruk n ia hanya PERLU DSUNTIK VITAMIN UNTK KERASKAN MATA, proses rawatannye stengah hari shaja. kesannya cuma pedih2 shaja katanya..kosnya untk ini dalam 2k+..dan akan drawat slpas aidiladha taun ini..moga semua bjalan lancar dan kembali pulih dgn baik..

    dan mata kiri saya pula sy xdapat nak dbedah buat masa skarang krana mpunyai anak masih kecil, dan xboleh mlakukan kerja berat slepas dbedah. doktor pesan ia perlu rehat selama 6bulan jika kurg 6bulan kmgkinan xdapat sembuh dgn baik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...